Hati-hati Dengan Wanna Cry Ransomware Virus!


MYiDEAKiNi menyarankan untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan lebih berhati-hati, anda di sarankan tidak melakukan perkara seperti berikut:
- Kebiasaanya Wanna Cry Ransomware virus dalam bentuk file extensions *.exe
- Bagi anda sebagai pengguna windows, perlulah mengemaskini sistem windows melalui windows update. Jika anda menggunakan menggunakan windows versi "pirate" dan tidak dapat di kemaskini, komputer anda berisiko tinggi. Tak dapek den nak tolongnya...
- Bagi pengguna android atau Ios, jangan sesekali membuka data file video yang diberi tajuk "Dance of the Hillary" kerana ianya adalah virus yang boleh merosakkan sistem android atau ios anda. Jangan menangis yer!
- Elakkan dari menggunakan public wifi buat masa ini seperti di hotel, cafe atau mana-mana lokasi yang menyediakan servis wifi percuma.
- Perlu 'backup' sekerap yang mungkin data penting anda. Anda juga di sarankan menggunakan "Online Shared folder" seperti google Drive, dropbox, 4shared dan sebagainya. Simpan satu salinan data backup kedalam hardisk, portable drive atau pendrive (offline).
- Perlu pastikan anda menggunakan antivirus yang telah di kemaskini di dalam komputer dan kemaskini antivirus dengan kerap. Antivirus juga boleh di beli secara online seperti Antivirus Kaspersky, Eset, Avira, Escan dan sebagainya. Pastikan anda beli yang original!
- Elakkan klik mana-mana link dari email yang tidak dikenali dan perlu berhati-hati apabila membuka data file "attachment" yang bernama "taskche.exe" di email.
- Elakkan juga dari klik mana-mana laman web yang di ragui atau spam, mungkin laman web tersebut telah terkena dengan virus.
- Jangan sesekali memuatturun apa-apa perisian percuma buat masa ini di mana-mana laman web sama ianya dalam dan luar negara.
Sekiranya anda telah di dapati terkena dengan Wanna Cry Ransomware Virus, beberapa tips dan nasihat yang perlu anda ikut seperti berikut:
- Terus format komputer/ pendrive/ portable drive dan pasang perisian windows yang original. Pastikan anda perlu mengemaskini data sistem windows sehingga windows menyatakan "Windows is up to date". Untuk menjimatkan kos pembelian windows, kitar semula kod windows yang telah di gunakan di pejabat dimana komputer yang sudah rosak sudah pasti mempunyai kod windows di CPU (Central Processor Unit)
- Perlu memasang perisian antivirus yang original. Harga untuk membeli antivirus tidaklah semahal mana dengan windows dan anda boleh memiliki antara harga tidak mencecah sehingga RM100 dan keatas.
- Sebelum memasuki pendrive @ portable drive ke post USB, perlu di "scan" terlebih dahulu agar antivirus boleh mengesan virus yang terkandung didalam penddrive atau portable drive tersebut.

Jadi nasihat MYiDEAKiNi, berhenti buat masa ini untuk melayari mana-mana laman web yang di ragui atau perlu berhati-hati dari sekarang.
Infomasi yang berguna (^_^).
ReplyDeletehuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....jahat itu virus.....
ReplyDeleteSinggah dan follow
ReplyDelete