Ciri Matched Content AdSense yang akan menunjukkan artikel yang relevan dan disokong secara konteks di bahagian bawah halaman web anda
Apa itu Ciri Matched Content? [no_toc]
Matched Content adalah ciri AdSense yang akan menunjukkan artikel yang relevan dan disokong secara konteks di bahagian bawah halaman web anda. Ciri-ciri ini bertujuan untuk meningkatkan trafik dan jumlah pembaca menghabiskan masanya di laman web anda kerana mereka akan disajikan dengan lebih banyak kandungan tajuk artikel menarik untuk dibaca apabila mereka selesai membaca satu cerita.
Beginilah ciri Matched Content Google AdSense
Penggunaan Ciri Matched Content Terhadap Blog
Jika akaun Google AdSense anda sudah mempunyai ciri iklan ini, gunalah sebaik mungkin kerana ianya sangat memberikan impak yang sangat tinggi pada blog trafik dan juga pages. Selain itu cirinya yang sangat menarik minat pembaca blog anda untuk meneruskan carian dengan menggunakan ciri matched content ini.
- 1,000 Halaman yang unik
- 1,000 lawatan halaman setiap hari
- Imej unik pada kebanyakkan laman sesawang
Kebiasaanya blogger akan meletakkan ciri ini dibahagian bawah halaman web bagi tujuan pembaca atau pelawat menghabiskan masanya untuk membaca blog artikel yang berkaitan dengannya.
Perkara Penting yang perlu anda tahu tentang penggunaan ciri Matched Content dalam blog.
- Ciri ini akan memaparkan tajuk kandungan yang relevan kepada pembaca dan pelawat blog anda dimana ianya boleh membantu meningkatkan trafik paparan halaman dan masa di laman blog anda.
- Anda boleh meletakkan ciri matched content pada mana-mana blog atau laman sesawang jika akaun Google AdSense anda telah layak dan mencukupi syarat yang ditetapkan akan mempunyai ciri ini.
- Ciri ini adalah untuk blog atau laman sesawang. Contohnya, jika anda mempunyai dua blog atau laman sesawang abc.com dan xyz.com, maka ciri yang akan dihasilkan untuk setiap blog atau laman sesawang akan berada di dalam blog atau laman sesawang tersebut. Ciri ini akan mempunyai iklan Google dan paparan tajuk yang berkaitan.
- Ciri ini berfungsi pada telefon pintar, tablet dan desktop.
- Blog atau laman sesawang yang kebanyakkannya artikel tidak mempunyai imej, ciri ini akan memaparkan iklan dalam format teks sahaja.
- Dasar Program AdSense masih digunapakai untuk blog atau laman sesawang yang mengandungi ciri Matched Content yang sesuai.
- Tidak layak pada mereka yang menggunakan ciri ini untuk dijadikan eksperimen.
Jadi kesimpulannya, penggunaan ciri matched content ini banyak membantu anda dari segi trafik dan juga menambah pendapatan anda dalam Google AdSense. Jangan sia-sia kan peluang ini untuk meningkatkan pendapatan sampingan dengan menggunakan platfrom blog atau laman sesawang. Yang sedihnya, MYiDEAKiNi masih belum lagi layak untuk mempunyai ciri ini dan akan berusaha untuk mempunyai ciri matched content ini dalam akaun nanti. In Shaa Allah :)
Satu info yg menarik... Masaalahnya saya pun tak tau blog saya ada ke tidak ciri matched content ni, nnti nak siasat.. :)
ReplyDeleteBlog Puan Noor Akma dah ada ciri matched content. Kadang-kadang tu kita sendiri tak perasan yang kita dah pun pasang ciri tu dalam blog.. Anyway tahniah :)
Deletesama-sama :)
ReplyDeleteblog sy lebih kepada personal, x tau la matched content ka tidak
ReplyDeleteCiri Matched content tidak tertakluk kepada blog personal sahaja, ianya menyeluruh :)
Delete