Tazkirah Jumaat #37 | Saling nasihat menasihati, ingat mengingati antara satu sama lain khususnya bagi bloggers beragama islam.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Tazkirah Jumaat #37
Saling nasihat menasihati, ingat mengingati antara satu sama lain khususnya bagi bloggers beragama islam. Janganlah sesekali menngunakan perkataan "bye" kerana ianya adalah jarum sulit kristian yang bermaksud "dibawah naungan pope". Jangan sesekali menggunakan perkataan "Akum" yang bermaksud "binatang" dalam bahasa yahudi. Begitu juga dengan perkataan "semekom" yang memberi maksud "celaka kamu". Janganlah menggunakan perkataan "salam" yang memberi maksud "celakalah kamu".
Jadi gunalah perkataan yang betul dan elok "As Salam" singkatan perkataan bagi "Assalamualaikum" (bahasa Arab: ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ al-salāmu 'alaykum) membawa maksud "Selamat sejahtera ke atas kamu semua" yang merupakan ucapan salam dalam bahasa Arab, dan digunakan oleh umat Islam.
Jadi gunalah perkataan yang betul dan elok "As Salam" singkatan perkataan bagi "Assalamualaikum" (bahasa Arab: ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ al-salāmu 'alaykum) membawa maksud "Selamat sejahtera ke atas kamu semua" yang merupakan ucapan salam dalam bahasa Arab, dan digunakan oleh umat Islam.
Tazkirah Jumaat #37
Lebih afdhal lagi, berilah ucapan penuh "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" yang memberi maksud:
- “Assalamualaikum” ( ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ) bermaksud “keselamatan sejahtera atas kamu” atau “salam sejahtera ke atas kamu”. Ia diambil dari perkataan Arab “Assalam” yang bermaksud “keselamatan” atau “sejahtera” dan “Alaikum” yang bermaksud “atas kamu”.
- “Warahmatullahi” (وَرَحْمَةُ اَللهِ) bermaksud “dan rahmat Allah”. Ia terdiri daripada perkataan Arab “Wa” yang bermaksud “dan”, “Rahmat” yang bermaksud “belas kasihan” atau “rahmat”, dan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa dalam agama Islam.
- “Wabarakatuh” (وَبَرَكاتُهُ) pula bermaksud “dan keberkatan-Nya”. Ia terdiri daripada perkataan Arab “Wa” yang bermaksud “dan”, dan “Barakat” yang bermaksud “keberkatan” atau “pemberkatan”, serta “hu” yang bermaksud “Nya”, merujuk kepada Allah.
Tazkirah Jumaat #37
Ucapan As Salam ini mempunyai sejarah yang panjang dan merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa ucapan As salam ini adalah tanda kasih sayang dan perpaduan antara umat Islam. Ianya juga merupakan doa yang menyatakan harapan agar orang yang disampaikan salam diberkati dengan keselamatan, rahmat, dan keberkatan daripada Allah SWT.
Oleh itu, memberi ucapan penuh “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” ( اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ ) secara keseluruhan bermaksud “keselamatan sejahtera atas kamu, dan rahmat serta keberkatan Allah SWT”. [Kredit oleh taqwa.my]
good sharing
ReplyDeleteSama-sama kita bermanfaat dengan ilmu yang ada <3<3<3
Deletesebarkan salam tautkan ukhwah
ReplyDeleteSharing is caring <3<3<3
DeleteAlhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteAamin.. sama-sama yer.. Semoga bermanfaat untuk semua <3<3<3
Delete