Cabaran Menulis Hari 11: Talk About Your Sibling | MYiDEAKiNi adalah anak sulong dari 9 adik beradik dimana 5 lelaki dan 4 perempuan.
Cabaran Menulis Hari 11: Talk About Your Sibling | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Cabaran Menulis Hari 11: Talk About Your Sibling
MYiDEAKiNi adalah anak sulong dari 9 adik beradik dimana 5 lelaki dan 4 perempuan. 5 daripadanya sudah berumah tangga dan kini tinggal 4 orang sahaja yang masih bujang termasuk MYiDEAKiNi sendiri. Tetapi Allah itu ingin memberi ujian pada keluarga MYiDEAKiNi dimana salah adik lelaki, Azman namanya mengalami demam panas. Peristiwa malang untuk adik Azman, emak dan arwah abah sudah buat yang terbaik untuk adik Azman demi merawat demam panas.
Akhirnya tewas dan kini adik mengalami penyakit sawan otak seumur hidupnya. Kiranya adik Azman di kategorikan OKU dimana fizikal nampak normal cuma tidak boleh berfikir seperti adik beradik yang lain. Sedih mendengar nasib adik Azman, jika tidak sudah pastinya Azman hidup normal seperti yang lain :(
Cabaran Menulis Hari 11: Talk About Your Sibling
Hari ini 11.11 adalah tarikh ulang tahun Hari Jadi untuk adik perempuan no.2 yang bernama Siti Nur. MYiDEAKiNi doakan semoga Siti Nur dipanjang umur dan dimurahkan rezeki berpanjangan seperti air sungai yang mengalir sepanjang masa. Semoga Siti Nur tabah menghadapi cabaran hidup dan digantikan yang terbaik untuknya. Aamin Ya Rabb.
Seorang lagi adik lelaki dipertemukan jodohnya dengan orang satu negeri dengan arwah Abah dan sekarang menetap di Dungun, Terengganu. Manakala yang lain tu semuanya menetap di Melaka kecuali MYiDEAKiNi hanya seorang sahaja yang kini menetap di Selangor. Kalaulah kebetulan tu semua adik beradik balik kampung semestinya meriah berkumpul bersama-sama.
Cabaran Menulis Hari 11: Talk About Your Sibling
Inilah keluarga besar MYiDEAKiNi yang dibesarkan oleh Abah & Emak yang selama ini bersusah payah untuk membesarkan kami semua.
1- Along a.k.a MYiDEAKiNi
2- Angah @ Siti Nur
3- Azman (tidur baru lepas kena sawan)
4- Awie (bukan penyanyi yer)
5- Aim
6- Esah (bukan mak esah becok yer)
7- Tijah
8- Zul Toyol
9- Shikin
Jadi itulah serba sedikit cerita berkenaan dengan adik beradik MYiDEAKiNi yang kini membesar dengan sihat kecuali seorang adik istimewa. Ada diantara adik beradik sudahpun berumah tangga dan masing-masing sudah mempunyai beberapa orang anak. Meriahkan? Ahaks <3<3<3
sekarang azman berapa usianya?
DeleteUmur adik saya Azman 43 tahun
DeleteDalam gmbar ad 9..
DeleteDekat nama adik beradik ad 8 je nie..
Conpius jap...
Alamak.. tertinggal bas sorang.. Dah update yer ahaks


Delete