Microsoft PowerPoint Membantu dalam Pembikinan Video Ringkas

Akhirnya MYiDEAKiNi siap juga dengan pembikinan pemasaran video pertama kalinya dengan kombinasi beberapa aplikasi. Jadinya untuk memulakan sesuatu perancangan itu, anda perlu kaji tahu beberapa perkara dalam proses pembikinan video secara ringkasnya.
Disini MYiDEAKiNi boleh membuat kesimpulan yang ringkas kaedah pembikinan video yang ringkas serta berlatangbelakangkan muzik instrumental tanpa lagu. Berikut adalah ringkasan yang perlu uols tahu.
1-Uols perlu muatturun muzik instumental di mana-mana laman sosial seperti youtube, vimeo dan sebagainya. Pastikan muzik tersebut bebas 'copyright' dan mendapat kebenaran dari pemilik lagu. Uols boleh gunakan laman seswang www.keepvid.com untuk muatturun video yang dikehendaki.
2-Selepas membuat pemilihan video, uols perlu juga muatturun aplikasi 'converter' dimana MYiDEAKiNi menggunakan aplikasi percuma 'Any Video Converter' untuk menukarkan format MP4 ke MP3.
3-Penggunaan aplikasi seperti "Microsoft Power Point" dan "Windows Movie Maker" perlu ada dalam pembikinan video ringkas. Sudah pasti uols sudah tahu mengendalikan "Microsoft Power Point" kerana aplikasi ini penting dalam membuat "presentation" untuk kertas kerja. Banyak kelebihan menggunakan aplikasi "Microsoft PowerPoint" kerana fail boleh di simpan dalam pelbagai format dan salah satunya format "Window Media Player". Menggunakan aplikasi powerpoint ini memerlukan masa dan tetapan pada objek yang perlu untuk di "animation" (objek gerak-gerak)
4-Selepas sahaja selesai dengan "presentation" melalui aplikasi "Microsoft PowerPoint" dan si simpan dalam format "Windows Media Player", aplikasi "Windows Movie Maker" sangat penting. Dan disitulah anda mula import 2 fail yang penting iaitu:
a) Video dalam bentuk format Windows Media Audio/Video file (.wmv)
b) Muzik dalam bentuk format MP3
5-Uols perlu simpan fail atau data di dalam memori komputer terlebih dahulu agar dapat di"save"dengan cepat dan pantas tanpa gangguan berbanding di simpan fail atau data di "external memori". Fail yang di simpan adalah bentuk format MP4 dan boleh di muat naik terus di lama sosial seperti facebook. youtube, vimeo dan sebagainya.
Video dibawah ini adalah hasil dari kombinasi beberapa aplikasi yang di gunakan dalam menghasilkan video yang ringkas tapi padat. Penggunaan utama Aplikasi Microsoft PowerPoint adalah paling penting dalam menghasilkan "presentation" yang telah diterangkan di atas.
Hasil pembikinan video melalui kombinasi aplikasi Microsoft
PowerPoint & Windows Movie Maker.
PowerPoint & Windows Movie Maker.
Mudahkan! Tidak perlu mengupah orang lain untuk menghasilkan video yang serba ringkas seperti ini. Apa komen anda dengan video yang di hasilkan sendiri oleh MYiDEAKiNi! Komenlah yer nanti kerana uols adalah juri MYiDEAKiNi!
yup....power point tu sangat penting....kiranyanya macam tak lengkaplah dalam kerja jika pembentangan tiada dalam bentuk power point.....info yang baik dan berguna
ReplyDelete