[INFO] Kaedah Promosi Efektif dan Berkesan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana diberi nafas untuk MYideakini kongsi kan satu lagi teknik dan kaedah promosi yang efektif dan berkesan...Sebut aje promosi pastinya akan melibatkan produk atau servis, bukan? Cuma ada kaedah yang lebih efektif dan berkesan untuk tingkatkan penjualan dan servis anda itu.
MYideakini bukanlah pakar sangat dalam bidang promosi ni kan, tapi sekadar ingin luahkan cara atau kaedah yang paling efektif dan berkesan kerana MYideakini pernah di dedahkan dan diajar kaedah yang berkesan. Dimana MYideakini sendiri cuba praktikan dalam dalam satu perkhidmatan dan akhirnya sangat berkesan. MYideakini akan kupaskan dengan lebih terperinci dimana terdapat 5 kategori yang perlu dipertekanan dalam perniagaan atau perkhidmatan. Antara kategorinya adalah seperti berikut:

1. Produk / perkhidmatan / servis
2. Promosi Offline - bisnes kad, flyers, banner, poster
3. Promosi Online - laman web / blog, iklan berbayar seperti adwords google, facebook, mudah dll.
4. Tutorial
5. Promosi Berbayar
Sila lihat carta yang disediakan oleh MYideakini sendiri. Kenapa anda perlu promosi produk / perkhidmatan / servis? Mesti kerana wang, bukan? Selain dari wang, promosi di lakukan atas tujuan untuk meningkat trafik (jika online) dan mengumumkan produk / perkhidmatan / servis kepada orang ramai. (online & offline)
Untuk mendapatkan prospek, anda perlu promosinya sama ada online atau offline. Dimana jika mengunakan teknik online, anda perlu menyediakan satu laman web / blog dan juga 'orang tengah' yang menyediakan perkhidmatan iklan berbayar seperti google adwords, facebook, mudah dan lain-lain lagi. Jika anda menggunakan teknik offline, anda perlu menyediakan bisnes kad, flyers, banner, poster dan sebagainya bergantung kepada kreativiti anda untuk mendapatkan prospek.
Menggunakan teknik online, perkara asas yang paling penting adalah nama, telefon dan email kerana dengan maklumat yang anda dapat melalui dari iklan berbayar, anda perlu 'follow up' mereka dengan memberi tips dan panduan PERCUMA agar prospek tahu dengan produk / perkhidmatan / servis selain menjana pendapatan sampingan untuk mereka nanti. Mungkin prospek mencari peluang atau ingin menjadi pengguna ianya bergantung kepada individual itu sendiri.
P/S: Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit idea untuk anda tahu dalam dunia perniagaan atau perkhidmatan / servis. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan boleh tinggalkan komen di dalam ruangan entri ini ye...MYideakini sudi berkongsi idea untuk di manfaatkan bersama.... :-)
thanks for sharing
ReplyDeletegud sharing....:)
ReplyDelete