Lenovo Portable Storage, Stor Fail Data Mudah Alih
Sebelum munculnya portable storage, kebanyakkan pengilang elektronik komputer memperkenalkan produk seperti pendrive atau USB Flash Drive sebagai alatan khas untuk menyimpan data digital kepada pengguna berbanding hardisk. Kenapa? Ianya kecil dan mudah dibawa kemana-mana dan saiz memorinya yang sangat terhad. Masih lagi di gunapakai oleh pengguna yang meminati USB Flash Drive ini. Apa yang merisaukan MYiDEAKiNi dengan USB Flash Drive, memorinya yang terhad dan sangat mudah terdedah dengan kerosakan seperti terkena air jika ianya di simpan di dalam poket. Masa itu mungkin anda tidak perasan USB Flash Drive ada didalam poket dan terus masukkannya kedalam mesin basuh baju. Mungkin bagi anda yang tidak cuai dan selalu peka dengan keadaan ini, ianya akan selamat, tapi entah bila agaknya, bukan? Dan satu lagi perkara penting, kebanyakkan pengguna akan simpan data seperti lagu atau video format MP3 atau MP4 di dalam USB Flash Drive tetapi masih lagi tidak cukup memori kerana memandangkan saiz memori yang sangat besar untuk format MP3 atau MP4.
Berbanding dengan penggunaan Portable Storage, ianya telah direkabentuk menjadi nipis dan saiz memorinya sangat besar sehingga ke 8TB. Banyak kelebihannya penggunaan Portable Storage berbanding USB Flash Drive walaupun ianya sama fungsi. Antara kelebihan yang boleh MYiDEAKiNi jelaskan adalah seperti berikut:
- Saiz memori yang besar berbanding
- Tidak mudah terdedah dengan kerosakan
- Mudah dibawa kemana-mana dan disimpan ditempat yang lebih selamat
- Rekabentuk dan warna yang menerik perhatian pengguna portable storage
- Rekabentuk yang menggantikan Hard disk komputer atau lap top.
Ciri-ciri Portable Storage

seorang pembekal komputer memberi tawaran secara PERCUMA Western Digital Portable Drive dengan saiz memori 1TB. Itu pun sudah kehabisan quota dan terpaksa membeli yang baru. Harga yang ditawarkan oleh pembekal ketika itu RM239.00 tahun 2011. Dan yang terakhir pembelian Portable Storage dari Jenama Lenovo dengan saiz memori 1TB. Harga asal RM249.00 dan selepas promosi RM209.00 sahaja.
Jenama Portable Storage Di Pasaran.
Berikut adalah jenama portable storage di pasaran Malaysia seperti berikut:
- Western Digital
- Toshiba
- Seagate
- Transcend
- Hitachi
- Lenovo
Setakat ini apa yang MYiDEAKiNi tahu, saiz maximum memori untuk portable storage ini adalah 8TB dan minimum adalah 500GB. Harga bergantung kepada jenis dan saiz memori. Sebelum membuat keputusan untuk membeli portable storage ini, anda perlulah membuat perbandingan harga, brand dan saiz memori. Ketahanan untuk jangka masa yang lama juga perlu di ambil kira, jadi anda sendiri boleh menilainya.
Kepakaran Syarikat Pembekal Portable Storage
Hal ini juga anda perlu mengambil kira, dimana syarikat atau pengilang yang bertahan lama dalam pengeluaran portable storage ini di anggap kukuh dan berjaya dalam sesuatu pengeluaran. Selain itu tahap kepuasan pada pengguna serta kepakaran mereka dalam sesuatu pengeluaran juga di ambil kira dalam membuat pilihan dalam menggunakan portable storage.
Akhir kata, buatlah pemilihan yang bijak dalam membeli sesuatu produk eletronik seperti portable storage khususnya untuk menyimpan data digital yang bersaiz besar seperti format jpeg, MP3, MP4, PSD dan sebagainya. Ianya adalah satu keperluan dalam semua urusan yang melibatkan dokumen digital dan sebagainya. Jadi apa pendapat anda sebagai pengguna baru atau sedia ada dengan portable storage ini. Jangan lupa tinggalkan komen yer....
wah, sampai 5 tera tu storage dia, agak2 harga berapa rm lah tu.. shad ada Buffalo Mini Station 1 Tera punya, harga dlm 2oo lebih la jugak.. kalau 5 terabyte, harga diaa.... :D :D
ReplyDeleteKalau 5TB for sure dalam RM600++ macam tu....hehehe
DeleteAgak besar ni. Mmg puas hati kalau simpan semua benda dkt dalam tu
ReplyDeleteYup betul tu....selamat jika lappy ada problem atau mainboard rosak so file kira dah selamat sbb dah simpan dalam portable storage... :-D
Delete9/8 ini lah tarikh kehilangan seperti Hiroshima dibom.
ReplyDeleteJauh larik topik tu...hisroshima dengan portable storage...saja je kan...hehehe :-D
ReplyDelete