Resepi Mudah Daging Lembu & Kambing Masak Pedas | Ada masih lagi berbaki dalam 0.5kg daging tersebut yang di simpan di dalam peti sejuk beku
Resepi Mudah Daging Lembu & Kambing Masak Pedas | Sebelum ini MYiDEAKiNi ada membeli 2 jenis daging segar iaitu 1KG daging lembu batang pinang dan juga kambing setiap satu. Kedua-dua daging di gunakan untuk membuat resepi mititei, makanan tradisi dari negara Romania. Resepi ini akan kongsikan di lain artikel. Berbalik kepada resepi mudah daging lembu & kambing masak pedas, ada masih lagi berbaki dalam 0.5kg daging tersebut yang di simpan di dalam peti sejuk beku. Jadi
akhirnya jadilah menu resepi mudah Daging Lembu & Kambing Masak Pedas.
akhirnya jadilah menu resepi mudah Daging Lembu & Kambing Masak Pedas.
[Baca ini juga] Viral Aplikasi FaceApp Menjadi-Jadi
Resepi Mudah Daging Lembu & Kambing Masak Pedas
0.5kg Daging Lembu Batang Pinang- dipotong kecil
0.5kg Daging Kambing- dipotong kecil
2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Perasa
3 sudu besar Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan B
1 biji labu bawang besar dimayang halus
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
3 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Perasa
sedikit air
Cara-cara Menyediakan dan Memasak.
- Perapkan bahan-bahan A dengan garam dan perasa selama 10 minit dan kemudian panaskan minyak. Masukkan perapan daging lembu dan kambing kedalam minyak panas. Goreng sekadar basah sahaja dan jangan terlalu masak serta garing kerana daging lembu batang pinang dan kambing memang lembut isinya.
- Apabila sudah masak, angkat dan toskan daging tersebut di dalam pinggan.
- Masih menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang besar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar.
- Kemudian tumis sekali cili sos dengan cili kisar. Gaulkan sehingga cili kisar dan sos cili sebati. Masukkan garam, gula dan perasa kedalam tumisan. Selepas itu masukkan sedikit air supaya tumisan tidak terlalu pekat.
- Masukkan bahan-bahan A dan tumis sehingga pecah minyak. Apabila sudah nampak pecah minyak, tutupkan api gas dan hidangkan.
Resepi yang di kongsikan ini adalah sebenarnya masakan bujang. Anda juga boleh olahkan resepi ini dan tidak semestinya menggunakan dua-dua bahan mentah seperti daging lembu dan kambing, pilih sahaja jenis daging mengikut kesesuaian sendiri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen di ruangan komen artikel ini. Selamat mencuba!
Nice sharing...
DeleteSimple resepi jer tapi sedap
Deletewahhh dapnyee daging kambing! daging ni masak apa pun sodap kan haha
Deletesedapnyaaa.. sekarang ni demam rendang.. hehe
Delete