Viral ada baik, buruk Dan Kesannya | iral sudah sinonim di kalangan masyarakat Malaysia dimana boleh dikatakan kesannya yang sangat impak tinggi.
Viral ada baik, buruk Dan Kesannya | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummul kitab Surah Al-Fatihah.
Dan jangan dilupakan juga dengan bersalawat keatas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Viral sudah sinonim di kalangan masyarakat Malaysia khususnya dimana boleh dikatakan kesannya yang sangat impak tinggi pada individu itu sendiri. Sebagainya contohnya jika viral berkenaan dengan perkara yang baik seperti viral makanan atau minuman, sudah pasti impaknya sangat baik untuk perniagaan khususnya.
Tetapi jika di salahguna untuk meraih sokongan, akibatnya buruk padah penerimaannya.
Viral ada baik, buruk Dan Kesannya [no_toc]
Apabila disalahgunakan viral dengan semata-mata meraih sokongan netizen Malaysia khususnya yang telah berlaku baru-baru ini di media sosial facebook iaitu VIRAL KAK LONG 7E.
Terlalu banyak sindiran serta teguran kepada KAK LONG ini melalui salah satu video kreatif dari netizen malaysia. Nak tengok ke video tu? Jom kita layan sebentar..
Sumber: Tiktok
Kes Kak Long 7Eleven ini sudah selesai, ia memberikan kesan yang sangat negatif kepada diri sendiri dan keluarga. Betapa hebatnya kuasa viral ini jika disalahgunakan untuk meraih sokongan dan undian dari netizen Malaysia khususnya. Ianya di ibaratkan mencari penyakit sendiri akhirnya diri juga yang terkena.
Jika anda didapati Positif Covid19, boleh baca artikel ini untuk rujukan: Tips Ketika Anda Positif Covid19, Ini Petuanya
Jadi dengan terjadinya perkara sebegini, seharusnya dijadikan iktibar dan renungan bersama supaya ianya tidak berlaku selepas ini. Fikir dulu sebelum membuat keputusan untuk viral kepada orang ramai.
Viral ada baik, buruk Dan Kesannya
Tetapi apabila melihat video yang diterjemahkan dalam versi kartun oleh netizen itu sudah melambangkan keperibadian yang negatif kepada diri sendiri (Kak Long).MYiDEAKiNi pun sendiri nak tergelak melihat video dan ada rasa sifat malu pada diri sendiri seolah-olah mendedahkan aib sendiri pada orang ramai.
Kebaikan Viral dan kesannya
- Melariskan perniagaan dan mampu meraih keuntungan kepada diri dan juga perniagaan
- Kuasa Strategi pemasaran yang terbaik kerana ianya percuma
- Perniagaan anda dikenali oleh masyarakat Malaysia khususnya
- Hasil jualan anda meningkat dari masa ke semasa
- Meraih sokongan yang positif, undian dan jumlah penonton
Keburukan Viral dan kesannya
- Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- Cemuhan dan pandangan negatif dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia khususnya
- Tidak mendapat apa-apa keuntungan pada diri dan juga perniagaan
- Kesan impak yang teruk kepada perniagaan khusunya
- Memperbodohkan diri demi meraih sokongan yang negatif, undian dan jumlah penonton
Jadi kesimpulannya, kuasa viral ini memang cukup hebat jika ianya digunakan dengan sebaik mungkin malah dapat membantu anda mempertingkat hasil jualan dan jumlah penonton yang tinggi. Tidak memerlukan modal untuk mengiklankan perniagaan.
Fikir panjang2 sebelum memviral sesuatu isu
ReplyDelete