Kelebihan SelfHosted Domain Berbanding Domain Tanpa Hosting

Impian untuk memiliki domain Sendiri? Baca info ini: Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015
Bagi anda yang mementingkan penjenamaan blog, pasti akan memilih sama ada untuk memiliki SelfHosted Domain atau domain tanpa hosting. Banyak pakej yang disediakan oleh hosted server provider dari dalam atau luar negara dan masing-masing pasti ada kelebihannya tersendiri. Untuk pengetahuan anda, domain MYiDEAKiNi.com tanpa hosting adalah dari hosted server provider dalam negara Malasyia. Ini memudahkan MYiDEAKiNi berurusan dengan pihak teknikal, jika terdapatnya masalah pada blog MYiDEAKiNi berbanding di luar negara. betul tak? Jadi pilih lah untuk servis dari negara kita sendiri. Pilihan ditangan anda!
Baca ini juga: Blog Sumber Medium Informasi Bermanfaat
Tetapi bertuah ketika itu, MYiDEAKiNi adalah domain yang terakhir menggunakan servis google panel secara PERCUMA dan selepas itu servis ini di kenakan caj bayaran bulanan. Jadi dengan menggunakan google panel, MYiDEAKiNi boleh membuat tetapan email dari domain sendiri dan menggunakan tetapan dari google mail. Mungkin ini terlalu teknikal dan pasti MYiDEAKiNi akan tunjukkan caranya jika ada yang berminat untuk menggunakan email dari domain sendiri cuma di kenakan caj bayaran dari pihak google.
Baca ini juga: [INFO] Dari Blogspot ke Dot Com
Kelebihan SelfHosted Domain Berbanding Domain Tanpa Hosting
1. SelfHosted Domain Lebih Sempurna
Jika dibandingkan antara selfhosted domain dengan domain tanpa hosting, selfhosted domain dikatakan lebih baik dengan syarat pemilik blog faham tentang selok belok penggunaan selfhosted. Hampir semua kelebihan yang ada di domain blogspot dan wordpress boleh dimasukkan dalam selfhosted domain.
2. Memiliki Kawalan Tetapan Sepenuhnya Terhadap Domain
Kerana sifat selfhosted domain ini, maka anda mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengawal tetapan dan semua konten di blog. Tidak seperti domain tanpa hosting yang menggunakan servis blogspot atau wordpress, ianya tidak boleh dikawal sepenuhnya, malah anda perlu mematuhi syarat dan tetapan dari pihak mereka.
Baca ini juga: [INFO] Penggunaan Domain Email Sendiri
3. Tidak Terikat Peraturan Wordpress atau blogspot
Sepertimana yang diterangkan diatas, anda mempunyai kebebasan dalam mengawal sepenuhnya selfhosted domain berbanding domain tanpa hosting. Selfhosted domain tidak mudah di banned atau di hapus oleh peraturan blogspot atau wordpress. Ramai yang akan memilih selfhosted domain kerana mereka sendiri tahu selok belok cara penggendaliannya dan tidak terikat dengan mana-mana syarat. Anda bebas untuk menaikturun theme, menambah plugin dan boleh meng-edit script dengan kehendak sendiri. Inilah kelebihan selfhosted domain berbanding domain tanpa hosting.
Akhir sekali, anda bolehlah menilai mana yang terbaik dan termudah untuk blog. Harga kos untuk memiliki selfhosted domain adalah RM170.00 (termasuk GST 6%) untuk 1 tahun manakala domain tanpa hosting adalah RM55.00 (termasuk GST 6%) untuk 1 tahun.
Baca ini juga: [INFO] Platform Blogger Vs Wordpress
Selamat Berdomain la kita yer... :-D
terima kasih perkongsian ini ya....
ReplyDeleteSama-sama....Sekadar sharing info berdasarkan pengalaman yang ada
DeleteAda usaha, Ada ilmu .. Boleh ranking :)
ReplyDeleteTepat sekali!
Deletecik en dah 3 4 tahun berdomain sndri.. trasa kita ni dipercayai bl ada domain sndri
ReplyDeleteJemput singgah Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia
Betul kata-kata Cik En...Mudah di kenali dan dipercayai dengan penjenamaan blog sendiri... :-D
DeleteTakpe....Nanti dah ada domain penjenamaan sendiri baru akan faham segalanya... :-D
ReplyDelete