Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Alhamdulillah masih diberi lagi nafas untuk MYideakini berkongsikan tips motivasi diri untuk and...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Alhamdulillah masih diberi lagi nafas untuk MYideakini berkongsikan tips motivasi diri untuk anda dan juga untuk diri MYideakini. Jadi sama-samalah manfaatkan tips motivasi ini.
Bina Kredibiliti Diri Sendiri
Aset paling penting dan berharga adalah aset yang kurang dihargai. Aset itu, apabila diselesaikan dengan mudah akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset ini tidak mempunyai nilai harga yang tinggi. Hanya terus berfikir kearah kebaikan dan pertingkatkan diri.
Otak merupakan data penyimpanan yang kapasitinya luar biasa dan perlu berhati-hati untuk mengisinya dengan hanya berfikiran positif. Sebahagian orang yang mempunyai fikiran dan penagalaman negatif akan terus menanamkan input dengan pelbagai alasan yang mereka sendiri tidak mampu mengubahnya. Sekiranya mereka berfikiran terus begini dan ketika ditanya dan jawapanya: Tidak, aku tidak mampu, aku kurang percaya, penat dan sebagainya.
Disini MYideakini cuba memberikan lima langkah untuk membina dan mempertingkatkan diri sendiri dimata masyarakat sekeliling khususnya dan juga dunia alam maya.
1. Hindari dan jauhi mencari alasan
Begitu ramai orang mempunyai niat dengan mengajukan alasa yang tidak masuk akal seperti:
- Aku malas
- Aku penat semua ini
- Aku dah tak mampu lagi
- Aku tak sehebat kau
- Aku dah tua, dll
Sesiapa pun akan memberi alasan sebegini untuk melemahkan dirinya sendiri dan sama sekali akan menyenangkan dan mententeramkan hati diri sendiri. Dengan alasan sebeginilah juga seseorang itu akan terjemurus dengan kegagalan dan pencapaian sasaran. Ingatlah sentiasa berfikiran positif "Aku boleh! kerana ianya akan mempengaruhi emosi diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan atau kegagalan.
2. Gunakan Daya imaginasi dan idea kreatif
Otak juga berfungsi membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberi peluang dalam berimaginasi. Semakin anda berfikiran positif maka daya imaginasi dan idea kreatif amat tinggi dan besar kepastian terbentuklah suatu hasil yang positif. Dan sebaliknya jika anda sentiasa dan terus berfikiran lemah mengenai penyakit dan kesihatan, anda akan hampir dengan penyakit yang anda fikirkan. Dan ini sama sekali akan menjejaskan pergaulan, karier bisnes dan sebagainya.
3. Jangan takut gagal
Kegagalan telah menghalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur dengan pemikiran sebelum mencuba, berbuat atau meraih hasil yang positif. Mereka tidak mampu menerima terminologi dimana anda kemungkinan mereka berfikiran akan terus gagal. Jadi perlu lakukan sesuatu yang positif dan sanggup menghadapi risiko gagal demi mencapai kecemerlangan dimasa akan datang.
4. Penampilan membentuk diri
Penampilan diri bukanlah segalanya tetapi anda perlulah membelanjakan sedikit wang demi mencapai penampilan membentuk diri menjadi lebih baik. Tetapi haruslah bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan sehingga mereka lupa diri asal dam tujuan sebenar demi kepuasan ego sendiri.
5. Mengimbas kembali kejayaan diperolehi.
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Tidak kiralah apa jua kejayaan itu dan imbas kembali punca dan sebab kejayaan diperolehi. Fikirkan balik masa zaman persekolahan, apa kejayaan yang anda telah lalui masa itu dan mungkin itu adalah titik-titik permulaan untuk berjaya didalam bidang-bidang yang diceburi. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan kejayaan tersebut.
Motivasi diri hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan dimana dapat memotivasikan diri dengan betanggungjawab untuk menciptakan harapannya sendiri. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
P/S: Pesan MYideakini, marilah sama-sama mempertingkatkan lagi kredibiliti di alam maya ini. Jadi tidak perlu takut dengan gagal malah mengharugi dan menempuh kegagalan dahulu untuk mencapai kejayaan... :-)
Motivasi diri hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan dimana dapat memotivasikan diri dengan betanggungjawab untuk menciptakan harapannya sendiri. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
P/S: Pesan MYideakini, marilah sama-sama mempertingkatkan lagi kredibiliti di alam maya ini. Jadi tidak perlu takut dengan gagal malah mengharugi dan menempuh kegagalan dahulu untuk mencapai kejayaan... :-)
thanks.. setuju dengan entri ni.. lagipun kredibiliti itu pnting utk mmbuat orang yakin dengan diri kita..
ReplyDeleteassalamualaikum azizi...betul kena ada ketahanan mental yg kuat baru la boleh berjayakan..
ReplyDelete