Bertukarlah Kepada prepaid Wow Digi! | Assalamualaikum Dan Salam Madani Malaysia. Sudah agak lama admin tidak berkeudara dengan artikel baru
Baca juga entri artikel ini: Luahan Hati Pengguna Unifi Asalnya P1Wimax
Bertukarlah Kepada prabayar Tone Wow!
Begini ceritanya, asalnya admin adalah pengguna broadband P1 Wimax sehinggalah syarikatnya tutup dan pengurusannya diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Telekom. Admin mendapat satu panggilan dari pihak TM untuk mereka memberi tawaran istimewa kepada pengguna P1 Wimax sedia ada.
Mereka memberi tawaran istimewa untuk mendaftarkan diri menjadi pengguna Webe. P1 Wimax telah dijenamakan kepada Webe dan kemudian di tukar kepada Unifi Mobile. Bermacam-macam perubahan serta penambahan dilakukan TM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penggunanya.
Pada ketika itu, tawaran pakej WEBE tanpa had limit data RM79.00 dan jika memilih pakej pelan keluarga kepada 5 Sub-line iaitu RM79.00, RM69.00, RM59.00, RM49.00 & RM49.00, pakej berkenaan tidak termasuk cas tambahan SST sebanyak 6%.
Bertukarlah Kepada prabayar Tone Wow!
Oleh itu, admin memberi tawaran dan peluang kepada adik beradik untuk mengambil pakej ini dengan syarat nombor dijadikan atas nama admin. Mereka bersetuju untuk milih pakej ini kerana tawaran pakej Webe ketika itu sangat menarik kerana menggunakan data atau hubungi mana-mana nombor telko tanpa had.
Sehinggalah pada satu masa WEBE telah dijenamakan kepada Unifi Mobile dan kekal pakejnya sehinggalah ada sedikit pelarasan pakej tanpa memberitahu penggunanya yang sedia ada. Ketika membuat pembayaran bil Unifi Mobile ketika itu, tergerak hati admin untuk menyemak dan mengira semula kerana ketika itu admin terpaksa menambah duit untuk membayar bil tidak seperti biasa. Ini di kira luar biasa bayaran.
Bertukarlah Kepada prabayar Tone Wow!
Jadi admin terus membuat bantuan panggilan kepada khidmat pelanggan unifi 100 untuk bertanyakan pakej yang baru diselaraskan oleh pihak TM. Ketika bercakap dengan salah seorang pegawai khidmat pelanggan unifi, mereka memberitahu pakej yang lama sudah tidak releven lagi dan telahpun diselaraskan kepada harga RM79.00 untuk kelima-lima nombor tersebut. Agak sedikit marah ketika itu, tetapi atas sifat redha dengan perkara itu, admin membuat keputusan untuk berhenti melanggan Unifi Mobile dengan pihak TM.
Admin bertanyakan kepada pihak pegawai khidmat pelanggan unifi berkenaan dengan kaunter servis untuk tujuan ini. Pegawai tersebut memberitahu, boleh berurusan ibupejabat atau mana-mana cawangan TM kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Admin merasakan pelik, kenapa kaunter servis tutup pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti umum sedangkan TM adalah salah syarikat telko berbanding dengan telko yang lain. Kenapa perlu berurusan pada waktu pejabat sedangkan admin dan juga adik beradik yang lain bekerja pada hari biasa.
Bertukarlah Kepada prabayar Tone Wow!
Setelah tamat berkomunikasi dengan pegawai tersebut, admin terus membuat panggilan kepada adik-adik admin yang lain. Memaklumkan hal ini dan mereka juga tidak bersetuju dengan pelarasan pakej harga tersebut dan mereka terus membuat keputusan untuk berhenti melanggan.
Jadinya admin membuat keputusan untuk mengaturkan hari dan masa kepada adik-adik admin yang lain bagi menguruskan hal ini di TM cawangan di Melaka. Akhirnya nombor telefon dalam pakej pelan keluarga sudah diserah milik (Port-in) kepada nama adik-adik yang lain (pemilik sebenar).
Buat sementara waktu, mereka terpaksa melanggan dengan Unifi Mobile atas namanya sendiri dan perlu percepatkan proses pertukaran telko pilihan masing-masing. Ini adalah nasihat dari pegawai di kaunter TM tersebut untuk mengelakkan bil baru diproses.
Kenapa dengan Tone Wow? Nak tahu cerita selanjutnya boleh tunggu keluaran artikel bahagian 1 nanti yer. Nak langgan Tone Wow dengan admin boleh tekan pautan dibawah ini.
Untuk lebih jimat maka gunalah prepaid termasuk prepaid wow
ReplyDeleteSebenarnya ramai yang tak tahu kelebihan prepaid wow digi ni... Salah satunya pelan perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM50K.. Wow! banyak tu..mana telco yang boleh bagi pelan perlindungan insuran kepada usernya kan.. ahaks ;)
Delete