Tutorial Pilihan Ayat Berkelip-kelip | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Madani Malaysia. Semoga sahabat semua dipermudahkan urusan.
Tutorial Pilihan Ayat Berkelip-kelip | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Madani Malaysia. Semoga sahabat-sahabat semua dipermudahkan urusan seharian & dimurahkan rezeki berpanjangan. Amin. Artikel kali ini, admin ingin memberi tutorial ringkas jika anda ingin membuat ayat atau pautan link berkelip-kelip supaya isi kandungan artikel anda nampak berseri-seri & meriah.
Langkah 1:
Anda perlu ke blog template dan pilih menu Layout.
Langkah 2:
Masukkan gadget HTML/Javacript didalam blog anda. Sila salin & tampal script dibawah ini:
<SCRIPT type="text/javascript">function JavaBlink() {var blinks = document.getElementsByTagName('JavaBlink');for (var i = blinks.length - 1; i >= 0; i--) {var s = blinks[i];s.style.visibility = (s.style.visibility === 'visible') ? 'hidden' : 'visible';}window.setTimeout(JavaBlink, 1000);}if (document.addEventListener) document.addEventListener("DOMContentLoaded", JavaBlink, false);else if (window.addEventListener) window.addEventListener("load", JavaBlink, false);else if (window.attachEvent) window.attachEvent("onload", JavaBlink);else window.onload = JavaBlink;</SCRIPT>
Tutorial Pilihan Ayat Berkelip-kelip
Pastikan jangan namakan Gadget anda, sekadar biarkan ianya kosong tanpa nama. Kemudian tekan butang SAVE. Skrip perlu diletakkan di suatu tempat pada halaman, sebelum tag, atau dipanggil sebagai skrip luaran. Kini boleh menggunakan tag baharu seperti keputusan dibawah ini.
Disini Ayat Anda adalah berkeadaan biasa, Jika ditambah skrip html view <JavaBlink>Disini Ayat Anda berkelip, menggunakan JavaScript,</JavaBlink> dan Disini Ayat Anda akan kembali normal tanpa penambahan skrip html.
Pada skrin, ianya akan kelihatan seperti ini:
Disini Ayat Anda adalah berkeadaan biasa, Jika ditambah skrip html viewDisini Ayat Anda berkelip, menggunakan JavaScriptet dan Disini Ayat Anda akan kembali normal tanpa penambahan skrip html.
Skrip mempunyai kelebihan iaitu anda boleh mengawal kelajuan berkelip dengan window.setTimeout, dengan memberikan nilai seperti 500 / 1000 / 3000 . Kedip diatas adalah menggunakan nilai 1000 sebagai contoh.
Tutorial Pilihan Ayat Berkelip-kelip
Anda juga boleh menggunakan apa jua sebarang gambar atau imej di jadikan kelip sepertimana penggunaan pada ayat seperti diatas.
Contoh salah satu iklan banner yang ditambah skrip html <JavaBlink> Imej atau gambar </JavaBlink> HTML view dan imej atau gambar secara normal tanpa tambahan skript html.
Semoga ilmu tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus dalam dunia blog. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan diruangan komen artikel ini. Jumpa lagi di lain siaran artikel yang lain yer.
dulu rajin jg laa sy godek2 code html ni. buat mcm2 kt blog. gmbr terpusing2 pn ada😁laa ni mls dah hehe...
DeleteBetul tu.. time dulu memang seronok nak buat macam-macam dalam blog kita supaya nampak lagi menarik. Sekarang dah muda remaja ni, buat yang ada jer.. tul tak?
Delete