Dimanakah Blogger Lelaki? Wanita Jer!
Dimanakah Blogger Lelaki? Wanita Jer! | Hahahaha tengok artikel pun dah nampak macam gempak juga, bukan? Dalam pemerhatian MYiDEAKiNi setakat ini, ramai blogger wanita yang tampil secara online berbanding lelaki. Mungkin ada tapi tidak seramai dari blogger wanita. Adakah ini di namakan blogger wanita mendominasi blogger lelaki. Lihatlah sahaja giveaway dan kontest yang dianjurkan oleh MYiDEAKiNi, statistik menunjukkan bukti bahawa blogger wanita lebih cenderung berblog berbanding daripada lelaki. Ini pendapat dan pandangan MYiDEAKiNi, kemungkinan besar blogger lelaki kurang berminat untuk ber-blog atau rasa malu-malu atau hanya seperti biskut chipsmore, kejap ada dan sekejap tiada, hilang tanpa tuju hala (hahaha...) untuk tampil menjadi seorang blogger sambilan.
Berbanding pula dengan sesetengah blogger sepenuhnya masa dan sudah di kenali ramai di alam maya, mereka mempunyai haluan dan tujuan masing-masing demi mencapai target dan pencapaian setiap bulan seperti yang di rancang. Persoalannya dimanakah blogger lelaki? Melalui statistik daripada google analytics, inilah buktinya blogger wanita mendominasi dunia blog.
Jangan lupa baca ini juga yer: Contest Review Lynk.my 2015
Berbanding pula dengan sesetengah blogger sepenuhnya masa dan sudah di kenali ramai di alam maya, mereka mempunyai haluan dan tujuan masing-masing demi mencapai target dan pencapaian setiap bulan seperti yang di rancang. Persoalannya dimanakah blogger lelaki? Melalui statistik daripada google analytics, inilah buktinya blogger wanita mendominasi dunia blog.
Sebab blogger lelaki telah di dominasi oleh blogger Wanita
- Salah satunya adalah tidak berminat, biasanya lelaki lebih cenderung kepada aktiviti seharian seperti gim, badminton, bowling, footsal dan sebagainya
- Tiada ilmu dalam dunia blog dan lebih cenderung kepada media sosial yang lebih mudah seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya
- Fokus dengan kerjaya atau keluarga demi kehidupan seharian
- Tiada Masa untuk ber-blog ini di anggap perkara yang teknikal, leceh dan remeh temeh.
- Dunia blog ini yang difikirkannya adalah sesuai untuk wanita sahaja dan tidak sesuai untuk lelaki kerana ianya lebih cenderung dengan aktiviti yang lasak.
- Kegersangan idea untuk di kongsikan dan terus tinggalkan dunia blog begitu sahaja, dibiarkan bersawang dipenuhi oleh sarang labah-labah (hahaha...)
- Sentiasa blogwalking dan turut serta aktiviti seperti kontest, giveway, segmen dan sebagainya
- Turut serta komuniti blog yang AKTIF, sentiasa mendapat perkhabaran info dan maklumat terkini seperti tutorial, tips, motivasi dan sebagainya
- Suai kenal dengan salah seorang OTAI blogger untuk dijadikan mentor atau cikgu atau tunjuk ajarku sifu.
- Melawan sifat malas untuk berblog dan anggap blog anda adalah e-diari yang boleh diluahkan dalam penulisan.
- Perlu banyak rujuk laman blog yang lain untuk dijadikan rujukan serta idea dalam sesebuah penulisan artikel. Jangan sesekali ikut jalan mudah untuk "copy & paste" sebab nanti anda kena marah dari blogger lain kerana hasilnya telah dicetak rompak.
- Jaga tatasusila ketika berblog & bina kredibiliti anda dalam dunia blog. Jika sudah dikenali dan disegani, jangan pula lupa daratan yer. Sentiasa ingat dari mana asal usul anda ketika itu.
Kesimpulannya, janganlah malu-malu untuk berblog kerana ilmu itu sangat luas. Manalah tahukan, mingkin anda mempunyai skil dalam penulisan, jadi inilah peluang anda untuk meluahkan skil anda dalam bentuk penulisan.
satu kupasan yg menarik. kita adalah antara segelintir blogger lelaki yg masih meneruskan kelangsungan hidup di dunia blog. abam follow sini, ye? no 376.
ReplyDeleteTerima kasih Abam kie sudi komen & follow blog MYiDEAKiNi... jemput join kontest yer... :-D
Delete