Rezeki Blog MYiDEAKiNi Menang SEO

Saingan yang sangat hebat dengan blogger otai seperti Dammahumnib.com, HasrulHassan.com, bloggerlelaki.com dan blogger-blogger yang lain termasuklah blogger MYiDEAKiNi sendiri. Anda boleh lihat sendiri keputusan rasmi dari penganjur di Keputusan Pertandingan SEO Blog
![[feature]Keputusan Pertandingan Blog SEO [feature]Keputusan Pertandingan Blog SEO](https://2.bp.blogspot.com/-TgsfL7wyPrs/WHMObt1_VVI/AAAAAAAAMrw/15aEhX8nvR0SqC5RlUYXwZoLOhRQW8OgACLcB/s200/Keputusan%2BPertandingan%2BBlog%2BSEO.png)
In Sha Allah, dengan ilmu yang ada ini, MYiDEAKiNi cuba mempertingkatkan lagi usaha untuk menaikkan trafik dan SEO blog MYiDEAKiNi dari masa ke semasa. Bagi anda yang masih baru menceburi dunia blogging, cuba tambahkan ilmu-ilmu SEO melalui pembacaan dan perkongsian tips SEO, tidak kiralah artikelnya berbahasa Inggeris mahupun bahasa melayu. Jika artikel dan tips SEO berbahasa Inggeris, anda boleh gunakan sistem Google Translate menterjemahkan artikel tersebut ke Bahasa Melayu. Disitulah anda akan dapat memahami lebih lagi tentang SEO.
Di artikel sebelum ini, MYiDEAKiNi ada juga kongsikan tips tentang SEO, anda boleh juga baca artikelnya di disini Jadikan Blog Anda Mesra SEO. Kemenangan ini tidak mudah untuk MYiDEAKiNi bergoyang kaki tetapi perlu berusaha lebih untuk mantapkan lagi teknik-teknik SEO dan yang lain-lain.
MYiDEAKiNi telah terangkan dalam artikel sebelum ini di 5 Teknik Penting Tingkatkan Trafik Blog dimana anda boleh dapatkan tips-tips dalam menyediakan sesebuah artikel yang lebih berinformasi dan menarik perhatian pelawat (pembaca setia blog) mahupun penganjur. Tidak hairanlah jika anda sudah memahami dan menerapkan ilmu yang ada di dalam sesebuah artikel.
Jadi tunggu apa lagi, jika ada sahaja peluang penyertaan pertandingan blog SEO, jangan sesekali segan, malu untuk menyertai, manalah tahu rezeki berpihak pada anda dan masa yang sama juga anda juga dapat belajar serta menimba ilmu mengenai kekuatan SEO blog anda sendiri. Bab pepatah melayu, "menuntutlah ilmu walau ke negara China sekalipun", yer tak? Tidak semestinya ke negara China, baru anda menuntut ilmu, dalam dunia internet pun boleh di kategorikan menuntut ilmu alaf baru melalui pembacaan.
Antara tips untuk jadikan artikel anda lebih kreatif dan berinformasi:
- Faham dahulu apa tajuk artikel yang ingin di kongsikan
- Pengisian dan perkongsian artikel
- Kreativiti susunan pengisian artikel yang lebih menarik
- Diselitkan juga imej dan video yang berkenaan dengan tajuk artikel
- Isu artikel yang di perbincangkan berserta dengan contoh jalan penyelesaian, asalkan ianya logik di terima akal, bukan sekadar sembang kosong
- Banyakkan URL backlink dari artikel yang sebelumnya, agak mudah untuk dirujuk
- Janganlah terlalu serius dengan artikel, selitkan juga unsur-unsur lawak agar pelawat tidak mudah bosan untuk membaca artikel anda.
Jika anda adalah seorang pengguna blog samada sambilan atau sepenuh masa, gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk anda jadi dikenali dan di segani oleh blogger-blogger yang lain. Bina kredibiliti dan kepercayaan anda dengan penulisan di blog anda sendiri. Usaha tangga kejayaan. Happy blogging!
Tahniah awak.. Teruskan usaha dalam bidang blogging... =)
ReplyDeleteTerima kasih atas semangat yang diberikan. In Shaa Allah akan cuba perhebatkan lagi blog MYiDEAKiNi nanti!
Deletemakasih gan infonya dan salam sukses
ReplyDeleteSalam sukses dari MYiDEAKiNi.. :)
Deletemantap bos artikelnya dan sangat menarik
ReplyDeleteSama-sama juga :)
Deleteterimakasih mas buat infonya dan semoga bermanfaat
ReplyDeleteSama-sama.. Sharing is caring :)
DeleteHebatnyaaa....tahniah!
ReplyDeleteTidak sehebat blogger yang lain.. Masih perlu di perkemaskini kan lagi :)
Delete