Rahsia Menghasilkan Artikel Entri Menarik Minat Pembaca
Rahsia Menghasilkan Artikel Entri Menarik Minat Pembaca. Dimana Otai blogger atau internet marketer akan lebih mengutamakan kualiti artikel entri kerana bertujuan agar entri akan di indeks dengan lebih baik oleh google. Selain itu kata kunci @ 'keywords' guna amat penting dalam menghasilkan sesebuah artikel entri. Disamping itu anda juga mendapat ilmu ini secara PERCUMA melalui pembacaan artikel entri ini. Baca sehingga habis. Didalam entri Rahsia Meng-Optimum Laman Web Ke Halaman Pertama Google sebelum ini, kali ini berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada, MYiDEAKiNi akan dedahkan bagaimana otai blogger atau internet marketer menghasilkan artikel entri yang baik seperti berikut:
1- 60 huruf pertama yang anda tulis di post entri akan dianggap google sebagai tag title. Ini bermaksud kekuatan 60 huruf pertama itu lebih besar dari huruf selebihnya. Tajuk entri yang menarik akan membuatkan pelawat internet akan segera untuk klik entri anda. MYiDEAKiNi pasti betapa pentingnya 'tag title' dalam suatu penulisan di blog, servis mahupun produk untuk menarik minat pelawat internet dan sekaligus meningkatkan trafik serta kedudukan @ 'ranking' di enjin carian google.
2- Gunakan format di bawah ini untuk menebalkan, memiringkan dan mencoret gaya tulisan anda. Anda akan memanfaatkan ini dengan menebalkan tulisan di pendahuluan title 60 huruf pertama.
*entri* = entri
_entri_ = entri
-entri- = entri
3- Memanfaatkan penerangan. Setelah anda menulis pendahuluan title 60 huruf pertama, berikutnya anda perlu huraikan secara ringkas atau rumus supaya pelawat internet dapat membaca dan memahami dengan jelas. Penerangan pendahuluan title 60 huruf pertama juga akan membantu meningkatkan jumlah klik dan pelawat.
4- Penggunaan Hashtag agar tulisan anda mudah di index melalui enjin carian google. Hashtag juga membantu artikel entri anda akan menjadi viral melalui sosial media seperti facebook, twitter dan sebagainya. Gunakanlah hashtag yang umum dan sering digunakan oleh orang lain. Hashtag yang bagus terdiri dari 10-15 huruf. Dan perlu di ingat, bahawa terlalu banyak menggunakan hashtag itu akan mengundang artikel entri dianggap spam atau malware.
5- Backlink juga sesuatu perkara yang sangat penting dalam penulisan artikel entri selain dapat membantu meningkat trafik laman web anda. Sebagai contohnya, artikel entri anda saling berhubung kait dengan artikel entri sebelumnya, jadi perlulah meletakkan link agar pembaca blog anda akan klik link yang di kongsikan itu.
6- Gambar/ animated gif/ Video. Untuk menarik lagi artikel entri anda, masukkan gambar yang Animated Gif (gambar yang bergerak) untuk memukau pembaca blog agar terus membaca artikel entri sehingga habis. Peratusan kajian melalui Sumber data yang di percayai menunjukkan bahawa animated gif meningkatkan jumlah klik sehingga 30%, video 28.6% dan gambar 9.4%. Memasukkan gambar/ animated gif/ video yang berkaitan agar memudahkan pembaca lebih faham dan jelas dengan penulisan anda. Berdasarkan kajian, kebanyakan pembaca blog lebih gemar melihat gambar/ animated gif/ video yang di kongsikan dalam penulisan anda, ini secara tidak langsungnya akan menjadi viral melalui sosial media. Anda juga boleh memasukkan
7- Pastikan anda kongsi artikel entri di laman sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan sistem auto update yang disediakan oleh mana-mana laman sosial setiap kali anda ingin kongsikan artikel entri. Perlu di ingat, semakin banyak orang yang memberikan atau berkongsi artikel entri, semakin sosial signal yang anda terima dan sekaligus membantu untuk meningkatkan trafik laman web anda.
great
ReplyDelete@Nurzakiah Hanum
ReplyDeleteThank you... :-D
Info yang berguna...ni...mesti perlu ikut...thks ya myideakini...saya mmg tercari-cari ilmu sprti ini..
ReplyDelete