Cabaran Menulis Hari 26: Your School | Seawal umur 6 tahun MYiDEAKiNi di hantar ke sebuah tadika berhampiran dengan perkuburan Islam Dungun.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Cabaran Menulis Hari 26: Your School
Wahh.. Cabaran menulis kali ini sangat menarik tau. Bolehlah MYiDEAKiNi kongsikan dalam artikel panjang lebar. Bagaimana nak mulakan yer? 🤔🤔🤔. MYiDEAKiNi telah kongsikan berkenaan diri MYiDEAKiNi di artikel Cabaran Menulis Hari 1: Describe Your Personality dimana MYiDEAKiNi dibesarkan di Dungun, Terengganu.
Seawal umur 6 tahun MYiDEAKiNi di hantar ke sebuah tadika berhampiran dengan perkuburan Islam Dungun 😱😱😱. Ha! dekat dengan kubur tu, tak takut ker diri diselubungi misteri? 😆😅😂🤣 Nama tadika tu MYiDEAKiNi dah lupa yer cuma lokasi dan bangunan tadika telah berubah fungsi beberapa fasa. Sebelum tadika itu tutup, dengar ceritanya Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengambil alih lokasi dan bangunan tersebut. Dan kini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar telah mengambil alih lokasi dan bangunan itu.
Cabaran Menulis Hari 26: Your School
Selepas tamatnya alam tadika, MYiDEAKiNi dihantar dan didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun. Dimana disitulah bermulanya alam persekolahan rendah sehingga darjah 6 (UPSR) iatu pada tahun 1985-1990, tamat persekolahan. Bermacam-macam kenangan pahit dan manis yang ditinggalkan di sekolah itu.
Lagipun dah banyak perubahan pada sekolah tersebut kerana kalau korang tengok bangunan hadapan itu adalah tapak bangunan lama dimana lantainya digunakan daripada bahan kayu yang agak kuat masa itu. Tetapi telah dirobohkan kerana banjir besar ketika itu dan digantikan dengan bangunan baru. Korang nak selidik sekolah MYiDEAKiNi di Album Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun
Cabaran Menulis Hari 26: Your School
Habisnya alam persekolahan rendah dan layak ke peringkat sekolah menengah dimana dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Seri Dungun (SMSED). Kini nama sekolah telahpun diselaraskan kepada nama Sekolah Kebangsaan Menengah Seri Dungun dari tahun 1991-1995. Lokasi dan tempat sekolah ini berhampiran dengan Pusat Kegiatan Guru Dungun (PKG).
Pada tahun 1991-1993 MYiDEAKiNi bersedia untuk mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan layak keperingkat seterusnya iaitu Sijil Penilaian Menengah (SPM) dari tahu 1994-1995 disekolah yang sama.
Cabaran Menulis Hari 26: Your School
Dahulunya ini adalah pintu masuk utama untuk memasuki sekolah dan kini lokasi pintu utama di ubah di lokasi yang lebih strategik. Penuh dengan kenangan ❤️❤️❤️ pahit dan manis. Jasamu guru akan MYiDEAKiNi ingat sampai akhir hayat. Tanpamu guru mungkin MYiDEAKiNi tidak akan sampai ketahap ini 😭😭😭 .
Selepas tamatnya persekolahan dan keputusan SPM sangat baik, MYiDEAKiNi meminta kebenaran kedua emak dan arwah abah untuk melanjutkan pelajarannya keperingkat Universiti. Jadinya MYiDEAKiNi memilih dahulunya di kenali Institut Teknologi MARA (iTM) dan dijenamakan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Cabaran Menulis Hari 26: Your School
MYiDEAKiNi adalah batch yang pertama memegang Diploma atas nama UiTM. Gambar dibawah adalah pintu masuk utama dan pondok pengawal iTM sekitar tahun 1996 dan kebawah. Selepas itu, lokasi pintu utama dan pondok pengawal dibina di tempat yang strategik. Ingat lagi ketika zaman universiti, PMX sekarang ini telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh PM Tun Mahathir Mohamad. Wujudnya reformasi ketika itu 😱😱😱. Tahunnya MYiDEAKiNi sudah lupa tapi ingat sampai sekarang peristiwa itu.
Cita-cita asalnya untuk mengambil kursus Pereka Fesyen tetapi rezeki tidak menyebelahi MYiDEAKiNi ketika itu, pihak UiTM telah meletakkan MYiDEAKiNi untuk menyertai kursus Diploma Senibina dari tahun 1996-2001. Rasanya itru sahaja coretan untuk cabaran menulis untuk artikel kali ini. Nak sembang lebih boleh jumpa sendiri MYiDEAKiNi nanti yer 🤭😄😁😆. Jumpa di artikel cabaran seterusnya. Ayeaay!
KOMEN ANDA!