10 Tips Murah Rezeki dari Perniagaan!


1. Sentiasa berhubung dan melawat ibu bapa/orang tua. Sedekahkan Al-Fatihah pada yang sudah tiada. Perbanyakkan doa selepas selesai solat.
2. Rezeki keluarga pasangan suami, isteri dan anak. Bagi yang berumah tangga, rezeki bermula dengan pasangan suami isteri. Jika kehidupan rumahtangga itu bahagia, maka rezeki akan datang mencurah selalu. Dan sebaliknya, jika rumah tangga goyang, maka rezeki pun susah untuk datang.
3. Ikhlas memberi makanan kepada kucing (dan juga haiwan lain). Selalu amalkan jika melihat kucing terbiar datang di tempat makan anda untuk meminta sedikit makanan. Jadi janganlah menghalau atau menyepak kucing tersebut, malah murahkanlah hati anda untuk memberi makanan pada kucing tersebut dengan niat bersedekah.
4. Berdoa jika dalam kesempitan rezeki. Di dalam situasi kesempitan rezeki, berdoalah pada Allah S.W.T dan bukan meminta-minta pada orang. Doa akan dimakbulkan dengan izinNya. Allah swt akan menyediakan rezeki yang segera. (Hadis Diriwayatkan At-Tirmizi)
5. Carilah rezeki yang halal. Memastikan rezeki yang ada perolehi itu adalah yang halal dan berkat. Kerana rezeki yang tidak halal dan berkat, sentiasa tidak akan cukup di hati. Perlu di ingat rezeki yang berkat Allah S.W.T akan cukupkan dan memberi lebih lagi.
6. Mengejar kemewahan dunia semata-mata. Janganlah hidup ini hanya mengejar kemewahan dunia semata-mata kerana ianya sentiasa tidak akan habis. Kenalah seimbangkan mengejar kemwahan dunia dan akhirat. Ingat! kemewahan dunia tidak boleh dibawa mati.Baca ini juga: RF3 World Firmax3 Malaysia
7. Sentiasa bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan. Bersyukur dengan pemberian rezeki tidak kiralah sedikit atau banyak. Cukuplah dengan sekadar ucapan 'Alhamdulillah'. In shaa Allah, perasaan bersyukur itu sentiasa akan mencukupkan dan akan dibukan pintu rezeki dalam pelbagai bentuk nanti. Percayalah!
8. Berzikrullah dan Beristighfar. Sentiasalah selalu beringat dan bersyukur kepada Allah S.W.T keranaa Dia akan keluarkan anda dari sebarang kesempitan. Dia juga akan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Dawud)
9. Sentiasa bersifat memaafkan. Memaafkan salah & silap orang lain sebelum tidur. Apabila hati anda tenang, In Shaa Allah, rezeki mudah datang.
10. Bersedekah dan derma. Sifat sedekah dan derma ini sangat di pandang mulia oleh Allah S.W.T dan ianya tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi. Jika anda sedekah atau derma RM10 hari ini, mana tahu nanti anda akan dapat semula RM100 dan mungkin lebih dari itu. In shaa Allah!
Inilah rahsia MYiDEAKiNi dalam memulakan perniagaan servis Hotel Kucing & Spa Kinrara hanya dengan membela seekor kucing jalanan, Dan tidak disangka, Allah murahkan rezeki sehingga ke hari ini. Kini MYiDEAKiNi sudah mempunyai 15 ekor kucing dan mereka dibawah jagaan sebaiknya.
Jangan lupa LynkUNDI MYiDEAKiNi dalam pertandingan Kontest yang sedang berlangsung. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda. Dengan Doa, semoga anda juga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. In Shaa Allah. Amin...
nice sharing... setuju...
ReplyDeletesharing is caring...
DeleteTerima kasih untuk info ni...akan saya amalkan...solat wajib dan solat duhha...alhamduliah..sehingga sekrg saya amalkan, tu pun dripada nasihat ustaz ngaji...dan tahnia untuk sercive kucing tu...tak semua org mampu lakukan tau...gud luck ya...
ReplyDeleteYup betul tu...yang penting istiqomah dalam segala perkara...In shaa Allah pasti akan membuahkan hasil... :D
Delete