Assalamualaikum dan Salam sejahtera... P anggilan, SMS dan Facebook untuk 24jam PERCUMA Alhamdulillah bersua lagi kali ini dengan...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Alhamdulillah bersua lagi kali ini dengan langkah tips yang mudah dimana MYideakini ingin kongsikan bagaimana usaha yang dibuat selama ini dilimpahi rezeki yang ditentukan olehNya. Terima kasih Allah...Bukan susah untuk mencari rezeki yang halal, dimana anda dikurniakan akal untuk berfikir secara kreatif. Kadang-kadang memang betul ada yang mencari rezeki dengan cara mudah dan cepat tetapi tidak tahu bahawa rezeki yang terhasil adakah halal atau sebalik. Bergantung dengan cara dan kaedah serta usaha anda lakukan.

Menggunakan medium seperti blog dan laman sosial facebook, twitter dan sebagainya adalah medium yang sesuai untuk anda menjana pendapatan dengan mudah dan cepat. Disini MYideakini ingin memberi serba sedikit tips untuk menjana pendapatan dengan mudah dan berdedikasi. Antaranya adalah seperti berikut:
1-Berfikiran positif dan kreatif
Anda diberi akal sempurna untuk menilai sesuatu yang baik atau sebaliknya. Sesetengah mereka masih lagi tidak tahu berfikir bagaimana untuk merebut peluang yang telah disediakan oleh pihak tertentu agar anda boleh menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal. Dimana cara dan pengendalian hanya bergantung kepada pemikiran secara kreatif.
2-Skil dan pengalaman
Skil juga bergantung kepada diri anda dimana kemampuan anda dalam sesuatu bidang. Jika anda masih lagi tiada skil dalam apa-apa bidang, cuba renung sejenak semasa anda disekolah atau belajar di universiti, usaha anda dalam membuahkan hasil semasa itu? Mesti ada satu atau dua skil yang anda hasilkan pada masa itu. Jadi cuba asahkan lagi skil yang ada itu ketahap yang lebih tinggi dalam usaha untuk menjana pendapatan seharian. Jika ada skil maka terciptalah pengalaman, bukan? Disinilah titik-titik permulaan untuk anda berkembang lebih maju. Pengalaman mengajar anda menjadi lebih dewasa dan matang.
3-Medium dan tapak asas
Dimana-mana sahaja anda pergi mesti mempunyai perkhidmatan internet samada berbayar atau percuma, bukan? Menggunakan Medium dan tapak asas untuk menjana pendapatan seharian atau bulanan. Begitu juga dengan pihak-pihak yang berdaftar memberi peluang dan tapak asas untuk anda menjana pendapatan seharian, mingguan ataupun bulanan. Cuba anda senarai kepada MYideakini, berapa banyak medium dan tapak asas di dalam internet yang diberikan secara PERCUMA untuk anda menjana pendapatan?
4-Kajian dan Ilmu
Mengkaji terlebih dahulu perancangan masa hadapan anda dalam menjana pendapatan hanya dirumah atau dimana sahaja anda berada. Lebih berhati-hati dengan apa yang ditawarkan dan kaji dahulu asal usul pihak-pihak yang menyediakan perkhidmatan menjana pendapatan tanpa modal. Melalui pembacaan juga penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan juga kaedah mencubanya. Teori (pembacaan ilmu) dan praktikal (gabungkan ilmu menjadi kenyataan).
P/S: Untuk pertanyaan bagaimana ingin menjana pendapatan dengan lebih mudah dan halal, boleh hubungi MYideakini atau tinggalkan komen diruangan entri ini ye. MYideakini akan cuba yang terbaik untuk menolong anda dalam menjana pendapatan seperti MYideakini. Asalkan anda ada USAHA yang gigih, RAJIN, BANYAK PERTANYAAN untuk menjana pendapatan seharian atau mingguan atau bulanan.
best kan
Deletesaya pun nak
@Anum
DeleteKenalah sentiasa berfikiran positif & kreatif..Yer tak?