Google Adsense: Belum Cukup Syarat Lagi Ni!
Di dalam artikel adsense yang sebelum ini, MYiDEAKiNi telah berkongsikan pengalaman bagaimana untuk menyertai program adsense ini serta langkah-langkah yang sepatutnya dipatuhi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak google adsense. Anda sendiri akan lalui pengalaman sepertimana yang telah dialami oleh MYiDEAKiNi sendiri.
Jika anda mempunyai blog atau laman sesawang, inilah peluangnya untuk anda menjana pendapatan di Google Adsense. Tunggu artikel seterusnya tentang Tutorial Google Adsense nanti. Dengan ilmu yang ada ini, in shaa Allah cuba bantu anda yang masih lagi tidak tahu dengan kelebihan program ini, cuma kunci untuk anda menjana pendapatan di google adsense ini adalah KERAJINAN anda dalam mencari ilmu ini dengan percuma.
Gambaran dibawah ini adalah sedikit perkongsian dan bukti dimana di akaun google adsense MYiDEAKiNi telah mencecah sehingga USD65.99 dan masih lagi baru dalam program ini. Kenalah rajin untuk memberi info yang manfaat agar ramai pengguna internet khususnya datang melawat dan membaca info-info yang berguna di blog MYiDEAKiNi.
Ini baru di katakan sedikit rajin, belum lagi boost up rajin yang betul-betul, maksudnya fokus dengan target. In Shaa Allah anda boleh dapat lebih dari itu. Bolehlah dengan nilai USD100 boleh tambahkan pendapatan memandangkan taraf hidup di Kuala Lumpur ini sangat-sangat mencabar duit poket yang ada.. :)
Minimum yang dibenarkan untuk pengeluaran adalah USD100, jadi anda boleh membuat 2 pilihan pengeluaran iaitu:
Western Union Akaun
Wire Transfer Bank Akaun
Western Union Akaun
Wire Transfer Bank Akaun
Jadi untuk memudahkan transaksi, MYiDEAKiNi memilih kaedah pembayaran Wire Transfer Bank Akaun dimana anda perlu memasukkan butiran akaun di borang yang di sediakan seperti gambaran di bawah ini.
Anda sudah boleh buat kira-kira, jika anda sudah mencukupi nilai USD100, jadi nilai matawang asing semasa pada hari ini, 03 Julai 2017 adalah USD1 = RM4.29. Anda akan menerima wang dalam nilai Ringgit Malaysia sebanyak RM429.00. Agak-agak lumayan ke tidak? Anda sendiri yang tentukan!
Berkenaan dengan ruangan SWIFT BIC adalah kod antarabangsa bank yang telah di tetapkan oleh bank dunia dan jika anda mempunyai akaun di Maybank, bolehlah rujuk di sini. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan cepat, anda perlulah rajin membuat apa-apa artikel di blog agar ramai pelawat yang datang untuk membaca di blog.
Bagi anda yang sudah menjana pendapatan di google adsense bolehlah tinggalkan komen dan tips di ruangan bawah artikel ini dan sama-samalah berkongsi info untuk di manfaatkan bersama. In shaa Allah.
Bagi anda yang sudah menjana pendapatan di google adsense bolehlah tinggalkan komen dan tips di ruangan bawah artikel ini dan sama-samalah berkongsi info untuk di manfaatkan bersama. In shaa Allah.
dah kna banned..huhu
ReplyDeleteBoleh appeal tu.. saya pernah kena. Punya lah susah nak approved tetiba kena banned.. Patah semangat. Walaupun di approved balik di blog lama, saya terus buat blog baru. haih. Tu cerita lama la.
DeleteSyarat utama yang perlu di patuhi oleh pengguna google, jangan campur adukkan dengan iklan-iklan yang lain seperti nuffnang dan lain-lain. Tu yang kena blocked. Mungkin takde rezeki untuk mencuba google adsense
DeleteKisah lama mengajar kita menjadi lebih dewasa untuk buat sesuatu yang lebih baik malah mendatangkan income yang lebih lumayan. Betul tak?
Deletepenulisan yang sangat hebat, menarik dengan gaya penyampaian yang sederhana tetapi seronok untuk dibaca dan seterusnya membuatkan kita mudah untuk faham. tahniah tuan
ReplyDelete