Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Kali ini MYideakini ingin berkongsi tentang domain. Apa itu domain? Domain adalah alamat untuk l...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Kali ini MYideakini ingin berkongsi tentang domain. Apa itu domain? Domain adalah alamat untuk laman web anda sendiri. Penggunaan domain yang biasa anda dengar adalah BLOGSPOT dimana anda telah menggunakan perkhidmatan laman web pinjam dari domain blogspot. Sebagai contohnya minahgediks.blogspot.com dimana nama minahgediks adalah pinjaman nama sementara untuk menumpang kepada domain blogspot. Agaknya faham dengan penerangan domain ni? Kalau masih blurr tu boleh hubungi MYideakini untuk bantuan.
Apa yang nak ditekankan disini, penggunaan domain sendiri dan domain tumpangan adalah berbeza dimana MYideakini boleh bagi contoh penggunaan myideakini.com. Ini adalah penggunaan domain sendiri dimana pelawat internet boleh terus melawat laman web ini tanpa meletakkan apa nama tambahan dibelakang myideakini tersebut. Hak penggunaan domain ini adalah privaci dan akan kekal sampai bila-bila.
Selain itu juga, kelebihan penggunaan domain sendiri adalah email dimana ianya mempunya trademark dari domain anda sendiri. Sebagai contohnya email@myideakini.com. Ehhh betul ke hanya membeli domain ada email sendiri? Yup....betul, jika anda mempunyai domain sendiri dan masih lagi menggunakan email dari platform lain ianya amat rugi sekali kerana secara tidak langsungnya anda telah membantu menaikkan SEO platform tersebut dalam dunia internet. Apa salahnya anda bantu domain sendiri dalam menaikkan SEO di dalam dunia internet. Apa itu SEO? Kenalah tunggu entri MYideakini selanjutnya ye...
MYideakini berjaya menolong salah seorang follower dari blog ini dalam menyelesaikan masalah untuk menggunakan email dari domain sendiri. Domain yang dimaksudkan itu ialah Fizgraphic.com. Beliau telah lama menggunakan domain tetapi tidak tahu bahawa domainnya boleh digunakan sebagai email seperti ini apit89@fizgraphic.com
Bagi yang anda yang ada mempunyai domain sendiri tapi masih tiada penggunaan email domain sendiri boleh lah hubungi MYideakini [DISINI] untuk bantuan. MYideakini akan cuba membantu menyelesaikan masalah seperti followers kami diatas. Yang berminat untuk membeli domain sendiri juga dialu-alukan ye...Sebelum nak guna domain sendiri tu fikir dahulu masak-masak apakah nama domain yang sesuai untuk anda. Yang penting ianya ringkas dan mudah dingat!
Dah bersedia untuk membeli domain sendiri bolehlah [KLIK SINI BELI DOMAIN SENDIRI] dan ikut arahan seterusnya. Ingat sila pilih TAP domain seperti gambar dibawah ini ye...
P/S: Untuk bantuan dari MYideakini, boleh hubungi [DISINI]. MYideakini akan cuma membantu menyelesaikan masalah untuk penggunaan email domain.... :-)
wahhhh. bagus2. hihihi.nice entry.
ReplyDeletewahhh teringin nk tukar jd dot.com tp xreti..hahaha
ReplyDeletewahhhh....dah paham....tpi skrg belum sesuai lagi guna domain sndiri...tunggu la 2 3 tahun lagi...hehhehe....btw thanks ye...=)..http://eimah2328.blogspot.com
ReplyDeleteassalamualaikum azizi...mcm best jer kan..hazwan hairy pun baru tukar ke domain die sendiri yer...:)
ReplyDelete