Cuba Teka! Permainan Tradisi Apakah Ini?
Cuba Teka! Permainan Tradisi Apakah Ini? | Cuba Teka! Permainan Tradisi Apakah Ini? Assalamualaikum & Hai bloggers Malaysia. Kali ini MYiDEAKiNi ingin berkongsi pengalaman dengan permainan yang ditunjukkan di dalam gambar dibawah. Sebelum itu, mungkin sesetengah negeri akan memberi nama yang berbeza-beza dengan permainan ini, bukan? Ianya hanya di perbuat daripada buluh dan pelurunya adalah dari buah hutan yang dikenali buah sabut (loghat Dungun, Terengganu).
Permainan tradisi ini berpasukan atau individu dan memerlukan lebih dr 5 orang pemain dalam satu masa. Biasanya waktu petang amat sesuai untuk bermain dengan permainan tradisi ini. Proses untuk membuat bedil buluh atau caplong memakan masa 30 atau 45 minit sahaja. MYiDEAKiNi berkongsikan cara dan permainan ini adalah berdasarkan pengalaman yang di alami sendiri ketika itu. Sangat seronok bermain bersama dengan kawan-kawan.
Baca ini juga: Minyak Herba Asmak, Halal Tanpa Waswas
Permainan tradisi ini berpasukan atau individu dan memerlukan lebih dr 5 orang pemain dalam satu masa. Biasanya waktu petang amat sesuai untuk bermain dengan permainan tradisi ini. Proses untuk membuat bedil buluh atau caplong memakan masa 30 atau 45 minit sahaja. MYiDEAKiNi berkongsikan cara dan permainan ini adalah berdasarkan pengalaman yang di alami sendiri ketika itu. Sangat seronok bermain bersama dengan kawan-kawan.
Cubalah teka! Permainan tradisi apakah ini?
Dizaman kanak-kanak dulu dimana MYiDEAKiNi dibesarkan di Dungun, Terengganu, sempat juga bermain dengan permainan tradisi ini bersama kawan-kawan sekolah. Ianya di beri nama BEDIL BULUH dan ada sesetengah negeri memanggil CAPLONG dan buahnya di kenali buah sabut. Kalau di negeri lain, buah ini di kenali sebagai buah cenerai.
buah sabut atau buah cenerai
Cara membuatnya agak mudah dan senang kerana di perbuat dari buluh. Pokok buluh ini mudah di dapati dan tumbuh meliar di hutan. Hanya pokok buluh inilah sahaj yang sesuai untuk permainan tradisi ketika zaman kanak-kanak pada tahun 1980-an.
Pokok buluh hutan untuk di buat Bedil Buluh
Rajah dibawah menunjukkan cara permainan tradisi ini berfungsi dengan memasukkan peluru kedalam lubang buluh dan kemudian meluru terus kehadapan. Ianya mengeluarkan bunyi yang sangat kuat kerana tekanan air yang sangat mampat.
credit to: lanun ranggi
Kaedah permainan tradisi
Kaedah memegang bedil yang betul
Agaknya, selain di beri nama bedil buluh atau caplong, apakah nama tradisi ini mengikut negeri masing-masing? Mesti berlainan nama, bukan? Oklah rasanya setakat ini yang MYiDEAKiNi kongsikan sedikit info berkaitan dengan permainan tradisi.
Masa begitu cepat berlalu mengikut perubahan arus teknologi, permainan tradisi ini hampir pupus dan kanak-kanak zaman sekarang di dedahkan dengan permainan teknologi seperti PS2 dan macam-macam lagi.
wow bestnya teringat zamna kanak2
ReplyDelete@Nurzakiah Hanum
ReplyDeleteMemang sangat seronok masa tu...