https pada blog anda adalah dari perkataan Hyper Text Transfer Protocol Secured. Ianya digunakan untuk kemudahan komunikasi yang lebih selamat melalui teknologi seperti komputer dan digunakan secara meluas di internet
Tutorial Memasang HTTPS Pada Blog Anda! | Kali ini terpanggil pula MYiDEAKiNi dengan idea untuk berkongsi tutorial mudah untuk memasang HTTPS pada blog anda yang menggunakan panel blogspot. Jika di lihat, ada sesetengah blogger yang menggunakan domain sendiri dan memilih blogspot adalah panel dashboard, tidak mengetahui kepentingan HTTPS pada URL blog anda. Anda boleh lihat sendiri pada blog anda yang masih belum memasang keselamatan ini di blog anda seperti gambaran di bawah ini.
Sistem browser mengesan bahawa URL link
tidak selamat di gunakan
Apa itu HTTPS?
HTTPS adalah dari perkataan Hyper Text Transfer Protocol Secured. Ianya digunakan untuk kemudahan komunikasi yang lebih selamat melalui teknologi seperti komputer dan digunakan secara meluas di internet. Dalam HTTPS, protokol komunikasi di sulitkan menggunakan Transport Layer Security (TLS) atau sebelum ini, dahulunya di kenali sebagai Security Socket Layer (SSL). Oleh itu, protokol ini juga sering dirujuk sebagai HTTP melalui TLS atau HTTP melalui SSL.Ciri utama untuk HTTPS ini adalah pengesahan laman blog atau seswang yang di akses dan perlindungan privasi serta intergriti data yang ditukar sementara dalam transit. Ia melindungi daripada serangan cyber dan juga penyalahgunaan komunikasi. Ini memberikan jaminan yang sebaiknya bahawa seseorang pengguna berkomunikasi tanpa campur tangan dari serangan cyber melalui laman blog atau sesawang yang tidak selamat untuk berkomunikasi dengannya dan akhirnya terjerumus dengan penipuan.
Maanfat Utama Penggunaan https pada blog anda
- Ia membantu menyemak bahawa pelawat anda membuka laman blog atau sesawang yang betul dan tidak kearah blog atau lama sesawang yang musykil.
- Ia membantu mengesan jika penyerang cyber cuba menukar sebarang data yang dihantar dari Blogger kepada pengunjung.
- Ia menambah langkah-langkah keselamatan yang menjadikan lebih sukar bagi orang lain untuk melihat pengunjung anda, menjejaki aktiviti, serta mencuri maklumat mereka.
Tutorial Mudah Memasang HTTPS
- Log in akaun blog anda dan terus ke dashboard
- Sila ke bahagian menu "settings" dan kemudian pilih "basic"
- Diruangan "Basic", sila lihat bahagian 'HTTPS" dan tukarkan dari "NO" ke "YES" di "https availability & https redirect"
- Kemudian, sistem ini akan terus "autosave" paparan anda.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama. Sebarang pertanyaan, bolehlah anda tinggalkan diruangan artikel ini. Selamat mencuba :)
OP fan here haha
ReplyDeletenice tuto!
sama-sama kita manfaatkan yer :)
Delete