Jadilah Seorang Insan Jujur & Bertanggungjawab Dalam Tugasan

Biasanya situasi sebegini akan di pikul semua orang yang bergelar insan. Contohnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Abdul Razak, adakah beliau ini di gelar seorang insan yang jujur dan bertanggungjawab dalam kepimpinannya terhadap rakyat Malaysia khususnya? Apa pendapat anda?
Begitu juga dengan seorang arkitek yang sepatut ditugaskan untuk menjadi penasihat cadangan kepada klien sama ada dari segi konseptual rekabentuk sehinggalah siap pembinaan. Arkitek perlu peka dengan masa yang diperlukan dalam menyerahkan tugasan mengikut peringkat. Ianya berlaku kepada MYiDEAKiNi dimana firma arkitek ini adalah firma yang berdaftar dan dibawah syarikat gergasi di Malaysia dan Asia. Arkitek ini di tugaskan untuk menyiapkan rekabentuk bangunan kepada klien tetapi masa untuk siapkan terlalu singkat dan cepat.

- Hanya mengikut telunjuk klien dan sepatutnya perlu menasihatinya klien mana yang baik dan sebaliknya
- Mengambil masa yang terlalu singkat dan gopoh gapah untuk menyiapkan tugasan sedangkan tiada waktu 'dateline'.
- Maklumat atau input yang diperlukan dari konsultan yang dilantik tidak dimasukkan dalam lukisan kerja @ 'super impose'
- Tidak jujur dalam tugasan yang memerlukan pembantu teknikal dalam menyiapkan tugasannya. Masa yang diberikan terlalu singkat dan cepat. Contohnya, tugasan yang sepatutnya mengambil masa sebulan perlu di siapkan dalam 2 hari.
- Jawapan yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah teknikal pada lukisan kerja mengambil masa yang lama @ "unresolved problem issue". Kadang-kadang membisu tanpa jawapan.
- Cetek pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam pembinaan.
- Gagal berkomunikasi antara arkitek dengan pembantu teknikal. Tiada kerja dalam pasukan dan hanya mementingkan diri sendiri
- Kadang-kadang cadangan yang diberikan oleh arkitek tidak logik dan praktikal.
- Kelam kabut dalam semua perkara, dari pembahagian tugasan, masa dan sebagainya
- Mematuhi akta dan peraturan Lembaga Arkitek Malaysia
- Bertanggungjawab dan Jujur dalam Urusan
- Integriti profesional
- Menghormati hak-hak dan kepentingan orang lain
Terdapat 3 kategori profesional dalam bidang senibina yang merangkumi skop kerja yang berbeza serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) iaitu:
Menjadi seorang arkitek sangatlah disegani, malah perlu melindungi dirinya daripada mana-mana liabiliti profesionalnya agar tidak terjebak kepada permasalahan yang boleh menyebabkan integriti profesional dipersoalkan atau di ganggu gugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab:
- Memastikan perlantikannya dibuat secara rasmi [formal] dengan meminta Majikannya menandatangani Surat Perlantikan yang menyertakan Memorandum Perjanjian [Perjanjian antara Pelanggan dengan Arkitek bagi Perkhidmatan Profesional] menggunakan format LAM sebelum memulakan sebarang Kerja.
- Derafkan Surat Perlantikan untuk juruperunding-juruperunding lain yang dilantik oleh Majikan dengan memastikan perlantikan mereka sepenuhnya secara esklusif supaya tiada skop kerja yang tertinggal yang boleh membebankan Arkitek di kemudian hari jika Arkitek diwakilkan oleh Majikan untuk melantik mereka.
- Medokumentasikan kenyataan-kenyataan [statements] yang jelas tentang pengecualian pihak Arkitek dari bertanggungjawab terhadap perunding-perunding yang bukan dilantik di bawah pengawasannya terutama terhadap ‘performance’, kecuaian [negligency] dan perlakuan perunding tersebut yang bertentangan dengan perundangan yang perlu dipatuhinya sama ada secara khusus dan secara amnya.
- Sekiranya pembayaran fee untuk perunding lain adalah melalui Arkitek, pastikan bahawa mereka bersetuju bahawa Majikan adalah bertanggungjawab terhadap fee mereka.
- Terangkan kepada pihak-pihak lain atau mana-mana pihak ketiga bahawa apa-apa penganugerahan Kerja yang dibuat oleh Arkitek bagi pihak Majikan, pembayarannya adalah atas tanggungjawab Majikan.
- Dapatkan kebenaran Majikan apabila hendak memulakan mana-mana fasa skop kerja Arkitek dan pastikan mendapat arahan bertulis dari Majikan sebelum memulakan sebarang peringkat skop kerja tersebut.
- Membuat pengesahan kepada Majikan tentang fasa-fasa skop Kerja Arkitek yang telah disiapkan secara bertulis [jika rekabentuk sertakan set-set lukisan yang telah dipersetujui untuk disahkan oleh Majikan].
- Jangan berjanji untuk melakukan apa-apa skop kerja atau tanggungjawab yang di luar kemampuan Arkitek. Jangan memberi jaminan tentang Kos Pembinaan. Jangan berjanji untuk mendapatkan kelulusan pantas daripada pihak berkuasa.
- Apabila terdapat elemen-elemen yang meragukan di dalam Kontrak dapatkan nasihat pakar profesional.
- Cuba jayakan parameter asas kehendak-kehendak Majikan sebelum memulakan kerja-kerja rekabentuk – contoh Kos, Kuantiti, Kualiti dan Masa – sekiranya tedapat perubahan pada parameter asas ini maklumkan kepada Majikan secara bertulis dan dapatkan pengesahan mereka.
kredit to: www.arkrab.wordpress.com
Kesimpulannya, jadilah seorang insan yang jujur dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan. Ilmu dan pengalaman dalam apa jua bidang yang diceburi juga adalah faktor penting untuk menjadikan anda seorang yang matang dalam keputusan.
Berkat kejujuran dan bertanggungjawab itu akan mendekatkan kita dengan rezeki yang berkat dan ketenangan yang bukan direka-reka in sya Allah.
ReplyDeleteBetul tu kata-kata PC tapi kalau Cha Ya Nun Alif mana tahu erti berkat... :)
Delete