Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Alhamdulillah & syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi MYideakini bernafas untuk berpua...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Alhamdulillah & syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi MYideakini bernafas untuk berpuasa yang ke-5. Kalau ditambah 5 lagi jadi lah 55 tahun Malaysia akan menyambut Merdeka tetapi apa yang dihebohkan kini dan menjadi isu adalah logo untuk Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Apa kata MYideakini imbas kembali logo-logo lepas yang telah digunakan untuk menyambut hari patriotik ini.
Logo yang memberi maksud yang tersurat dan tersirat
TETAPI......
Memang memerlukan idea yang kreatif dan patriotik untuk mencipta logo-logo tersebut. Mungkin masa itu para pencipta logo tengah bersemangat patriotik untuk menyambut hari kemerdekaan yang penuh bermakna tetapi semangat itu hilang entah kemana semenjak zaman pemerintahan Najib Razak. Mungkin anda sudah tahu apa logo yang digunakan masa itu? Meh MYideakini nak tunjukkan...

Wahhh....no pula yang dijadikan logo dan dipolitikkan hinggan kini. Sedih betul dengan pemikiran yang tidak berkonsepkan patriotik tetapi dipolitikkan. Idea yang tidak kreatif dan dianggap tanah yang gersang....HAHAHAHAHA....boleh gitu? Untuk logo kali ini dianggap teknik tampal menampal atau dikenali teknik kolaj. Nak tahu ke teknik kolaj? Meh tengok kat bawah ni....
>>>http://goo.gl/Vx5IM<<<
Tu diaaaaaa.....Mai dah....Janji dicapati!
Ahaks :-)
Inilah dikatakan teknik kolaj, tampal menampal katakan.....Kalau guna microsoft office pun boleh, tak caya? cuba lah cuma bendera Malaysia tu google je....Bukan apa, cuma sekadar memberi pandangan dan MYideakini berhak bersuara supaya mereka yang bertanggungjawab mencipta logo membuka mata adakah logo ini sesuai ataupun tidak. Malu jika ianya dipandang oleh seluruh dunia bahawa hari kemerdekaan Malaysia di politikkan. Adoyyai....bukan bantah cuma ianya tak SESUAI LANGSUNG!!! Nak tahu tak cara mencipta logo dengan menggunakan software microsoft office. Tengok kat bawah ni...
>>>http://goo.gl/Vx5IM<<<
Hohoho, microsoft office tu!!
Agaknya pelajar tahun 1 Malaysia pun boleh buatkan logo ni!
Untuk pengetahuan anda, logo yang dicipta ini dari seorang kakitangan kerajaan dalam jabatan itu sendiri dan diluluskan tanpa menilai dan komen terlebih dahulu. Ini adalah bukti untuk tatapan anda.

Sumber: SINI
Agaknya kalau diberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan mencipta logo patriotik, mesti lebih patriotik dari politik...Ahaks...Dan hadiahnya tak perlulah tinggi-tinggi, hanya sebagai hadiah saguhati wang tunai dan sijil penghargaan pun dah cukup. Rakyat akan menghargai pemberian hadiah tersebut TAPI hanya untuk menjimatkan wang demi kepentingan diri sendiri, inilah jadinya...Lagi kreatif dari yang ada jika diberi peluang. Dan inilah hasilnya....

Sumber: SINI

Sumber: SINI

Sumber: SINI
Dan ini pula hasil copy dan paste MYideakini dan cuba olahkan apa yang patutkan. Rasanya tema Kemerdakaan untuk tahun ini lain dari yang lain. (lari tajuk dahhhhhh)...
Ok tak? Cuma copy dan paste pastu
olahkan apa yang patut!
P/S: Sebenarnya MYideakini tak berminat sangat dalam hal-hal politik Malaysia sekarang yang tengah bercelaru. TETAPI sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, tidak perlulah bercampur adukkan tema patriotik ke tema politik...Gitu kan! Agaknya pereka yang mencipta logo tu "gariks sangatkan!"
betul2....mcm blh direct translation ja logo tuu....haish...ntah2 pakai google translation pun boleh pa....-_-"
ReplyDeleteassalamualaikum azizi...kenapa benda mcm ni pun jadi isunyakan...susah nak komen benda2 mcm ni...:)
ReplyDelete