Buat Duit Dengan Aktiviti Bowling | Kebiasaanya ramai yang beranggapan sukan bowling ini adalah lebih kepada riadah sahaja. Bagi yang obses dengan sukan ini, mereka berusaha jadikan sukan ini sebagai pendapatan sampingan
Ada 3 perkara yang perlu anda tahu, cara untuk menjana pendapatan dengan aktiviti bowling iaitu:
- Menyertai mana-mana pertandingan bowling yang dianjurkan oleh individu mahupun pusat bowling setempat
- Menganjurkan pertandingan bowling "One Day Event"
- Menganjurkan atau menyertai Liga bowling "Weekly Event"

Pada yang masih baru berjinak-jinak dengan dunia bowling, anda perlu tahu jenis teknik lontaran balingan bola bowling dan mana satukah teknik lontaran balingan anda seperti:
[Baca ini juga yer] 7 Rahsia Anda Perlu Memilih Domain & Hosting
Di harap anda sudah faham dengan huraian di atas, berbalik kepada tajuk artikel utama, perkara yang paling penting sekali untuk menjana pendapatan dengan aktiviti bowling adalah minat. Jika tiada minat dalam aktiviti sukan bowling, jadi memang sedikit kepayahan untuk anda menjana pendapatan sampingan ini.
- [accordion]
- Straight
- Majoriti teknik balingan lurus ini kerap bagi pemain baru yang berjinak-jinak dengan dunia bowling. Teknik balingan ini sangat lurus dan mudah cuba bergantung kepada kekuatan tenaga balingan laju ataupun perlahan. Jika anda kepusat-pusat bowling atau anda beriadah bersama keluarga mahupun kawan-kawan, inilah teknik balingan straight yang kebiasaannya digunakan. Jadi adakah anda ini teknik balingan anda?
- Spinner
- Ini adalah teknik balingan seperti gasing. Walaupun ianya adalah lontaran balingan seperti straight tetapi bola tersebut akan berpusing seperti gasing. Ianya adalah bergantung kepada kekuatan tenaga balingan anda, sama ada kuat mahupun perlahan dan kesanya pada jatuhan pin.
- Hook
- Ini adalah teknik yang biasa digunakan oleh pemain yang profesional. Jika anda melihat pemain sukan bowling negara seperti Shalin Zulkiflie, Rafiq Ismail dan lain-lain lagi, mereka akan menggunakan teknik ini. Lontaran bola berpusing melencong kekanan atau kekiri dan ianya seperti balingan berbentuk curve. Cara balingan ini agak sukar sedikit, anda memerlukan alatan yang di kenali sebagai "guard" untuk "locked" balingan anda.
[Baca ini juga yer] 7 Rahsia Anda Perlu Memilih Domain & Hosting
Buat Duit Dengan Aktiviti Bowling [no_toc]

a) Menyertai mana-mana pertandingan bowling yang dianjurkan oleh individu mahupun pusat bowling setempat.
Sudah pastinya setiap minggu ada sahaja aktiviti pertandingan bowling yang akan di anjurkan oleh individu mahupun pusat bowling setempat. Biasanya penganjur akan edarkan flyers melalui media social seperti WhatsApp, facebook, instagram, twitter dan sebagainya sebelum pertandingan dimulakan. Di dalam flyers tersebut terdapat butiran terperinci mengenai pertandingan adalah seperti berikut:
- Masa
- Tarikh
- Lokasi dan Tempat
- Fi bayaran pertandingan
- Ganjaran hadiah wang tunai
Jadi dengan info dan maklumat di dalam flyers ini, ramai pemain akan berminat menyertai dan cuba berusaha untuk menang ganjaran hadiah wang tunai yang ditawarkan. Di dalam sukan bowling ini, anda perlulah sentiasa membuat latihan balingan. Pepatah Inggeris "Practice Make Perfect". Ini adalah contoh flyers yang di anjurkan oleh individu dimana semua maklumat penting yang dinyatakan tertera pada flyers tersebut.
b) Menganjurkan Pertandingan Bowling "One Day Event"
"One Day Event" adalah aktiviti pertandingan seharian, dimana anda telahpun menetapkan masa dan lokasi pertandingan. Jika anda mempunyai pengalaman, ilmu dan sedikit modal, anda sendiri boleh membuat pertandingan Bowling "One Day Event" ini dimana-mana pusat bowling setempat yang terpilih. Anda perlu berurusan dan dapatkan harga yang ditawarkan oleh pusat bowling. Apabila anda berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, bolehlah membuat kira-kira terlebih dahulu, jumlah peserta, ganjaran hadiah yang ditawarkan dan juga fi bayaran pertandingan. Akhirnya, barulah anda membuat keputusan masa, tarikh lokasi dan tempat untuk penganjuran pertandingan bowling "One Day Event"
c) Menganjurkan Atau menyertai Pertandingan Liga Bowling 'Weekly Event"
"Weekly Event" ini kebiasanya tertumpu pada liga bowling dimana adalah berdasarkan jumlah kumpulan & tempoh masa pertandingan yang telah ditetapkan oleh penganjur mahupun pusat bowling itu sendiri. Format pertandingan ini sedikit berbeza dengan "One Day Event" dimana ianya adalah berdasarkan peterson point & head to head perlawanan. Anda perlu tahu cara pengiraan keseluruhan jatuhan terkumpul pinpall setiap mingguan sehingga ke minggu akhir perlawanan.
Berdasarkan pengalaman yang di lalui, jika anda mempunyai minat dan mampu untuk mengambil peluang dalam menganjurkan apa jua aktiviti pertandingan mahupun program, ianya memerlukan masa, skil, ilmu pengetahuan dan public relation yang bagus. Mungkin untuk permulaan aktiviti pertandingan, pemain bowling akan kurang yakin dengan anjuran tersebut. Ianya di ibaratkan anda adalah biji benih yang baru di semai dan sehinggalah ianya membesar serta membuahkan hasil yang sangat lumayan. Apabila anda sudah mempunyai kredibiliti dan keyakinan dalam menganjurkan event bowling, sudah tentu akan mendapat sambutan yang sangat baik serta sokongan dari pemain-pemain bowling tempatan.
[Baca ini juga] Potensi Buat Duit Dari Google Adsense
Contoh kiraan peterson point & head to head untuk Liga Bowling
Berdasarkan pengalaman yang di lalui, jika anda mempunyai minat dan mampu untuk mengambil peluang dalam menganjurkan apa jua aktiviti pertandingan mahupun program, ianya memerlukan masa, skil, ilmu pengetahuan dan public relation yang bagus. Mungkin untuk permulaan aktiviti pertandingan, pemain bowling akan kurang yakin dengan anjuran tersebut. Ianya di ibaratkan anda adalah biji benih yang baru di semai dan sehinggalah ianya membesar serta membuahkan hasil yang sangat lumayan. Apabila anda sudah mempunyai kredibiliti dan keyakinan dalam menganjurkan event bowling, sudah tentu akan mendapat sambutan yang sangat baik serta sokongan dari pemain-pemain bowling tempatan.
good sharing ni
ReplyDeleteKalau sesiapa yang berminat tu kena cari lagi info atau cuba join mana-mana tournament bowling. Amik pengalaman ilmu tu :)
Delete