2 Faktor Penting Tetapan Laman Web Baru

1. Memilih Nama Domain
Nama domain adalah alamat laman blog yang perlu di ambil kira dalam menghasilkan blog hebat. Sebagai contohnya; MYiDEAKiNi memilih nama domain myideakini.com sebagai pilihan nama domain. Kenapa memilih nama domain ini, boleh baca disini: Kenapa nama domain MYiDEAKiNi?. Jadi pemilihan nama domain yang bagus mestilah bersifat seperti berikut:
Maksud Yang Jelas: Perlu memikirkan nama domain yang berkaitan dengan bisnes atau tujuan serta pengisian dalam blog anda. Penjenamaan domain adalah salah satu perkara yang perlu di lihat oleh kebanyakkan pengguna internet di dalam laman web, jadi seeloknya pemilihan nama domain yang boleh memberikan gambaran yang sesuai dan berhubungkait dengan laman web serta pengisian blog.
Mudah Di ingat: Berilah nama domain yang mudah, singkat dan sederhana pendek. Jika terlalu panjang dan rumit, sudah pasti pengguna internet susah untuk mengingati nama domain yang dipilih.
Senang Untuk DiubahSuai: Nama domain yang di pilih mestilah berhubungkait dengan pengisian dalam blog kerana ianya bersifat jangka masa yang lama, jadi pilihan domain yang tetap dan sesuai jika pengisian blog berubah mengikut citarasa. Sebagai contohnya Ahmad berimpian untuk berkongsikan info mengenai barang koleksi dimana penjenamaan domain ahmadcollections.com lebih baik dari nama domain ahmad.com. Bagi anda sudah membuat keputusan pemilihan domain yang berbayar tetapi tidak tahu cara dan bagaimana, boleh hubungi MYiDEAKiNi pada bila-bila masa sahaja di email atau whatsapp seperti berikut:
Email: webservices@myideakini.com
Whatsapp: 016-6893037

Pendaftar nama domain akan menawarkan penyedia hosting yang berbayar untuk tujuan umum. Penyedia hosting akan menyewakan ruang di server mereka untuk menyimpan semua data-data yang berbentuk e-data dan laman web serta mudah untuk di akses di internet. Banyak syarikat yang menawarkan pendaftaran nama domain dan penyedia hosting dengan harga yang berpatutan dan bergantung kepada fungi serta pengisian blog.
Berikut adalah perkara penting dalam pemilihan penyedia hosting serta pakej yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat seperti berikut:
Uptime: Uptime adalah waktu aktif server milik penyedia hosting anda dimana. Sesetengah penyedia hosting yang tidak aktif menyebabkan anda susah untuk akses di internet tetapi sebaiknya perlu mencari penyedia hosting yang sentiasa aktif dan pengunjung akan selalu melawat laman web anda.
Bandwidth: Bandwidth adalah tampungan sejumlah data yang boleh dikirimkan melalui laman web anda di internet dan menentukan berapa banyak trafik yang boleh ditampung oleh laman web anda dalam satu-satu masa. Sesetengan penyedia hosting akan menghadkan bandwith yang boleh menyebabkan pengguna internet tidak dapat mengaksesnya.
Keselamatan: Dalam dunia blogging, biasanya keselamatan sangat di penting supaya data yang ada di dalam hosting tidak hilang atau di akses dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Biasanya faktor keselamatan akan disediakan oleh penyedia hosting demi melindungi e-data yang disimpan di dalam server. Tetapi perlu di ingat, ada sesetengah penyedia hosting tidak menyediakan servis keselamatan data, jadi kena lebih berhati-hati ketika memilih penyedia hosting untuk domain anda.
Khidmat pelanggan: Pembelian penyedia hosting selepas servis atau 'sales after services' sangat penting dalam menyelesaikan masalah laman web anda yang tidak berfungsi sepenuhnya. MYiDEAKiNi memilih penyedia hosting DATAKL kerana servis selepas pembelian sangat TIPTOP dan rekomen untuk blogger yang ingin menjenamakan domain blog. Selain itu, segala permasalahan serta teknikal akan di selesaikan dengan cepat dan pantas.
Harga: Penyedia hosting menyediakan pelbagai pakej yang berpatutan dan mampu milik untuk penggunanya bergantung kepada kemampuan tersendiri. Penyedia hosting DATAKL juga ada menyediakan pakej yang sangat berpatutan.
Kemudahan penggunaan: Pastikan platform atau cpanel dalam penyedia hosting adalah bersifat mesra dan mudah digunakan untuk tetapan dan pengendalian lama web anda. Jika anda ingin membuat laman web sendiri, adakah ianya mudah untuk dikendalikan atau anda memerlukan e-panduan atau tutorial yang disediakan oleh penyedia hosting?
Layanan dan ciri-ciri tambahan: Pastikan penyedia hosting menyediakan servis yang lain-lain seperti penyediaan servis email dari domain sendiri. Sebagai contohnya: webservices@myideakini.com.

Setelah anda memiliki nama domain dan penyedia hosting yang berbayar, anda sudah boleh memulakan dan kendalikan laman web baru anda. Selamat berblogging!
Thanks kongsi pasal domain.. mana tahu nanti dah tukar domain pulak ke..hehe
ReplyDeleteJangan di tunggu lama-lama yer.. :)
Deletesaya setuju dengan keselamatan blog paling di utamakkan oleh seorang blogger
ReplyDeleteSamalah juga dengan MYiDEAKiNi..penting kan keselamatan pada blog...At least sudah ada back up jika ada masalah dengan blog nanti... :)
Delete