Tutorial Memuat Turun Video Melalui Aplikasi UTorrent

Aplikasi Utorrent
Torrent adalah file extension dari aplikasi protokol BitTorrent dimana ianya berfungsi untuk membuat pemindahan fail yang bermutu tinggi khususnya. Bit torrent klien adalah aplikasi yang menggunakan protokol tersebut bagi membolehkan anda menggunakan Bittorent untuk berkongsi atau memuatturun apa sahaja file yang di kehendaki.
Definisi Singkatan dalam Utorrent
- BitTorrent ialah peer-to-peer protokol
- BitTorrent klien seperti utorrent, bitcomet, azeurus dan lain-lain
- Torrent adalah satu fail kecil yang mengandungi metadata mengenai fail untuk dikongsi bersama, dan kira-kira tracker, komputer yang menyelaras pengedaran fail. Rakan-rakan yang ingin memuat turun fail yang pertama mendapatkan fail torrent untuk itu, dan menyambung ke tracker untuk memberitahu kepada rakan-rakan lain dalam memuat turun fail seperti video, music dan sebagainya.
- Torrent adalah fail manakala Bittorent adalah klien
Antara laman web video yang menyediakan fail muatturun menggunakan aplikasi uttorent adalah seperti berikut:
- https://yts.ag/
- http://www.yify-torrent.org
- dan banyak lagi
Sebelum memulakan tutorial selanjutnya, anda perlulah memuatturun aplikasi Utorrent dan kemudiannya memasangnya di dalam komputer atau laptop anda dan arahan seterusnya. Setelah anda berjaya memasangnya, ikut langkah tutorial seperti berikut:
Langkah 1:
Pergi ke laman web video yang menyediakan file extension *.torrent seperti yang dinyatakan di atas. Disini MYiDEAKiNi memilih laman web https://yts.ag sebagai pilihan untuk memuatturun video yang terkini. Sebagai contohnya MYiDEAKiNi memuatturun video Kung Fu Panda 3 (2016) [1080p] [YTS.AG].torrent
Langkah 2:
Selepas itu anda perlu buka aplikasi Utorrent yang telah di pasang kedalam komputer atau laptop anda. Kemudian anda pilih "File" dan "Add Torrent" dimana anda simpan file extension tersebut. Selepas itu anda perlu klik "open". Tunggu sehingga muatturun video itu selesai. Sila lihat gambarajah di sebelah ini sebagai rujukan.
Langkah 3:
Untuk makluman anda, video yang di muatturun masih belum mempunyai sarikata (subtittle), jika anda memerlukan sarikata tersebut, sila ikut arahan selanjutnya. Anda perlu ke laman web http://www.yifysubtitles.com/ dan pilih video yang telah di muatturun tadi. Selepas sahaja anda berjaya memuatturun sarikata, pastikan nama fail tersebut sama seperti fail video seperti gambarajah di bawah ini untuk rujukan.
Nota: Jika anda tidak berminat untuk muatturun sarikata video, sila abaikan langkah 3 ini dan anda sudah boleh menonton video dengan menggunakan aplikasi yang berkaitan dengannya seperti:
JetAudio
Windows Media Player
Movie Maker
MPC-HC
Quick Time Player
Real Player
VLC
Dan banyak lagi
MYiDEAKiNi mengharapkan tutorial ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan sebarang pertanyaan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan komen artikel ini. In Shaa Allah MYiDEAKiNi akan membalas komen secepat mungkin. Selamat Membaca dan STAY TUNE!

Jangan lupa baca ini juga yer : Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube

KOMEN ANDA!