--> [FAKTA] Gaya Oppa Gangnam (gaya tunggang kuda) Semakin Menular DiMalaysia! | Blog MYiDEAKiNi Dot Com





Cara Nak Bina Blog Percuma?

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

MYiDEAKiNi Dot Com.
Ya Allah turunkanlah hukumanMu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin.

Amin Ya Rabb

[FAKTA] Gaya Oppa Gangnam (gaya tunggang kuda) Semakin Menular DiMalaysia!

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri... Wah tajuk entri ni pun dah cukup panaskan. Mungkin anda sudah tahu mengenai lagu ini, bukan? MY...

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri...

Wah tajuk entri ni pun dah cukup panaskan. Mungkin anda sudah tahu mengenai lagu ini, bukan? MYideakini hanya meluahkan sedikit pendapat mengenai Gaya Oppa Gangnam ni ye yang semakin menular dengan cepat di Malaysia. Ini adalah sekadar pandangan dan pendapat MYideakini, tiada kena ada kena mengena dengan pihak lain.


Setelah mendengar dan menonton video lagu ini, terdapat mesej yang berunsurkan lucah cuba disampaikan oleh penyanyi ini. Mengapa ada perlu kuda dalam lagu ini dan kenapa ada gaya seperti seolah-olah menunggang kuda dan terkinja-kinja seperti gaya monyet berjaya mendapat sesuatu. Rentak yang menarik dengan gaya masa kini membuatkan pendengar atau pelawat internet mudah leka dan secara langsungnya terikut-ikut dengan gaya yang dibuat oleh penyanyi.


MYideakini cuba dapatkan sedikit info mengenai lagu ini. Sebenarnya Gangnam adalah sebuah pekan di Soel, Korea. Nak tahu ke? Ini buktinya...


Apa yang istimewanya gangnam ini? Ianya sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama Samsung dan Hyundai tinggal di sini. Sejak kebelakangan ini telah berlakunya ketidakseimbangan sosioekonomi di Korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dimana kes-kes rasuah meningkat. Semua ini menghasilkan situasi perasaan menyampah pada golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu menikmati dengan harta dan wanita. 


Kenapa pula dikaitankan dengan simbolik kuda? Perasan atau tidak perasan simbolik ini menggambarkan dan melambangkan imej playboy dimana aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ianya selalu ditunjukan dalam file komedi lucah Hollywood.

Kandang kuda dijadikan lokasi pilihan, 
kenapa agaknya ye?

Kenapa pula ada aksi gaya sebegini? Anda
boleh fikirkan apa mesej yang cuba di
sampaikan oleh penyanyi ini ye!

Fenomena ini semakin berleluasa dan menular dengan cepat jika ianya tidak dikaji serta diselidik sebelum ianya ditayang atau didengar oleh Masyarakat Islam Malaysia khususnya. Dimana MYideakini boleh perhatikan mesej dan kritikan sosial yang tidak berakhlak dan kurang sopan pada lagu ini dan menjadi ikutan serta trend khususnya Masyarakat Islam Malaysia.

Lihatlah bahawa kurang sopannya aksi sebegini jika
ianya berlaku pada Masyarakat Islam Malaysia

Perlukah situasi sebegini ditayangkan?

Penyanyi ini masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) yang diaksikannya seperti seolah-olah sudah biasa dengan gaya hidup seorang playboy di gangnam dengan gaya menunggang kuda. Aksi sebegini melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah dan tidak berakhlak di gangnam. MYideakini berfikir kenapalah aksi sebegini cepat menular diMalaysia tanpa membuat apa-apa kajian dan selidik tentang mesej yang cuba disampaikan oleh penyanyi ini.

Akhir kata, hentikanlah semua budaya songsang walaupun niat untuk memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai dan akhlak untuk berhibur dalam islam.

P/S: Sila sebarkan maklumat ini jika anda adalah pengguna internet islam demi menjaga tatasusila dan akhlas untuk berhibur dalam islam. TQ

KOMEN ANDA!

BLOGGER: 5
  1. @Anum
    Sama-sama sebarkan info ni demi kepentingan sejagat umat islam.. :-)

    ReplyDelete
  2. gangnam style mcm kera terkinja2

    ReplyDelete
  3. @Hafizzi Aziz
    Tahu takpe...ahaks :-)

    ReplyDelete
  4. asal rasa seronok je, orang kita nk ikut. tak pikir agama, dan budaya ketimuran kita. bila larang, dikatakan kolot, x open minded.. parah...

    ReplyDelete
Terima kasih atas komen dan pandangan yang diberikan. Sila kunjungi lagi blog MYiDEAKiNi. MYiDEAKiNi akan melawat dan komen di blog anda nanti. TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA KITA JUMPA LAGI :)

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    Nak Kurus?   
Nur Khairul Azizi Mohamad- Penulis Blogger MYiDEAKiNi Dot Com
Nur Khairul Azizi Mohamad adalah merupakan seorang penulis blogger sambilan. Bergiat dalam penulisan blog pada bulan Oktober 2009. Lahir pada tahun 1978 di Melaka dan dibesarkan di Terengganu. Mempunyai segulung Diploma Senibina dan telah menuntut di Universiti Teknologi Mara di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU). Pengambilan pelajar pada tahun 1996 - 2001. Mempunyai skil dalam bidang tanaman, tukangan, Jahitan, Masakan & juga teknologi komputer.
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ARTIKEL PAUTAN LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Isi Kandungan Artikel