Khai Bahar Selebriti Karaoke Smule



Nama Komersial : Khai Bahar
Nama Sebenar : Muhamad Khairul Baharudin
Umur : 22 tahun
Asal : Perlis
Karier : Penyanyi jalanan
Instagram : instagram.com/khaibahar94/
Twitter : twitter.com/khaibahar94
Apa yang diperhatikan dan pandangan komen MYiDEAKiNi melalui video melalui youtube semasa beliau berduet dengan Siti Nordiana, suara beliau sangat merdu serta mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Alangkah indahnya jika suara beliau ini di gilapkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-quran seperti Saudara Muzammil Hasballah. Ini sekadar contoh, In Shaa Allah pahala akan berlipat kali ganda berbanding dengan alunan lagu yang melalaikan serta tidak mendatangkan pahala ... :)
Tetapi masa yang sama juga, penyebaran video tidak berbaju oleh Khai Bahar bedurasi 6 saat telah tersebar luas di laman sosial dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi dengan penyebaran video tersebut tidak memberi kesan apa-apa pada karier beliau. Bukan sekadar mencipta nama tapi idea dan kreativiti itu penting dalam menunjukkan bakat seseorang kepada masyarakat luar khususnya. Mungkin individu yang tidak bertanggungjawab itu mempunyai niat tidak baik terhadap beliau ini kerana kalau di fikirkan secara logik mengapa video yang berdurasi 6 saat itu tidak di sebarkan sebelum beliau ini dikenali ramai oleh masyarakat Malaysia khususnya.
Kata beliau; "Tidak dinafikan video yang tersebar itu memang video saya dan kawan tetapi ia bukanlah seperti apa yang disangka oleh sesetengah pihak.
"Saya tidak kisah dengan apa yang orang hendak kata kerana paling penting saya tahu situasi sebenar dan ia tidak memberi kesan kepada saya," katanya kepada mStar Online.
Tambah Khai, keluarga termasuk ibu-bapanya turut mengenali rakan lelakinya itu dan mereka mengetahui isu yang sedang melanda kini.
"Keluarga tidak terkejut kerana mereka kenal kawan saya itu dan sebenarnya tiada apa-apa isu pun," ujarnya.
Dalam pada itu, Khai menyangkal dakwaan kononnya dia berkelakuan tidak senonoh dengan temannya itu selain menganggap ia tuduhan dengan niat jahat.
Walau bagaimanapun, beliau telahpun memaafkan pihak yang telah memfitnahnya dan tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya ada yang terus menuduh dia melakukan apa-apa perkara terkutuk.
"Kalau betul saya buat perkara seperti dikatakan, itu dosa saya dengan Allah tetapi saya tidak akan mengaku apa yang dituduh itu kerana ia sama sekali tidak benar.
"Jujur saya tidak tahu siapa dalang penyebaran gambar berkenaan dan apa agenda disebaliknya tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia kerana rasa tidak puas hati dengan pencapaian saya sekarang," ujarnya.
Agak-agak, dengan kelebihan suara yang ada pada Khai Bahar, mana satu pilihan anda? Pilihan dan undian di tangan anda! Terima kasih.. :)
KOMEN ANDA!