Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube
Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik DiYoutube
Berbicara mengenai youtube yang sudah tidak asing lagi dalam dunia internet, malah merupakan internet video no.1 di seluruh dunia berbanding dengan vimeo dan sebagainya. Tetapi adakah anda tahu apakah standard bentuk format & ukuran video yang terbaik diYoutube? MYiDEAKiNi akan kupaskan dengan lebih lanjut lagi, so baca artikel ini sehingga habis. Semoga ianya dapat di manfaatkan bersama.
Terdapat banyak jenis format dan ukuran video yang biasa anda buat, bukan? Namun jika video tersebut ingin di muatnaik ke Youtube, anda perlu lebih menekankan hal-hala yang berkaitan dengan kriteria video tersebut terutama sekali berkaitan dengan format dan ukuran, sehinggalah video anda akan memiliki kualiti yang baik dengan ukuran yang telah ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak Youtube. Jika tidak, mungkin video anda tidak akan di muatnaik ke dalam youtube akaun anda kerana formatnya yang tidak sesuai dengan ketentuan dan penampilan yang tidak memuaskan hati pihak youtube itu sendiri.
Selain memuatnaik video secara PERCUMA di akaun Youtube anda ketika ini, sistem ini juga memberi peluang kepada pengguna akaun youtuber di seluruh dunia untuk menjadi publisher Google Adsense, sehingga anda sendiri boleh menghasilkan pendapatan sampingan untuk setiap video yang mereka muatnaik dan di monetisasi.
Walauapapun tujuan anda untuk memuatnaikan video ke youtube, perkara paling penting yang perlu di utamakan adalah kualiti video tersebut sehingga memiliki ciri-ciri dan mendapatkan reputasi yang oleh youtube sehinggakan ianya mudah menghasilkan pencarian youtube, kualiti, format dan ukuran video yang sesuai. Hasilnya video tersebut boleh di tonton umum dan mendapat trafik yang maksimum.
Jadi bagaimanakah bentuk format dan ukuran video yang dicadangkan untuk memuatnaik ke youtube? Di artikel ini MYiDEAKiNi akan huraikan bagaimana memilih format dan ukuran video untuk anda memuatnaik ke youtube agar video tersebut memiliki kualiti, format dan ukuran yang dibenarkan oleh youtube.
Standard Format dan Ukuran Video Terbaik yang di cadangkan untuk memuatnaik video terus ke youtube.
Berikut adalah format dan ukuran video yang paling baik untuk anda memuatnaik terus ke chanel youtube anda:
#1 Bentuk Format Video Terbaik untuk Youtube
Seperti yang biasa anda ketahui, bahawa terlalu banyak video yang biasa di hasilkan melalui gadget serta komputer dengan format seperti MKV, MP4, MP3, 3GP dan sebagainya. Namun dari format seperti ini tidak semuanya di sokong oleh sistem youtube. Anda perlu pastikan tujuan menghasilkan video adalah untuk memuatnaik terus ke youtube dan perlu pertekankan apakah jenis format video yang disokong dan dibenarkan oleh youtube. Jika tidak, video anda tidak akan berjaya kerana format video tidak disokong dan tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh youtube.
Berdasarkan dengan penjelasan dari google, berikut adalah beberapa format video yang disokong atau diterima sepenuhnya oleh youtube adalah seperti:
- .MOV
- .MPEG4
- .MP4
- .AVI
- .WMV
- .MPEGPS
- .FLV
- .3GPP
- .WebM
- Windows Movie maker, aplikasi video editor asas windows sederhana dan percuma dari microsoft.
- Pinnacle studio, aplikasi video editor berbayar dengan ciri-ciri advanced dan dicadangkan untuk anda gunakan.
- iMovie, aplikasi video editor khusus untuk pengguna Mac OS yang sesuai juga digunakan sebagai software video converter.
Anda boleh memilih salah satu peralatan aplikasi di atas untuk menukarkan/ mengubah format video anda. Setelah di tukar/ ubah format video tersebut, anda boleh memuatnaik video terus ke youtube dan disokong sepenuhnya oleh sistem youtube.
