Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality | menetap menyewa sebagai dendang Perantau di Selangor sehinggalah kini.
Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality
Dengan lafaz بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang. Nak dimulakan dengan cabaran menulis hari 1 iaitu terangkan tentang personaliti MYiDEAKiNi. Nama penulis yang sebenar dalam blog MYiDEAKiNi ialah NUR KHAIRUL AZIZI BIN MOHAMAD. Umur 4 series dah. Lahir di Negeri Melaka dan dibesarkan di Dungun, Terengganu sehinggalah tingkatan 5 (habis sekolah). Melanjutkan pengajian di universiti tempatan sehingga tahun 2001.
Selepas itu keluarga berpindah kembali ke Melaka semasa MYiDEAKiNi berada di Universiti. Selepas habis pengajian, MYiDEAKiNi mula kerja di Kuala Lumpur dan menetap menyewa sebagai dendang Perantau di Selangor sehinggalah kini. Mula buat blog pada Bulan Julai 2012. Tapi suam-suam suku jer masa tu. Ahaks...
Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality
Tidak lokek untuk berkongsi ilmu tanpa meminta apa-apa upah. seikhlas hati. Masih ingat dengan pesan Ustaz & Ustazah ketika belajar kelas ilmu Fardu Ain dimana ketika kita sudah meninggalkan akan tinggal 3 perkara iaitu:
- Sedekah Jariah
- Ilmu yang dimanfaatkan selepas kematian
- Anak yang soleh
Oleh itu walaupun masih lagi bujang, MYiDEAKiNi akan pegang pada perkara yang kedua, ilmu yang ada di dada ini, in shaa Allah akan dikongsikan dalam penulisan blog. Bagi cabaran menulis hari pertama ini, berikut adalah serba ringkas tentang personaliti MYiDEAKiNi jika kenal lebih rapat.
- Nampak Sombong tetapi sebenarnya peramah
- Seorang yang Penyayang khususnya pada haiwang dan orang sekeliling
- Jujur dalam perbualan dan perbuatan
- Mudah kasihan pada seseorang walaupun hilang kepercayaan pada seseorang
- Suka berseloroh dan bergurau mengikut keadaan sekeliling
- Pemalu orangnya tapi bila dan kenal pemalu hilang entah kemana
- Bertanggungjawab dengan pekerjaan dan suka berkongsi
- Mempunyai skil ilmu dalam tanaman, tukangan, jahitan, masakan dan juga komputer
- Ada sedikit sifat sensitif jika bergurau melebihi had dan akan kurang bercakap
Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality
- Kalau dari segi hiburan, lebih suka menjiwai tempo lagu dan lirik.
- Ada sifat penakut jika bersendirian dan gelap
- Mudah mengalir airmata jika menonton cerita yang berkisahkan kesedihan
- Ada sedikit sikap cemburu tapi tidaklah melampaui batas. Ada hadnya
- Suka membeli peralatan dan teknologi seperti alatan memasak sama ada manual atau teknologi dan aplikasi perisian komputer.
- Berhati lembut dan tidak suka bergaduh walaupun itu adalah isu kecil. Rela mengelakkan diri dari memulakan persengketaan. Itu lebih baik.
- Mudah mendengar nasihat dan menerima pendapat orang lain
- Saling hormat menghormati antara satu sama lain terutama orang yang lebih tua
Rasanya setakat ini jer kot nak kongsikan serba ringkas personaliti MYDEAKiNi. Nak buat penulisan santai-santai macam blogger lain tak pandai sangat. Kenapa tetiba ada cabaran menulis pulak ni? Nak tahu infonya boleh baca artikel Cabaran Menulis: 30 Days Writing Challenge sehingga habis. Baru tahu ceriteranya itewww...
Uish.. Nie bukan ringkas dah nie... Hahaha... Bru tahu owner blog bujang trang tang tang...
ReplyDeleteGood luck lah kita...
Baru tahu yer blog bujang... bagi kita mmg dah ringkas tu.. ahaks <3<3<3
Deletetu dia.. berjela haa.. good luck!
ReplyDeleteBagi kita ringkas jer tu... ahaks <3<3<3
Deletengeh ngeh ngeh...takut golap ghupo eh
ReplyDeleteGelap bila lalu ditempat atau lokasi yang sunyi... ahaks <3<3<3
Deleteoh ada rupanya lelaki takut gelap? hihihi
ReplyDeletepenulisan santai? hahaha... nak tips penulisan santai ni kena ada feel macam update status fb... tp versi di blog lebih panjang... hahaha
Semua orang akan takut gelap.. bukan saya sorang jer.. hehehe 😁😂🤣
DeleteTak lah terlihat sombong. Dari foto pun dah kesan kalo Abang peramah 😁. Seru memang kalo ikuta challange nih. Jadi banyak tema untuk bahan menulis kan 👍
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian yang diberikan. Saya ni biasa-biasa saja.. tapi bolehlah kalau nak berbual. In Shaa Allah tak jemu dibuatnya.. ahaks 😀😁😊
Delete