Perkara Paling Penting Dalam Memulakan Perniagaan Baru


Tengok ini juga : Modal RM50.00 tanpa komitmen
Bagi uols yang ingin memulakan perniagaan dan masih kabur apa langkah asas penting yang perlu di ambil kira untuk merealisasikan pembukaan perniagaan uols adalah seperti berikut:
- [accordion]
- 1- MODAL & JENIS PERNIAGAAN DARI SUMBER KEWANGAN
- Untuk memulakan perniagaan baru, uols perlukan modal tidak kurang dalam RM200K (minimum) dan jenis pemilihan perniagaan yang bersesuaian dengan pasaran semasa sama ada uols menyediakan perniagaan servis @ perkhidmatan atau barangan.
- 2- PILIHAN & LOAKSI PREMIS YANG STRATEGIK
- Pilihan & lokasi premis yang strategik sangat penting dalam memulakan perniagaan. Jika anda mempunyai modal besar, bolehlah memulakan perniagaan di kawasan yang strategik serta trafik yang tinggi. Malah anda tidak perlu untuk memasarkan dan promosi jenama uols tetapi jika anda mementingkan bajet dalam sewa premis, perlulah mencari lokasi yang kurang strategik tetapi sebaliknya perlu berusaha lebih dalam memasarkan dan promosi jenama perniagaan uols. Dapatkan alamat tetap, perjanjian sewa beli premis dan perlu berurusan dengan ejen serta pemilik kedai. Kos sewa adalah bergantung kepada sewaan premis yang di tetapkan oleh pemilik itu sendiri.
- 3- PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
- Selepas langkah pertama selesai di buat, uols perlu mendaftarkan nama perniagaan di SSM untuk tujuan langkah seterusnya. Ini penting dalam urusan mendapatkan kelulusan lesen dari pihak majlis tempatan. Jika tidak kesemua barang perniagaan akan disita oleh Majlis tempatan tanpa lesen. Kos untuk mendaftarkan perniagaan selama 2 tahun sebanyak RM130.00 sahaja.
- 4- PENDAFTARAN AKAUN SEMASA BANK PERNIAGAAN
- Selepas selesai urusan SSM, barulah uols boleh membuka akaun semasa di mana-mana bank yang terpilih. Untuk pengetahuan uols, jika membuka akaun semasa Ambank tidak memerlukan 'introducer' dan hanya memerlukan wang sebanyak RM1000.00 sahaja berbanding antara bank-bank lain yang memerlukan 'introducer'.
- 5- PELAN KONSEP DAN SUSUN ATUR PERNIAGAAN
- Setiap perancangan pasti mempunyai rangka atau pelan konsep susun atur perniagaan dimana uols telah melakarkan konsep ruang perniagaan mengikut fungsinya dan kegunaan tersendiri. Pelan susun atur yang lengkap dilakarkan boleh digunakan dalam pendaftaran lesen & papan tanda perniagaan uols nanti.
- 5- PENDAFTARAN LESEN & PAPAN TANDA PERNIAGAAN
- Selesai sahaja urusan di SSM, uols boleh berdaftar dengan Majlis tempatan dengan membawa dokumen seperti Perjanjian Sewabeli premis, Pelan susun atur premis, SSM, salinan kad pengenalan, rekebentuk papantanda perniagaan, borang lesen perniagaan yang telah lengkap di isi dan wang pembayaran lesen serta papantanda mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Majlis tempatan. Modal yang diperlukan dalam pendaftaran lesen & papan tanda perniagaan lebih kurang dari RM1000.00 dan kebawah.
- 6- RENOVATION PREMIS
- Selepas sahaja selesai urusan lesen perniagaan, uols di nasihatkan jangan memulakan apa-apa perubahan 'renovation' pada premis sedia ada sehingga pegawai dari majlis tempatan datang untuk membuat pemeriksaan premis terlebih dahulu sehingga mendapat kelulusan lesen dari pihak majlis tempatan. Sekiranya uols memulakan 'renovation' premis tanpa kehadiran dari pegawai Majlis tempatan, anda di kenakan kompaun atau denda sebanyak RM2000.00. Jadi rugilah modal yang perlu dibuat pada premis terpaksa diberi kepada Majlis tempatan. Disamping itu uols dah boleh mula membuat pemilihan kontraktor binaan dengan biding harga dan bajet termurah di antara kontraktor dengan menyerahkan sebutharga yang ditetapkan oleh anda sendiri.
- 7- PENCARIAN ASET & PERKAKAS PERNIAGAAN
- Sambil menunggu perubahan 'renovation' premis siap sepenuhnya, uols sudah boleh senaraikan aset dan perkakas perniagaan mengikut bajet serta jenis perniagaan yang akan dijalankan.
- 8- MEMULAKAN MEMASARKAN DAN PROMOSI PERNIAGAAN
- Uols sudah boleh menggunakan teknik online dengan cara memasarkan dan promosi perniagaan di dalam mana-mana laman sosial seperti blog, facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Selain itu uols juga sudah boleh mendaftarkan akaun di laman sosial untuk tujuan memasarkan dan promosi serta mendapatkan trafik di internet. Manakala teknik offline, uols boleh memasang banner di tepi-tepi jalan atau menyediakan flyers promosi untuk di edarkan di kawasan-kawasan taman perumahan yang berdekatan dengan perniagaan anda.
Jika uols rasa ingin memerlukan modal RM50.00 dan hanya bekerja di rumah sahaja tanpa membayar apa-apa komitmen seperti sewa premis, utili air, elektrik, Indah water, upah pekerja dan bayaran balik pinjaman modal dari bank, boleh baca disini : Kerja Mudah, Tak Perlu Nak Bersusah Payah. Semoga berjaya pada uols yang hanya bermodalkan RM50.00 dan Semoga berjaya kepada uols yang mempunyai modal besar untuk memulakan perniagaan. Niat yang baik, in shaa Allah, segala usaha akan dipermudahkan. Amin...
akak mmg xpandai berniaga walaupun fmly mak ayah org bisnes... thanks for this tips.... tp dimana ada kemahuan disitu ada jalannya idak...
ReplyDeleteMYiDEAKiNi dahulupun mana pandai sangat nak berniaga. Kalau berniaga pasti rugi sbb terlalu murah... Alhamdulillah dengan pembacaan melalui blog bisnes boleh di terapkan kedalam bisnes yang ada. :)
DeleteI have once maked flash drive data recovery, the software is perfect.
ReplyDelete