Tutorial Tetapan Blog Profil | Masalah sama MYiDEAKiNi hadapi sekarang ini untuk "follow back" blogger yang lain sedangkan tetapan profilnya.
Tutorial Tetapan Blog Profil | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah. Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Tutorial Tetapan Blog Profil
Mungkin ada diantara blogger yang mempunyai masalah sama MYiDEAKiNi hadapi sekarang ini untuk "follow back" blogger yang lain sedangkan tetapan profilnya hanya menyiarkan blog yang di ikutinya. Boleh rujuk gambar disebelah ini jika anda klik profil blogger dan ingin mengikutinya balik.
Jadinya dengan tutorial serba ringkas ini, sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana blogger untuk betulkan tetapan profilnya agar blogger lain dapat mengikuti blognya nanti.
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk anda buat tetapan yang sebetulnya, memudahkan urusan blogger lain mengikuti blog anda.
Anda boleh baca ini juga : Belajar Buat Blog
Terlebih dahulu anda perlulah akses blog anda di www.blogger.com. Masukkan username @ email dan kata laluan blog anda seperti biasa.
Langkah 1:
Di akaun template blog anda, perlu ke menu "setting" blog dan klik.
Langkah 2:
Diruangan template 'Setting", anda perlu skrol kebawah sekali dan cari menu 'User Profile" dan klik.
Di dalam ruangan template "user Profile", anda perlu lengkapkan informasi yang disediakan oleh blog mengikut citarasa anda.
Anda boleh ikut contoh infografik yang disediakan di bawah ini untuk memudahkan anda. Sebagai blogger sambilan atau sepenuh masa, anda boleh memasukkan informasi dengan lengkap supaya blogger lain boleh mengikuti balik blog anda.
Jadi mana yang senang bagi anda. Jika ianya perlu boleh berbuat sedemikian. Manalah tahu rezeki anda pada blog ini datang mencurah-curah seperti air yang sentiasa mengalir. Sebagai contohnya mungkin ada blooger atau pengguna google ingin mengupah anda untuk review produknya. Istilahnya rezeki tidak akan sesekali tersalah alamat. Betul tak?
Langkah 3:
Akhirnya sekali, jika anda sudah berpuas hati dengan memasukkan maklumat yang rasa perlu, kemudian anda boleh tekan butang "Save". Selepas itu bolehlah klik "View Update Profile" untuk melihat template format diplay blogger.
Boleh klik gambar ini untuk pembesaran optimun yer..
Ini adalah contoh format profil blogger yang telah lengkap untuk blogger lain mengikutinya selepas ini, hanya klik pada pautan blog yang diberikan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau pandangan, boleh tinggalkan di ruangan artikel ini nanti. In Shaa Allah MYiDEAKiNi sudi menerima komen sebaik mungkin. Aamin
terima kasih atas perkongsian...linda pun baru lepas godek2 letak gambo...hihihi
DeleteAlhamdulillah


Deletedengan segera saya open setting blog saya dan check...alhamdulillah sama macam paparan infografik En. Khairul (eh formal betul rasa panggil encik ni hahah)
DeleteWow! pantas yer Puan Ammi.. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat semua
Deletetutorial yang mudah untuk difahami ...kalau ada video lagi afdal hehehehe
Deletetak sempat nak compile & buat video. .ahaks
Delete