#2 Standard Ukuran Video Terbaik Untuk youtube
Kemungkinan terdapat banyak pilihan ukuran video yang biasa dan standard digunakan, namun jika video anda ingin di muatnaik ke youtube agar hasilnya memuaskan, anda haruslah memikirkan apa saiz standard ukuran video yang telah ditetapkan oleh youtube supaya ianya tidak bercanggah dengan sistem youtube.
Perlu anda ketahui bahawa standard aspek ratio yang ditetapkan oleh youtube adalah 16:9 kerana jika anda ingin memuatnaik video ke youtube, anda harus pastikan aspek ratio atau resolusi adalah 16:9. Namun pihak youtube telah menetapkan standard ukuran video dalam bentuk pixel di youtube adalah seperti berikut:
240p: 426 x 240 (16:9)
360p: 640x360 (16:9)
480p: 854x480 (16:9)
720p: 1280x720 (16:9)
1080p: 1920x1080 (16:9)
1440p (2k): 2560x1440 (16:9)
2160p (4k): 3840 x 2160 (16:9)
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda memang boleh memuatnaik video dengan ukuran lain seperti di atas, tetapi jika ukuran video yang ratio atau resolusi bukan dari 16:9 seperti di nyatakan di atas, maka hasilnya agak mengecewakan kerana pihak youtube tidak akan membenarkan video anda tersebut di muatnaik ke player youtube.
Pihak google youtube telah menetapkan standard ukuran video di "encode upload" untuk rujukan kepada pengguna youtube. Jadi anda akan menghasilkan video mengikut standard ukuran video yang dibenarkan. Jika anda ingin memuatnaik video dengan resolusi yang tinggi, anda boleh rujuk standard yang dibenarkan oleh youtube di bawah ini:
Perlu anda ketahui bahawa standard aspek ratio yang ditetapkan oleh youtube adalah 16:9 kerana jika anda ingin memuatnaik video ke youtube, anda harus pastikan aspek ratio atau resolusi adalah 16:9. Namun pihak youtube telah menetapkan standard ukuran video dalam bentuk pixel di youtube adalah seperti berikut:
240p: 426 x 240 (16:9)
360p: 640x360 (16:9)
480p: 854x480 (16:9)
720p: 1280x720 (16:9)
1080p: 1920x1080 (16:9)
1440p (2k): 2560x1440 (16:9)
2160p (4k): 3840 x 2160 (16:9)
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda memang boleh memuatnaik video dengan ukuran lain seperti di atas, tetapi jika ukuran video yang ratio atau resolusi bukan dari 16:9 seperti di nyatakan di atas, maka hasilnya agak mengecewakan kerana pihak youtube tidak akan membenarkan video anda tersebut di muatnaik ke player youtube.
Pihak google youtube telah menetapkan standard ukuran video di "encode upload" untuk rujukan kepada pengguna youtube. Jadi anda akan menghasilkan video mengikut standard ukuran video yang dibenarkan. Jika anda ingin memuatnaik video dengan resolusi yang tinggi, anda boleh rujuk standard yang dibenarkan oleh youtube di bawah ini:
- Format video yang dicadangkan oleh youtube adalah MP4 (MPEG-4) dan pilihan resolusi HD minimum adalah 1080p.
- Audio Codec: AAC-LC (Channels: Stereo or Stereo + 5.1 Sample rate: 96khz atau 48 khz)
- Video Codec: H264
- Frame Rates: Sebaiknya sesuaikan dengan video material yang original agar tidak terputus-putus.
Akhir sekali, sebagai rumusan artikel mengenai Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube (standard yang dicadangkan oleh youtube) untuk di muatnaik terus ke youtube perlulah mengikut standard yang ditetapkan agar pengguna youtube tidak sewenang-wenangnya memuatnaik video yang dihasilkan tidak mengikut standard yang dibenarkan. Semoga artikel ini akan menjadi rujukan khusunya kepada pengguna youtube sebelum anda memuatnaik ke youtube agar video yang dihasilkan mempunyai kualiti standard yang ditetapkan berbanding dengan video yang lain. Semoga ianya terus dimanfaatkan.
Owh, ada standard saiz rupanya..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.. :>
Yup youtube ada standardnya video untuk di upload ke youtube. Kalau tak ikut standard mmg kena reject le video Kak Long nanti :)
Delete