Aplikasi Web Percuma Menyunting Gambar | senaraikan hanya 2 aplikasi web percuma untuk menyunting foto
Aplikasi Web Percuma Menyunting Foto | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Aplikasi Web Percuma Menyunting Foto
Artikel kali ini MYiDEAKiNi ingin berkongsikan ilmu yang sangat bermanfaat dimana berdasarkan kepada pengalaman yang ada, untuk meng'edit' sebarang gambar terdapat banyak aplikasi web yang boleh digunakan tetapi MYiDEAKiNi akan senaraikan hanya 2 aplikasi web percuma untuk menyunting foto iaitu:
- https://www.remove.bg/
- https://www.snipboard.io/
1. https://www.remove.bg
Aplikasi web percuma ini adalah satu sistem yang mengeluarkan latarbelakang 100% secara automatik dalam 5 saat dengan satu klik. Ianya adalah dari penggunaan sistem AI pintar remove.bg dimana anda boleh menjimatkan masa dalam penyuntingan dan ianya sangat seronok. Tidak kira jika anda ingin menjadikan latar belakang telur (PNG) atau menambar latar belakang pada foto. Anda boleh melakukan semua ini dan banyak lagi di dalam sistem aplikasi web percuma ini.
Adakah ianya selamat digunakan? Ya, foto anda selamat dan akan dirahsiakan. Anda juga boleh mendaftar akaun secara percuma dimana foto yang telah di edit boleh terus di simpan kedalam sistem akaun anda ini.
Boleh baca artikel ini juga yer: 10 Aplikasi Imej pengstoran Online
Sedutan Video Tutorial Langkah Menggunakan
Aplikasi Web Percuma Remove.bg
Aplikasi Web Percuma Menyunting Foto
Adakah aplikasi web ini percuma untuk digunakan?
Ianya adalah Akaun Percuma dan anda sentiasa boleh menggunakan remove.bg secara percuma di aplikasi web ini. Pengalihan mengeluarkan latar belakang secara percuma ini menyokong imej resolusi rendah (pratonton) sehingga 0.25 megapiksel. Dengan akaun percuma, anda juga mendapat satu kredit bonus (untuk menguji muat turun beresolusi tinggi) dan 50 pratonton percuma melalui API dan apl setiap bulan.
Adakah remove.bg menyimpan foto anda?
aplikasi web remove.bg menyimpan foto anda dalam format PNG, jadi anda tidak memerlukan sebarang langkah tambahan untuk memilih format yang betul. Menyesuaikan foto anda, mengalih keluar latar belakang tanpa ada sehelai rambut pun dan menyimpan foto anda semudah yang mungkin.
2. https://www.snipboard.io/
Manakala aplikasi web percuma ini berfungsi untuk 'crop' foto yang berkenaan sahaja. Anda tidak lagi menggunakan aplikasi di perisian komputer seperti adobe photoshop, paint, microsoft powerpoint dan aplikasi yang sewaktu dengannya.
Snipboard.io ialah aplikasi web terpantas dengan hanya melalui tangkapan skrin (screenshoot) tanpa perlu memuat turun atau memasang apa-apa aplikasi yang berkaitan. Ianya direka khas dengan mengambil kira aliran kerja anda dengan hanya menggunakan bilangan minimum tekan kekunci untuk berkongsi foto anda. Anda juga boleh mendaftar akaun secara percuma dimana foto yang telah di edit boleh terus di simpan kedalam sistem akaun anda ini.
Aplikasi Web Percuma Menyunting Foto
Bagaimanakah anda menggunakan alat snip?
Untuk menggunakan Alat Snipping apabila anda mempunyai tetikus dan papan kekunci: Tekan kekunci logo Windows + Shift + S. Desktop akan menjadi gelap sementara waktu semasa anda memilih kawasan untuk tangkapan skrin anda. Cuma anda perlu menyimpan foto tersebut kedalam pemacu mudah alih atau pemadu perisian komputer.
Maaf suara halus, masa ni rekod suara waktu pejabat
tengah cover sikit.. ahaks.. Harap bermanfaat
perkongsian video tutorial "Crop" Foto ini yer
Pilihan satu lagi, dengan menekan butang "Print Scrn" yang terdapat pada papan kekunci. Selepas itu anda terus ke paparan laman web snipboard.io dan kemudian tampal di skrin aplikasi web tersebut. Untuk "crop" anda perlu pilih icon "crop" dan kemudian simpan foto kedalam sistem server aplikasi web ini.
Aplikasi Web Percuma Menyunting Foto
Selain tu anda juga diberi pilihan untuk memuatturun foto yang telah di "crop" kedalam pemacu mudah alih. Yang bestnya aplikasi web ini menyediakan pautan link untuk foto anda. Jadi anda perlu menggunakan pautan link tersebut untuk kongsikan pada yang lain. Mudahkan!
selalu juga guna remove.bg tu sebab percuma. Done followback ya
ReplyDeleteTerbaik Sis RA guna aplikasi web ni.. Mudah benar sgt nak guna & template pun simple kan.. <3<3<3
Delete