Cabaran Menulis Hari 29: My Goal About The Future | Semua orang mempunyai ciri-ciri seperti impian, harapan perancangan, visi, matlamat dan jangkaan.
Cabaran Menulis Hari 29: My Goal About The Future | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Baca juga artikel Cabaran Menulis Hari 28: Write About Loving Someone
Cabaran Menulis Hari 29: My Goal About The Future
Semua orang mempunyai ciri-ciri seperti impian, harapan perancangan, visi, matlamat dan jangkaan untuk masa hadapan. Jika ciri-ciri tersebut diletakkan terlalu tinggi tetapi tidak tercapai pastinya akan sedikit kecewana.
Matlamat mengenai masa hadapan MYiDEAKiNi yang berbaki lagi ni dengan sisa-sisa kehidupan terlalu banyak matlamatnya. Asalnya memang nak jadi jutawan tapi 👉👈. Setiap umatnya, Allah sudahpun tentukan nasib hidupnya. Kalau hidupnya hanya sekadar cukup makan & pakai, jadi usaha macam mana pun tetap akan sama juga. sebab itulah Allah sayang pada kita semua. Jika di takdirkan jutawan, makin berat ujian dariNya, betul tak? Ujian dariNya tidak sama dan berbeza-beza.
Cabaran Menulis Hari 29: My Goal About The Future
Selain itu, matlamat yang lain agar semua urusan perniagaan MYiDEAKiNi sentiasa dipermudahkan selalu walaupun di himpit dengan pelbagai cabaran dan saingan. Tak naklah buat bisnes separuh jalan jer kan 👉👈. Begitu juga dengan baby Ammar, teringin untuk lihat baby Ammar membesar dengan cepat dan ingin mendidik serta membentuk dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat supaya menjadi orang yang berjaya ❤️❤️❤️.
Yang lain-lain tu kalau dari segi kerja pula, ingin cuba buat yang lebih baik sebelumnya. Perbaiki diri dan mantapkan ilmu dan skil yang sedia ada. Rezeki tidak salah alamat, jika Allah gerakkan hati boss untuk bagi 3 bulan bonus, rezeki namanya. Tapi kalau 0.5 bulan tu pun rezeki juga tapi faham-faham je la kan 👉👈
Cabaran Menulis Hari 29: My Goal About The Future
Rasanya setaka ini jer kot MYiDEAKiNi nak kongsikan mengenai matlamat masa hadapan. Otak ni dah beku dah sebab marathon cabaran dari semalam lagi tugasannya sudah siap sepenuhnya. Jadi inilah peluang MYiDEAKiNi siapkan task cabaran menulis untuk 30 hari. Sekian 😊😜🤭😁😆
KOMEN ANDA!