Adakah Anda Juga Penggemar Kopi Dan Kebaikannya | kopi memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ianya mengandungi banyak nutrien dalam badan.
Adakah Anda Juga Penggemar Kopi Dan Kebaikkannya | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Adakah Anda Juga Penggemar Kopi Dan Kebaikkannya
Apabila disebut tentang kopi, sudah pastinya kopi adalah kegeraman orang ramai di seluruh dunia. Cuma kopi ini mempunyai pelbagai jenama bergantung kepada citarasa dan bajet masing-masing. Sedia maklum, terlalu banyak saingan jenama kopi yang berada di pasaran negara khususnya di Malaysia. Ada yang datang dari Super Premium, premium dan bisher-bisher jer.. ahaks
Tapi pernahkah anda tahu, menurut sumber yang dipercayai, kopi memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ianya mengandungi banyak nutrien untuk tubuh badan manusia. Di antara nutrien adalah seperti riboflavin (vitamin B-2), niasin (vitamin B-3), magnesium, kalium dan sebatian polifenol. Sebatian polifenol adalah sejenis antioksidan dimana ianya dapat membantu menyingkirkan radikal bebas dari tubuh badan iaitu sejenis produk buangan yang dihasilkan oleh tubuh secara semula jadi.
Adakah Anda Juga Penggemar Kopi Dan Kebaikkannya
Perlu di ingat, meminum kopi secara berlebihan memberi kesan sampingan yang tidak elok kerana mengandungi kafien yang tinggi. Malah boleh merbahayakan individu dan mengalami gejala. Penyelidikan tentang kopi masih berterusan sehingga kini. Antara kesan positif dan negatif bagi penggemar kopi yang ditemui oleh para pengkaji dan penyelidik.
Korang nak beli coffee ala super premium tapi mampu milik?
Tekan link sini >>> KOPI SUPER PREMIUM
Kesan positif Penggemar Kopi
+ Meningkatkan prestasi fizikal
+ Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
+ Membantu untuk fokus
+ Menajamkan daya ingatan
+ Melindungi jantung
+ Menceriakan mood dan membantu melawan kemurungan
+ Membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit
Kesan negatif Penggemar kopi
– Keresahan (anxiety)
– Gangguan tidur (insomnia)
– Masalah penghadaman
– Kerosakan otot
– Ketagihan
– Tekanan darah tinggi
– Degupan jantung laju
– Keletihan
– Kerap membuang air kecil dan masalah menahannya [Sumber: www.konfiden.com]
Akhir sekali, pengambilan kopi berkafein dalam kadar sederhana memberi manfaat kesihatan yang mengagumkan kepada penggemar kopi. Walaupun bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan & kekerapan boleh menyebabkan kesan sampingan yang mengganggu kehidupan seharian, bahkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Walaupun tindak balas kafein berbeza bagi setiap orang, meminum kopi dalam kadar sederhana adalah cara yang paling terbaik. Agaknya korang adalah salah seorang penggemar kopi juga?
yes I am.. MA memang coffee lover but under control lagi la.. ada masa memang no coffee day jugaks...and x de la berlebihan..rasanya la
ReplyDeletebetul tu.. walaupun kopi ada kebaikan tapi jangan terlalu kekerapan.. lain plak yang datang nanti.. <3<3<3
DeleteLM coffee lover. dulu setiap hari nak kopi.sekarang seminggu sekali dua cukup dah. kadang 2 minggu sekali baru teguk.terasa tenang je bila bau aroma dia.
ReplyDeleteSaya tak tahu camana nak tahu aroma kopi tu yer... tahu minum jer.. <3<3<3
Delete