Cabaran Menulis Hari 27: Someone Who Inspired Me | Sebenarnya orang yang MYiDEAKiNi ilhamkan adalah arwah atok dua belah pihak emak dan arwah abah
Cabaran Menulis Hari 27: Someone Who Inspired Me | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Baca juga artikel ini Cabaran Menulis Hari 26: Your School sampai habis tau!
Cabaran Menulis Hari 27: Someone Who Inspired Me
Sebenarnya orang yang MYiDEAKiNi ilhamkan adalah arwah atok dua belah pihak emak dan arwah abah, arwah Hj. Mohamad Bin Awang (atok belah mak) dan arwah Jusoh Bin Abdul Rahman (atok belah arwah abah). Al-Fatihah (sedang dibaca ketika menulis) Kenapa dengan mereka ini? 🤔🤔🤔. Begini ceritanya, masa zaman kanak-kanak dulu, arwah atok belah abah ni suka bertukang dan memang sangat kemas dengan hasil tukangannya. Pada ketika arwah atok sedang bertukang, MYiDEAKiNi datang dan tengok apa yang arwah atok buat ketika itu.
Ada satu ketika itu, paku yang telah bengkok keadaannya digunanya dan diluruskan kembali. Disitulah MYiDEAKiNi dapat ilham dan berfikir untuk menjadi kreativiti dalam pertukangan. Selain itu arwah atok juga adalah seorang perternak ayam kampung, jadi semua ayamnya sangat jinak dan boleh dibelai ketika masa makan untuk ayam. Ehh asyik cerita pasal arwah atok belah abah jer kan. Mana adil!
Cabaran Menulis Hari 27: Someone Who Inspired Me
Manakala arwah atok belah emak pula suka bercucuk tanam. Bila tiba musim sekolah, emak & abah buat keputusan untuk balik kampung emak dimelaka. memang seronoklah masa itu sebab dapat berjumpa dengan atok dan nenek.
Sampainya di melaka, MYiDEAKiNi akan kekebun kecil atok. Masa itu atok suka tanam tebu, kacang botol, pokok buah jambu air, ciku, pokok buah-buahan yang lain dan banyak lagi. Itu semua hasil usaha atok sendiri. Setiap waktu petang atok akan bersiap memakai pakaian dan kasut bot (warna hitam tak silap lah waktu) untuk masuk ke kebunnya. Sambil membawa sebilah parang yang panjang untuk mencatas ranting-ranting pokok yang tinggi.
Dan dari situlah timbulnya MYiDEAKiNi minat untuk bercucuk tanam. Dari situlah timbulnya ilham minat kepada hasil pertukangan, perternakan dan pertanian (bercucuk tanam) 🍅🌶️. Maaf yer gambar arwah atok belah arwah abah takde 😭😭😭😭. Apa-apa pun setakat ini je la MYiDEAKiNi boleh kongsikan berkenaan cabaran menulis kali ini.
KOMEN ANDA!