Platfom Trading Luno & Keuntungan adalah salah satu kaedah dimana untuk mendapatkan nilai bitcoin dengan lebih selamat tanpa risiko
Platfom Trading Luno & Keuntungan

Jadi MYiDEAKiNi teruskan perkongsian berkenaan platfom trading yang lebih selamat tanpa risiko yang tinggi supaya anda boleh jadikan sebagai ianya rujukan di kemudian hari nanti.
Ilmu Asas Yang Perlu Tahu
Jika sebut sahaja trading sudah pasti ada akan fikirkan platfom Forex, bukan? Anda perlu tahu forex adalah platfom trading yang berasaskan nilai mata wang fiat dengan negara-negara utama tetapi berbeza sedikit dengan apa yang MYiDEAKiNi akan terangkan lebih lanjut.Trading ini adalah bersifat naik dan turun bergantung kepada permintaan dan pasaran semasa keatas sesuatu nilai mata wang digital dimana MYiDEAKiNi akan lebih pertekankan nilai wang digital Bitcoin sebagai ibu kepada mana-mana mata wang crypto yang ada. Anda perlu tahu, jika nilai mata wang turun atau jatuh kerana kurang permintaan, inilah masa yang sesuai untuk anda membelinya dan menjualnya balik ketika harga pasaran tinggi.
Jadi disini MYiDEAKiNi cuma mengambil 10% - 20% keuntungan keatas sesuatu nilai yang dijual. Sebagai contohnya, jika nilai semasa turun ketika itu dimana 1.0btc = RM15,000.00 dan anda perlu set untuk membelinya. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:
=RM50/RM15,000.00
=0.00333333btc
Ini adalah sejumlah nilai bitcoin yang anda dapat setelah berjaya membelinya ketika harga jatuh dan anda perlu pantau harga bitcoin dari masa kesemasa. Tetapi melalui sistem trading ini, setelah berjaya membeli nilai bitcoin, anda perlu set jual di harga yang lebih tinggi atau tetap jumlah % keuntungan anda sebagai rujukan dalam penjualan bitcoin. Sekiranya tidak sampai beberapa jam sahaja nilai btc naik mendadak sehingga mencecah RM18,000.00 = 1.0btc. Jika terjual dengan harga jual yang telah ditetapkan anda sudah untung sebanyak 20% di atas nilai 0.00333333btc dimana anda sudah memperolehi RM60.00. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:
= 18,000- 15,000
--------------------- x 100%
15,000
= 20% keuntungan
= 0.00333333btc x RM18,000.00
= RM60.00
Wallet & Trading

Ini adalah bukti MYiDEAKiNi mulakan trading di Luno dengan bermodalkan RM100.00 dan kini hampir RM200.00 sudah terkumpul hasil beli dan jual dalam pasaran BTC vs RM.
1) Hasil beli dan jual yang telah berjaya
2) Jumlah bitcoin berjaya di kumpul melalui hasil trading
3) Nilai harga semasa bitcoin setakat ini dalam nilai RM yang terkumpul.
Kenapa pembelian dan penjualan 0.0005btc? Mesti ada sebab kenapa MYiDEAKiNi menggunakan teknik pembelian dan penjualan hanya 0.0005btc untuk mengelakkan caj fi dari hasil pembelian dan penjualan jika melebihi dari 0.0005btc. Caj fi yang di kenakan oleh pihak Luno adalah 1%
Jika anda masih tidak mempunyai wallet Luno, sila daftar terlebih dahulu sebagai pengguna Luno >>>DAFTAR LUNO dan selepas berjaya mendaftar, sila masukkan kod 4XZ2Q
Bagi memudahkan anda mendapat tunjuk ajar, MYiDEAKiNi juga menyediakan Group Trading Luno di Telegram melalui trading di Luno, jadi mudahlah anda mendapat panduan sebaik mungkin dengan melalui teori dan asas yang diterangkan.
Oh baru faham.
ReplyDeleteowh macam tu rupanya
ReplyDelete