[INFO] Untungnya Jadi Blogger!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Buat followers MYideakini yang disayangi, semoga perkara yang dibuat pada hari ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...Amin.. Kali ini MYideakini ingin kongsikan kepada blogger khususnya betapa untung anda menjadi seorang blogger tidak kiralah jika anda adalah blogger sekadar suka-suka atau sebaliknya. Nak tahu? MYideakini tunjukkan bukti keratan akhbar ini ye....
[klik imej untuk pembesaran]
Percaya atau sebaliknya bergantung kepada akal dan logik pemikiran sesorang kerana ianya mendorong anda kearah kejayaan atau sebaliknya. Mungkin jika anda melihat keratan sebegini akan mendorong anda untuk memasang impian menjadi seorang penulis blog yang berjaya. Jika tidak sekarang, bila lagi? Selagi masih belum terlambat, anda berpeluang untuk mulakan pada bila-bila masa sahaja. Cuma petik jari tekan papankunci (keyboard) dan internet. Menjadi seorang penulis blog bukannya memerlukan modal wang ringgit atau bebelan kosong, hanya sekadar idea yang kreatif untuk memulakannya. Modalnya hanya jari-jemari yang sentiasa bergerak dan menari mengikut irama kata hati!
Disini MYideakini kongsikan kenapa ramai diantara blogger yang baru berjinak gagal dalam tujuannya. Dan antara sebabnya, berkemungkinan:
Kekurangan idea untuk menulis di blog sendiri sedangkan membaca blog orang agak seronok dan menarik.
Tiada stamina untuk kemaskini. Biasanya diperingkat permulaan, blogger akan berkeyakinan sekali untuk mengemaskini entri dan lama-kelamaan blog menjadi usang. Kebiasaanya pelawat akan datang membaca pengkongsian entri yang menarik dan apabila dilawatnya lagi masih entri yang sama. Jadi peminat yang setia dengan entri anda tidak akan berkunjung lagi dan pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.
Tiada Pelawat / Followers. Salah satu faktor yang menyumbangkan mood untuk berblogging. Biasanya keadaan ini terjadi kerana tiada mesra antara blogger. Sebagai contohnya anda hanya fokus dengan entri yang ada dan tidak pernah menjenguk entri blogger yang lain tanpa jejak. Jadi tidak seorang pun yang akan tinggal jejak di blog anda.
Tidak Dikenali Ramai. Mungkin ada yang merasakan untuk menjadi penulis blog, perlu dikenali ramai dahulu, tapi sebenarnya apa yang ada rasa itu tidak betul sama sekali dan tidak perlu untuk dikenali cuma pastikan entri yang dikongsi itu HOT!
Kurang Mahir Dalam IT. Untuk menjadi penulis blogger tidak memerlukan kepakaran IT pun, cuma sekadar pengetahuan asas untuk mengendalikan sistem blog. Sebenarnya sistem paparan blog yang MYideakini guna ini adalah paparan seperti 'microsoft word'. Mungkin anda sudah kebiasaan atau pakar menggunakan perisian 'microsoft word' bukan? Jadi tunggu apa lagi!
P/S: Nasihat MYideakini untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog!
untungya
ReplyDeletefuhhh.. semangat-semangat pasni..
ReplyDeletehuhu, na dpt rm100 pun susah
ReplyDeleteassalamualaikum azizi...memang menarik ni sebagai blogger pun boleh menjana pendapatan..:)
ReplyDelete@Anum
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah...rezeki tu ada dimana2...ye tak?
@Mr. Firdaus Windey
Baguslah kalau ada semangat sebegini..kekal dan mantapkan info dalam entri tu...
@Muhammad Firdaus Bin Kamarudin
Kenalah usaha dan fikir apa kelemahan yang...
@maszull
Waalaikumussalam...perkongsian untuk tatapan bersama.. :-)
mmg teruja dengan keratan akhbar ni, siap masuk muka depan lagi..
ReplyDeleteboleh femes gitu.. hihihi