--> [INFO] Untungnya Jadi Blogger! | Blog MYiDEAKiNi Dot Com





Cara Nak Bina Blog Percuma?

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

MYiDEAKiNi Dot Com.
Ya Allah turunkanlah hukumanMu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin.

Amin Ya Rabb

[INFO] Untungnya Jadi Blogger!

[INFO] Untungnya Jadi Blogger!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buat followers MYideakini yang disayangi, semoga perkara yang dibuat pada hari ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...Amin.. Kali ini MYideakini ingin kongsikan kepada blogger khususnya betapa untung anda menjadi seorang blogger tidak kiralah jika anda adalah blogger sekadar suka-suka atau sebaliknya. Nak tahu? MYideakini tunjukkan bukti keratan akhbar ini ye....

[klik imej untuk pembesaran]

Percaya atau sebaliknya bergantung kepada akal dan logik pemikiran sesorang kerana ianya mendorong anda kearah kejayaan atau sebaliknya. Mungkin jika anda melihat keratan sebegini akan mendorong anda untuk memasang impian menjadi seorang penulis blog yang berjaya. Jika tidak sekarang, bila lagi? Selagi masih belum terlambat, anda berpeluang untuk mulakan pada bila-bila masa sahaja. Cuma petik jari tekan papankunci (keyboard) dan internet. Menjadi seorang penulis blog bukannya memerlukan modal wang ringgit atau bebelan kosong, hanya sekadar idea yang kreatif untuk memulakannya. Modalnya hanya jari-jemari yang sentiasa bergerak dan menari mengikut irama kata hati!

Disini MYideakini kongsikan kenapa ramai diantara blogger yang baru berjinak gagal dalam tujuannya. Dan antara sebabnya, berkemungkinan:

Kekurangan idea untuk menulis di blog sendiri sedangkan membaca blog orang agak seronok dan menarik.

Tiada stamina untuk kemaskini. Biasanya diperingkat permulaan, blogger akan berkeyakinan sekali untuk mengemaskini entri dan lama-kelamaan blog menjadi usang. Kebiasaanya pelawat akan datang membaca pengkongsian entri yang menarik dan apabila dilawatnya lagi masih entri yang sama. Jadi peminat yang setia dengan entri anda tidak akan berkunjung lagi dan pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.

Tiada Pelawat / Followers. Salah satu faktor yang menyumbangkan mood untuk berblogging. Biasanya keadaan ini terjadi kerana tiada mesra antara blogger. Sebagai contohnya anda hanya fokus dengan entri yang ada dan tidak pernah menjenguk entri blogger yang lain tanpa jejak. Jadi tidak seorang pun yang akan tinggal jejak di blog anda.

Tidak Dikenali Ramai. Mungkin ada yang merasakan untuk menjadi penulis blog, perlu dikenali ramai dahulu, tapi sebenarnya apa yang ada rasa itu tidak betul sama sekali dan tidak perlu untuk dikenali cuma pastikan entri yang dikongsi itu HOT!

Kurang Mahir Dalam IT. Untuk menjadi penulis blogger tidak memerlukan kepakaran IT pun, cuma sekadar pengetahuan asas untuk mengendalikan sistem blog. Sebenarnya sistem paparan blog yang MYideakini guna ini adalah paparan seperti 'microsoft word'. Mungkin anda sudah kebiasaan atau pakar menggunakan perisian 'microsoft word' bukan? Jadi tunggu apa lagi!



P/S: Nasihat MYideakini untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog!



KOMEN ANDA!

BLOGGER: 6
  1. assalamualaikum azizi...memang menarik ni sebagai blogger pun boleh menjana pendapatan..:)

    ReplyDelete
  2. @Anum
    Syukur alhamdulillah...rezeki tu ada dimana2...ye tak?

    @Mr. Firdaus Windey
    Baguslah kalau ada semangat sebegini..kekal dan mantapkan info dalam entri tu...

    @Muhammad Firdaus Bin Kamarudin
    Kenalah usaha dan fikir apa kelemahan yang...

    @maszull
    Waalaikumussalam...perkongsian untuk tatapan bersama.. :-)

    ReplyDelete
  3. mmg teruja dengan keratan akhbar ni, siap masuk muka depan lagi..

    boleh femes gitu.. hihihi

    ReplyDelete
Terima kasih atas komen dan pandangan yang diberikan. Sila kunjungi lagi blog MYiDEAKiNi. MYiDEAKiNi akan melawat dan komen di blog anda nanti. TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA KITA JUMPA LAGI :)

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    Nak Kurus?   
Nur Khairul Azizi Mohamad- Penulis Blogger MYiDEAKiNi Dot Com
Nur Khairul Azizi Mohamad adalah merupakan seorang penulis blogger sambilan. Bergiat dalam penulisan blog pada bulan Oktober 2009. Lahir pada tahun 1978 di Melaka dan dibesarkan di Terengganu. Mempunyai segulung Diploma Senibina dan telah menuntut di Universiti Teknologi Mara di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU). Pengambilan pelajar pada tahun 1996 - 2001. Mempunyai skil dalam bidang tanaman, tukangan, Jahitan, Masakan & juga teknologi komputer.
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ARTIKEL PAUTAN LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Isi Kandungan Artikel