Tak Sangka Dapat Gift Percuma | Jumaat baru-baru ini, pihak Syarikat Kumpulan Berjaya ada membuat kolaborasi Pemeriksaan Kesihatan secara percuma
Tak Sangka Dapat Gift Percuma | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Madani Malaysia. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummulkitab Surah Al-Fatihah.
Dan tidak dilupakan juga bersalawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
🤲🤲🤲 Doa yang tidak pernah putus keatas saudara-saudara islam kita di Palestin. Selamatkanlah negara Palestin dari Zionis Israel Laknatullah. Aamin Ya Rabb
Tak Sangka Dapat Gift Percuma
Jumaat baru-baru ini, pihak Syarikat Kumpulan Berjaya ada membuat kolaborasi Pemeriksaan Kesihatan secara percuma dengan pihak Kementerian Kesihatan Lembah Pantai di Tingkat 8, Bangunan Berjaya Times Square, sebelah pejabat MYiDEAKiNi. Ianya adalah program pemeriksaan kesihatan percuma untuk seluruh warga majikan Syarikat Kumpulan Berjaya. Tetapi yang peliknya MYiDEAKiNi tidak menerima sebarang info dari email cuma hanya percakapan mulut sahaja.
Nak dijadikan artikel, dah percuma, jadi apa tunggu lagi kan, pergi secara 'walk-in'. Hanya pemeriksaan yang asas sahaja kerana pihak KKM hanya menggunakan 'Fast Result Equipment' sahaja seperti mengambil sample darah. Hanya memeriksaan tekanan darah tinggi, bacaan paras gula dan kolestrol yang diperiksa oleh KKM Lembah Pantai. Sepatutnya untuk mengambil sample darah, seseorang hendaklah berpuasa terlebih dahulu sehinggalah pemeriksaan percuma dijalankan. 😮😮😮😮😮
Tak Sangka Dapat Gift Percuma
Keputusan agak memeranjatkan kerana pegawai KKM yang bertugas memaklumkan keputusan kolestrol yang agak tinggi dan juga tekanan darah 129 / 91 dimana 91 itu agak tinggi. Manakala keputusan kandungan gula dalam darah adalah normal jadinya doktor menasihatkan supaya jaga makanan dan selalu membuat senaman diri untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. 😥😌😫
Ni ha keputusan segera yang diambil oleh salah seorang pegawai KKM yang bertugas ketika itu. MYiDEAKiNi ada menyatakan pada 6/12/2023 akan membuat pemeriksaan lanjutan dari pihak Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Puchong. Keputusan itu akan ditunjukkan kepada pegawai di klinik nanti.
Baca juga artikel yang bermanfaat ini: Trending Kearah Digital Dompet
Tapi ada yang lagi memeranjatkan, terima email dari pihak Sumber Manusia Syarikat Kumpulan Berjaya memaklumkan untuk mengambil sendiri gift percuma daripada mereka. Nak tahu ke apa giftnya? Boleh tengok gambar dibawah ini yer. 😁😀😊
Bagus juga dapat alat pemeriksaan kesihatan diri.
DeleteAlamak takut pergi pemeriksaan darah.
Usia dah meningkat ni mesti kena pergi periksa darah... takut macam-macam yang datang sakit nanti 🤗😊
DeleteLinda pun risau ngan kolestrol nie.. Sebab suka minum teh ais... Lemak x tepu kan
DeleteNak minum tu boleh tapi jangan kerap.. kena kontrol juga 🤗😊
Deletewaa bestnya free gift tu! berbaloi2!! anyway, tahap kolesterol u tinggi tu...mine pun tinggi tp a bit lower than yours
DeleteYer MYiDEAKiNi punya kolesterol memang agak tinggi.. Risau juga ni.. Ubat kolesterol tiap-tiap malam makan tapi sama jer keputusan.. alahai..😌😢
DeleteEsok sy pun kene menghadap doctor sbb dah seminggu bacaan BP tinggi diastolicnya. Semua lebih 90 huhu.
DeleteSemoga keputusan baik-baik belaka yer Sis Ammi 🤲🤗😊
Deletewahhh bagus hadiah percuma yang bermanfaat
DeleteKalau guna memang bermanfaat.. kalau sebaliknya.. hmmm ahaks 😊🤗😁
Deletesalam perkenalan juga, wah blog yang luar biasa. Senangnya bisa dapat gift percuma.
DeleteSudah saya follow balik 466.
Terima kasih.
Terima kasih sudi singgah & follow MYiDEAKiNi yang serba kekurangan ni. BTW salam perkenalan juga yer 😍🤗😊
Deletedpt buat pemeriksaan percuma & dpt gift best tu...bila dpt result tu nk kena jg pemakanan & bersenam kan
DeleteYer.. memang itulah nasihat doktor.. Jaga makan & bersenam.. Sekurangnya dapat bakar kalori... 😍🤗😊🤲
Deletebest tu dpt free gift sbb bkn selalu dpt kan?👍👍
DeleteYer betul tu..rezeki orang nak bagi jangan sesekali ditolak.... Nanti jatuh.. ahaks 🤗😊😍
DeleteBagus juga dapat hadiah...memang harus rutin ya cek kesehatan dan jaga "
DeleteManfaat apa yang kita dapat.. In shaa Allah boleh kawal kesihatan 🤗😊😍🤲
DeleteWalaupun terkadang agak takut menerima hasil pemeriksaan kesehatan, tapi memang inn pentinglah supaya kita tahu apa yg salah dari diri kita kan. Jadi setidaknya bisa ambil langkah untuk menurunkan angka yg tidak baik
DeleteKena terima keputusan itu dengan hati yang ikhlas.. Dan perbaiki apa yang kekurangan.. Itu yang terbaik untuk diri sendiri. Yer tak sis FD? 😊🤗🤝💪
Delete