Perbanyakkan Amalan Dengan Berzikrullah
Perbanyakkan Amalan Dengan Berzikrullah | Makin hari bumi semakin tua dan macam-macam sudah berlaku seperti tanda-tanda kiamat kecil yang sudah kita lihat. Oleh itu perbanyakkan amalan dengan berzikrullah tidak kiralah apa jua keadaan sekalipun. Ingatlah tanda-tanda kiamat besar akan munculnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Sentiasa beringatlah disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. Antara tanda-tanda kiamat kecil yang sudah kelihatan sekarang ini seperti berikut:
Oleh itu, marilah kita perbanyakkanlah zikrullah dan amal ma'ruf Nahi mungkar. In Shaa Allah, dengan nasihat MYiDEAKiNi ini yang berterusan supaya kita terhindar dari lalai dan lena dengan kehidupan dunia hanya sementara.
Baca ini juga: Minyak Herba Asmak Penawar Asma
Sentiasa beringatlah disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. Antara tanda-tanda kiamat kecil yang sudah kelihatan sekarang ini seperti berikut:
- Penaklukan Baitulmuqaddis
- Zina bermaharajalela
- Bermaharajalela alat muzik
- Menghias masjid & membanggakannya
- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
- Ramai orang soleh meninggal dunia
- Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
- Bulan sabit kelihatan besar
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
- Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
- Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
- Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
- Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Oleh itu, marilah kita perbanyakkanlah zikrullah dan amal ma'ruf Nahi mungkar. In Shaa Allah, dengan nasihat MYiDEAKiNi ini yang berterusan supaya kita terhindar dari lalai dan lena dengan kehidupan dunia hanya sementara.
inshaallah
ReplyDeleteTakut nya bila kita renungkan segala tanda2nya kn..
ReplyDeleteSentiasalah bersiap sedia untuk menghadapi kiamat...bila-bila masa sahaja akan berlakunya kiamat...Renung-renungkanlah :)
DeleteAlhamdulillah..terima kasih peringatan...betul sebenarnya kalau kita perhatikan betul betul dah banyak teguran yang Allah beri sebagai ingatan..baik pada diri sendiri atau untuk keseluruhan ummat..sayangnya setiap amaran itu dipandang sepi..
ReplyDeleteYup..Saling nasihat menasihati antara satu sama lain :)
Delete