Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1 Wimax | Hari ini MYiDEAKiNi ingin meluahkan perasaan dan pengalaman asalnya sebagai pengguna P1 Wimax
Nak dijadikan artikel, dahulunya MYiDEAKiNi adalah seorang pengguna internet P1Wimax dimana pakejnya ketika itu sangat berbaloi. Cuma kelemahannya P1Wimax, sistemnya tidak sehebat telko gergasi seperti MAXIS dan CELCOM. Banyak juga aduan yang diterima melalui laman sosial tentang servis yang sangat teruk dari P1Wimax ini. Sebab itulah akhirnya P1Wimax melabuhkan tirainya dan menjual semua asetnya kepada TELEKOM MALAYSIA.
Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1Wimax [no_toc]
Ianya juga pernah terjadi dengan Telco TMTOUCH dibawah pengelolaan TELEKOM MALAYSIA ketika itu dan akhirnya telah dijual kepada CELCOM. Adakah perkara ini senasib kepada telko UNiFi juga? Apa yang MYIDEAKiNi lihat dan perhatikan, sebenarnya UNiFi ini khusus kepada internet Fiber dan masa yang sama mereka menyediakan perkhidmatan telko UNiFi Mobile.
Apabila pengurusan diambilalih sepenuhnya oleh TELEKOM MALAYSIA, ketika itu mereka membuat promosi besar-besaran kepada pengguna sedia P1Wimax untuk beralih ke arah Webe. Akhirnya penjenamaan P1Wimax telah ditukar kepada Webe. Pada masa itu, Webe membuat promosi besar-besaran dengan mempromosikan pakej Famili iaitu RM79 bagi talian utama, RM69 bagi talian kedua, RM59 bagi talian ketiga, RM49 bagi talian keempat dan kelima. Semua panggilan dan internet tanpa had. 10GB bagi Hotspot.
Baca ini juga: How To Start Business Online?
Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1Wimax
Jadi MYiDEAKiNi terima dan setuju dengan tawaran dari Webe tersebut ketika itu. Dari peringkat ke peringkat, akhirnya penjenamaan Webe bertukar sepenuhnya kepada Telco UNiFi dibawah anak syarikat TELEKOM MALAYSIA.
Ianya juga pernah terjadi dengan Telco TMTOUCH dibawah pengelolaan TELEKOM MALAYSIA ketika itu dan akhirnya telah dijual kepada CELCOM. Adakah perkara ini senasib kepada telko UNiFi juga? Apa yang MYIDEAKiNi lihat dan perhatikan, sebenarnya UNiFi ini khusus kepada internet Fiber dan masa yang sama mereka menyediakan perkhidmatan telko UNiFi Mobile.
Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1 Wimax
Selepas beberapa tahun menggunakan servis telko webe dan dikenali sebagai UNiFi Mobile, mereka membuat promosi dengan pakej RM59 selama tempoh setahun. Sebagai pengguna yang bijak, MYiDEAKiNi menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 100 untuk berhasrat mengambil peluang pakej promosi ini memandangkan tiada kontrak. Syarat utama adalah pada pengguna UNiFi yang sah dan tamat tempoh kontrak. MYiDEAKiNi bersetuju dengan promosi dan ingin memperbaharui kontrak bagi talian utama dan kedua. Ketika itu tiada penerangan terperinci untuk talian ketiga dan keempat. Selama kontrak berjalan, terdetik hati MYiDEAKiNi kerana kebiasaanya akan membayar semua talian tetapi masih ada lagi berbaki.
Apabila dilihat penyata bil, terdapat perubahan pakej harga pada talian ketiga dan keempat dimana pakejnya berubah kepada RM79 (rebat RM10) dan RM69. Patutlah selama ini bayaran selalunya tidak penuh kerana perubahan pakej harga dari RM59 dan RM49 yang sangat ketara.
Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1 Wimax
Memandangkan MYiDEAKiNi membuat penjelasan dan penerangan kepada adik yang menggunakan talian ketiga dan keempat, akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak lagi bersama UNiFi. Masalahnya disini, pernahkan anda melihat pusat khidmat pelanggan UNiFi yang beroperasi setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum? Jadi MYiDEAKiNi cuba mendapatkan maklumat sepenuhnya dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan UNiFi di talian 100 dan mereka menyatakan Pusat Khidmat Pelanggan UNiFi hanya beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja, dan tutup pada setiap hari Sabtu & Ahad serta cuti umum.
MYiDEAKiNi terpaksa memohon cuti untuk menguruskan talian ketiga dan keempat kerana kedua-duanya di daftarkan atas nama yang sama dan perlu mengisi borang permohonan Pengasingan Akaun. Jadi untuk menyerahkan talian tersebut ke atas penama yang sebenar, mereka juga perlu memohon cuti dan hadir ke Pusat Khidmat Pelanggan yang hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1Wimax
Semasa berurusan di kaunter pusat khidmat pelanggan UNiFi, pegawai yang bertugas ketika itu menyatakan proses untuk pengasingan akaun keatas penama mengambil masa lebih kurang 24jam dan beliau nasihat pengguna tersebut bolehlah berurusan di kaunter telko yang lain jika berhasrat untuk menggunakan nama yang sama. Jika tidak, bil UNiFi akan berjalan seperti biasa. Mengapa proses pengasingan akaun keatas penama mengambil masa 24jam? Ini akan lebih menyusahkan lagi pihak pengguna dan perlu menunggu sehingga pengasingan akaun penama berjaya diselesaikan.
Jadi susahlah pada pengguna UNiFi, jika mereka seorang yang bekerja pada hari biasa dan perlu memohon cuti dari majikannya semata-mata untuk menguruskan berkaitan dengan UNiFi. Lihat sendiri kepada syarikat gergasi telko seperti MAXIS dan CELCOM.
Luahan Hati Pengguna UNiFi Asalnya P1Wimax
Mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna mereka dengan menyediakan pusat khidmat pelanggan yang beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Inilah peluang mereka mempromosikan produk-produk dan pakej baru kepada pengguna sedia ada dan baru khususnya.
Kesimpulannya, jika mereka menyediakan servis telko seperti ini, sepatutnya mereka perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna mereka dengan menyediakan Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi setiap Sabtu & Ahad dan Cuti Umum. Kebiasaanya masyarakat Malaysia khususnya bekerja pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Waktu yang sesuai untuk mereka adalah Sabtu, Ahad dan cuti umum.
KOMEN ANDA!