Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2
Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2 | Di dalam entri Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #1 adalah mukkadimah permulaan ke destinasi percutian Jakarta, Indonesia. Melalui pintu masuk imegresen Malaysia di KLIA2 sampailah ke pintu masuk imegresen Republik Indonesia, Soekarno Hatta Airport T3. Pemilihan penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia dengan promosi yang sangat murah dan berpatutan ketika itu.
Meneruskan perjalanan penerbangan yang mengambil masa dalam 1 jam perjalanan dimana perlepasan dari jam 9.55pagi (waktu Malaysia) dan sampai ke destinasi jam 10.55pagi (waktu Malaysia). Setibanya MYiDEAKiNi di Lapangan Terbang Jakarta, terus menggunakan applikasi Grab untuk tempahan teksi tambang murah berbanding teksi airport yang di kenakan caj yang agak mahal. Suasana ketika dalam perjalanan ke destinasi Smart Hotel, Thamrin City agak sesak sekali, dimana kebanyakan kereta berpusu-pusu untuk menuju ke pejabat masing-masing.
Yang menjadi teruja sekali, pemandu-pemandu sangat berhemah walaupun jarak antara kereta atau bas ketika itu sangat rapat dan jauh berbeza di negara Malaysia. Sudah tentu berlakunya kemalangan di jalanraya jika menghadapi jalan yang begitu sesak dan sesetengan pemandu yang tidak berhemah terus memandu dengan laju. Ternyata sekali ianya hanya di Malaysia dan tidak di Jakarta, Indonesia.
Sampainya di destinasi Smart Hotel, MYiDEAKiNi meletakkan beg dan terus keluar mencari makan untuk tengahari. Smart Hotel ini sangat berdekatan dengan bandar Jakarta dan kemudahan yang ada di kawasan itu adalah GRAND iNDONESiA dimana Mall yang terbesar di Indonesia. Dikatakan Mall ini adalah untuk masyarakat Elite Indonesia. MYiDEAKiNi terus menuju ke Mall dan di dapati senibina hiasan dalaman Mall itu sangat mengagumkan. Jika di bandingkan dengan MidValley & Pavillion, rasanya Grand Indonesia Mall lebih besar.
Sejak peristiwa bom berani mati yang berlaku di jakarta, Indonesia baru-baru ini, kawalan ketat di laksanakan serta merta di mana-mana Mall yang terkenal dimana ketika memasuki Grand Indonesia Mall ini di periksa lebih dahulu serta mempunyai alat pengimbas/ pengesan bom demi menjaga keselamatan pengunjung di situ. Selepas memasuki Mall, MYiDEAKiNi terus menuju ke tingkat 3 dimana foodcourt yang di namakan Food Louver dan senibina hiasan dalaman sangat mengujakan. Seolah-olah berada di dalam restoran terkemuka walhal hanya Medan Makanan sahaja. Kalau uols rasa nak tengok senibina hiasa dalam boleh lihat sini : Food Louver Senibina Hiasan Dalaman
Yang peliknya, dalam banyak-banyak kedai makanan yang ada disitu, terdapatnya sebuah kedai makanan yang mengandungi babi dan selebihnya adalah menyediakan makanan & minuman yang HALAL. Sudah terang lagi bersuluh....huhuhu. Restoran yang di beri nama Nasi Campur Putri Kenanga seakan-akan kedai melayu-indonesia tetapi sayangnya di sajikan makanan yang tidak halal seperti daging babi. Nasib tak fitam.....
Selepas mengetahui semua itu, MYiDEAKiNi rasa serik untuk makan di situ dan cuba merasai pengalaman makan di tepi-tepi jalan. Harganya sangat murah dan sedap berbanding makan di Grand Indonesia Mall, Food Louver yang sangat mahal harganya setanding dengan harga di Midvalley & Pavillion. Hohoho...
