Asam Rebus Ikan Patin | Kebiasaannya, apabila di sebut ikan patin sudah pastinya resepinya tidak akan lari dengan tempoyak, tapi kali ini resepi MYiDEAKiNi tersangat mudah dah ringkas
[Baca ini juga] Resepi Mudah Daging Lembu & Kambing Masak Pedas
Asam Rebus Ikan Patin
Bahan-Bahan A:
1 ekor Ikan Patin dibelah 3 bahagian
Bahan-Bahan B:
Sedikit Belacan
2 ulas Kunyit Hidup
1 Sudu Kecil Lada Hitam
10 Biji Cili Merah (Nak pedas boleh letak banyak)
1 labu Bawang Besar
3 Sudu Besar Lada kisar
Bahan-Bahan C:
1 cawan besar air asam jawa
1 cawan kecil air biasa
3 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Perasa
1 sudu kecil Gula
Bahan-Bahan D:
Terung atau Bendi atau timun
1 ekor Ikan Patin dibelah 3 bahagian
Bahan-Bahan B:
Sedikit Belacan
2 ulas Kunyit Hidup
1 Sudu Kecil Lada Hitam
10 Biji Cili Merah (Nak pedas boleh letak banyak)
1 labu Bawang Besar

Bahan-Bahan C:
1 cawan besar air asam jawa
1 cawan kecil air biasa
3 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Perasa
1 sudu kecil Gula
Bahan-Bahan D:
Terung atau Bendi atau timun
Cara-cara Menyediakan dan Memasak
- Bahan A perlu dibasuh dan dibersihkan. Kemudian di toskan
- Manakala bahan-bahan B ditumbuk sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu. Jika anda tidak mempunyai lesung batu bolehlah menggunakan blender untuk kisarkan kesemua bahan-bahan tersebut kecuali lada kisar. Kemudian barulah di gaul sekali dengan lada kisar sehingga sebati.
- Panaskan kuali atau periuk, masukkan bahan B dan C. Tunggu sehingga ianya mendidih. Kemudian masukkan garam, perasa dan gula.
- Setelah ianya mendidih, anda bolehlah masukkan Bahan-bahan D. Disini MYiDEAKiNi memilih terung untuk di masukkan dalam masakan Asam Rebus. Ikut pilihan masing-masing. Setelah bahan B, C & D sebati dan mendidih, anda boleh masukkan bahan A. Tunggu sehingga ianya mendidih sekali lagi dan kemudian boleh tutupkan api gas.
- Siap untuk di hidangkan bersama keluarga.
Resepi yang di kongsikan ini adalah sebenarnya masakan bujang. Anda juga boleh olahkan resepi ini dan tidak terhad dengann ikan patin sahaja, pilih sahaja jenis-jenis ikan mengikut kesesuaian dan selera sendiri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen di ruangan komen artikel ini. Selamat mencuba!
fuhhh makan dengan nasi panas niii perghh!
ReplyDeletesimple resepi. nnti boleh try ni..
ReplyDeleteWah sedapnya :)
ReplyDelete