7 Rahsia Anda Perlu Memilih Domain & Hosting | Ianya adalah tapak kepada laman blog atau sesawang akan ditempatkan. Jadi untuk ada sebuah laman blog atau sesawang, anda mesti perlu ada hosting sekali
Domain ini juga boleh di ibaratkan alamat rumah kita. Manakala hosting pula diibaratkan sebagai rumah. Dimana setiap rumah wajib mempunyai alamat supaya posmen dapat menghantar surat & pelawat boleh menjumpai rumah kita. Jadi kedua-duanya saling berkait rapat. Jika selepas ini ada orang bertanya apa itu domain? Maka anda sudah boleh menjawabnya dengan tepat.
Sepertimana MYiDEAKiNi huraikan mengenai domain, hosting boleh di ibaratkan seperti rumah dimana di dalam rumah ada pelbagai alatan dan perabot. Semua barang-barang tersebut akan disimpan di dalam rumah. Begitu juga dengan hosting dimana semua fail, maklumat dan database disimpan di dalam hosting. Ianya adalah tapak kepada laman blog atau sesawang akan ditempatkan. Jadi untuk ada sebuah laman blog atau sesawang, anda mesti perlu ada hosting sekali. Ok, diharap anda faham dengan penerangan ini ya.
Selesai dengan huraian berkenaan domain & hosting, jadi MYiDEAKiNI akan bongkarkan 6 Rahsia mengapa anda perlu memilih domain & hosting. Di artikel sebelum ini yang bertajuk Kelebihan SelfHosted Domain Berbanding Domain Tanpa Hosting, MYiDEAKiNi ada berkongsikan kelebihan dengan memiliki self-hosted berbanding menggunakan platform blogspot dimana salah satunya anda boleh mengesan sendiri lokasi sebenar server database dan maklumat blog anda disimpan oleh hosting provider yang dipilih. Sebagai contohnya, MYiDEAKiNi mempunyai domain & hosting sendiri dimana lokasi hosting provider adalah di Malaysia.
Kenapa Perlu Memilih Domain & Hosting
Anda perlu bijak membuat pemilihan domain dan hosting kerana jika berlakunya sebarang kejadian keatas domain dan hosting seperti diserang hacker, dengan mudahnya berhubung terus pusat khidmat pelanggan hosting provider untuk menyemak status serta meminta mereka 'back-up' kembali semua data yang disimpan. Anda juga boleh semak sendiri lokasi sebenar domain dan hosting di sini
1) Carian Sistem Data fail folder blog Dalam server Provider
Semua database, fail dan juga maklumat akan di simpan di dalam server dengan selamat. Anda juga boleh menaik & memuatturun fail dari server provider ke dalam portable hardDrive anda untuk tujuan 'back-up'
2) Boleh Memiliki blog lebih dari satu dari domain sendiri
Jika anda telah memiliki domain dan hosting dari pakej servis provider, anda boleh membina blog lebih dari domain sendiri. Sebagai contohnya www.myideakini.com adalah domain dan blog rasmi. www.daftar.myideakini.com atau www.myideakini.com/daftar adalah sub-blog dimana anda di bolehkan untuk add-on subdomain dari domain utama anda. Inilah yang dikatakan boleh memiliki blog lebih dari satu dari domain sendiri.
Alhamdulillah, semalam ada seorang lagi blogger yang telah menggunakan servis pembelian dan setup domain dari MYiDEAKiNi. Berikut adalah senarai blogger yang telah migrate ke domain sendiri.
Alhamdulillah, semalam ada seorang lagi blogger yang telah menggunakan servis pembelian dan setup domain dari MYiDEAKiNi. Berikut adalah senarai blogger yang telah migrate ke domain sendiri.
- www.faizulgold.com
- www.hafisnaim.net
- www.rizaljewellery.com
- www.hafisnaimdecor.com
- www.mommyfiqa.com
- www.bajuwarnacoklat.com
- www.ibuellybebel.com
- www.warisanemas.com.my
- www.kasihjuju.com
- www.adianiez.com
- dan banyak lagi
3) Menggunakan email dari domain sendiri dan setup di telefon pintar
Mungkin pada anda yang sudah memiliki domain, masih ada lagi yang tidak tahu bahawa anda sebenarnya boleh memilik email sendiri dari domain. Sebagai contoh email dari domain www.myideakini.com adalah webservices@myideakini.com. Agak-agak teruja tak? Malah anda sendiri boleh pasang email dari domain ini di telefon pintar anda. Ada caranya, in Shaa Allah akan menyusul artikel tutorial ini nanti. Teruskan membaca!
4) Boleh Memiliki forum dari domain sendiri
Ini yang dicari-cari bagi anda yang suka dengan forum sendiri. Mungkin pada anda yang mempunyai kumpulan atau kelab, boleh mengunakan platform ini dari domain sendiri. MYiDEAKiNi masih belum pakar lagi dalam membina laman sesawang berbentuk forum. Masih dalam kajian dan pembelajaran.
5) Pelbagai aplikasi website yang berguna dalam cpanel hosting
Untuk mengakses hosting, anda akan di beri username dan kata laluan dimana di dalam cpanel hosting ini terdapat banyak aplikasi yang berguna. Salah satunya adalah aplikasi laman sesawang forum yang MYiDEAKiNi telah pun terangkan. Selain aplikasi forum, ada juga aplikasi menyimpan imej atau gambar sahaja. Nak tahu, kenalah beli set pakej domain & hosting :)
Pelbagai Aplikasi yang tersedia di dalam cpanel Hosting provider
6) Data dan maklumat blog di simpan di server Hosting provider di Malaysia
Apa yang penting, segala fail, maklumat dan juga database, di simpan di dalam server hosting provide di Malaysia. Sebagai pendekatan, jika anda membeli domain dan menggunakan blogspot sebagai hosting provider percuma, semua maklumat akan di simpan di luar negara. Untuk kepastian yang lebih lanjut, anda sendiri boleh menyemaknya dimana fail, gambar dan database disimpan.7) Servis Pelanggan Hosting Provider beroperasi 24jam setiap hari
Akhir kata, semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda tahu apa itu domain dan hosting. Sekurang-kurang apabila di tanya, anda bolehlah menjawabnya dengan rasa lebih yakin. In shaa Allah tidak sia-sia pada pelawat yang menjenguk dan membaca apa sahaja artikel yang dikongsikan. Sekiranya anda mempunyai pandangan yang bernas, bolehlah tinggalkan komen di ruangan artikel ini. Wassalam
banyak benda yg abam kie x tahu biarpun dah ada domain sendiri..
ReplyDeleteSaya lebih banyak membaca dan praktis untuk domain sendiri :)
Delete