Ramai pekerja-pekerja dari Grand Indonesia mencari makan diluar Mall dan kecil ini akan mula beroperasi dari jam 4.00petang sehinggalah jam 11.00malam (waktu tempatan Jakarta). Apa yang dapat di komen, pegawai majlis tempatan tidak membuat kacau pada penjual-penjual kaki lima, malah menjadi rutin seharian pada peniaga-peniaga kecil. Jika hendak dibandingkan di Negara kita sendiri, Malaysia, sudah pasti akan di rampas oleh Majlis Bandaraya Tempatan, bukan? Sepanjang MYiDEAKiNi di sini, tiada apa-apa yang berlaku rampasan dari pihak majlis bandaraya tempatan. Begitu juga dengan pegawai polis di Jakarta, tiada apa-apa penahanan dari pihak polis dan setakat ini. Alhamdulillah....
Dan anda boleh nilaikan sendiri jika pengunjung luar negara yang datang melawat di negara kita sendiri (Malaysia), apa akan jadi pada pengunjung luar tersebut, jika di syaki sesuatu yang mencurigakan, sudah pasti akan ditahannya untuk "sesuatu", bukan? Pepatah Melayu "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri"....
Pada keesokan harinya, MYiDEAKiNi pergi ke Mangga Dua dan Tanah Abang. Didapati disini terdapat banyak pakaian-pakaian borong yang sangat murah terutama sekali pakaian muslimin dan muslimah. MYiDEAKiNi memilih pengangkutan awam yang dikenali Angkutan Bandar atau Bajai. Angkutan Bandar atau Bajai ini adalah pengangkutan awam beroda tiga dan tambangnya mengikut lokasi yang terpilih. Ada juga yang murah dan ada juga yang mencekik darah Hohoho... Sebelum memilih pemandu Bajai ini, uols perlu tanya kos harga tambang ke lokasi pilihan. Antara tambang yang dikenakan Rp20,000 hingga ke Rp60,000 (yang ini memang mencekik darah). Manakala ayat borong yang digunakan dalam loghat Indonesia adalah "groser" manakalan promosi adalah "Obral". Kena ingat tu yer, jika uols ingin ke Tanah Abang akan jumpa ayat-ayat di sebutkan tadi. Gambarajah bangunan hijau ini adalah bangunan yang dikatakan pusat pemborong baju-baju serta kain-kain yang harganya tersangat murah dan berpatutan. Gambar dibawah ini adalah sebahagian kain dan telekong set solat yang sempat dibeli untuk ibu dan adik-adik tersayang di kampung.
Akhirnya, sebelum pulang, MYiDEAKiNi sempat ke Tugu Monas, sekadar gambar kenangan. Jadi percutian sudah pun berakhir dan MYiDEAKiNi memilih penerbangan Malindo Air tambang murah untuk pulang ke tanah air. Apa yang dapat di komen dengan memilih pengangkutan penerbangan Malindo Air disini, tempat duduk yang sangat selesa berbanding AirAsia. Selain itu, terdapat juga disediakan servis entertaiment untuk tujuan demo keselamatan. Didalam peralatan ini di muatturun movie kedalam aplikasi ini. Jadi tidaklah bosan sangat perjalanan pulang. Penyedian snek secara percuma diberikan kepada pelanggan yang memilih servis pengangkutan Malindo Air. Tidak lupa pada bagasi yang tidak melebihi 30kg dan keatas tidak dikenakan bayaran apa-apa. Ianya secara PERCUMA!. Uols pilihlah Malindo Air. Bukan nak promote tetapi keselesaan anda juga.....
Baca ini juga: Minyak Herba Asmak Penawar Asma

Suasana ruangan "boarding pass" sebelum menaiki pesawat Malindo Air
~ T A M A T ~
Menarik...lepas ni boleh pergi lagi...insha Allah :)
ReplyDeleteBoleh jer Sis PA.. kalau ada ongkosnya 😊😉
DeleteGrand indonesia, Plaza Indonesia, itu semua memang mall bintang 5. Kalo makan yang tidak pricey memang jangan di sana bang 😄. Nasi campur kalo di Indonesia bisa halal dan tidak. Jadi emmang harus perhatikan menunya. Krn nasi campur di sini bisa saja berasal dari banyak kota di Indonesia, yang mana tak semuanya muslim.
ReplyDeleteooo.. itulah sedang berkira-kira untuk makan di mall.. agak mahal juga 😊😉
Delete