Adsense vs Nuffnang
Assalamualaikum & Hai blogger Malaysia...
Wahh...tengok tajuk pun dah agak panas kan? Agak-agaklah berapa kali anda sudah dapat income dari pihak nuffnang? Bukan apa, rasanya pelik sikitlah dengan cara bacaan sistem iklan nuffnang di blog berbanding dengan iklan adsense. MYiDEAKiNi ingin berkongsi pengalaman meletakkan sistem iklan nuffnang di blog berbanding sistem iklan adsense.
VS
Penat dan berjanggut jika menunggu pendapatan sampingan dari nuffnang, belum tentu dalam 1 atau 2 bulan sudah mempunyai pendapatan, bukan? Berdasarkan pengalaman MYiDEAKiNi dalam menggunakan sistem iklan nuffnang, hanya sekali sahaja dapat jana pendapatan dalam 5 tahun. Itupun belum sampai ribu-riban setakat ratusan sahaja tapi alhamdulillah. Kalau diikutkan rekod trafik, memang setiap tahun blog trafik sangat tinggi ketika musim percutian atau perayaan.
Bayaran berbentuk cek hasil iklan Nuffnang
hanya sekali sahaja
Pengalaman pertama kali dalam memohon untuk menggunakan sistem adsense gagal dan tidak di luluskan oleh pihak adsense atas alasan versi bahasa blog. Jadi MYiDEAKiNi terus putus asa untuk meneruskan iklan dengan adsense. Tergerak hati pula untuk memohon kali ke-2, alhamdulillah akhirnya permohonan di luluskan. Masa itulah semangat untuk kemaskini blog makin membara.
Jana pendapatan dengan menggunakan sistem adsense tidak sampai 3bulan, sudah mempunyai pendapatan USD50.10. Dengan kadar tukaran asing masa kini, jika USD1 = RM4.50, anda sendiri sudah boleh nilai jumlah tadi 50.10 x 4.50= RM225.45. Berbanding jana pendapatan di nuffnang hanya RM2.91 sahaja, itu pun sudah menjangkau 2 atau 3 tahun. Penat seh...
Notakaki: Segala yang di kongsikan, bukan semata-mata untuk memburukkan pihak tertentu, ianya sekadar pengalaman sahaja. Pengalaman mendewasakan seseorang untuk berfikir dengan lebih matang lagi, bukan? Sesiapa yang ada pengalaman, bolehlah tinggalkan diruangan komen entri ini nanti yer...Terima kasih.
Jana pendapatan di nuffnang
[klik untuk pembesaran]
Jana pendapatan dengan menggunakan sistem adsense tidak sampai 3bulan, sudah mempunyai pendapatan USD50.10. Dengan kadar tukaran asing masa kini, jika USD1 = RM4.50, anda sendiri sudah boleh nilai jumlah tadi 50.10 x 4.50= RM225.45. Berbanding jana pendapatan di nuffnang hanya RM2.91 sahaja, itu pun sudah menjangkau 2 atau 3 tahun. Penat seh...
Jana pendapatan di Google Adsense.
Mungkin ada teknik untuk menjana pendapatan di nuffnang atau cara tersendiri. Bagi MYiDEAKiNi, bagaimana aturan dan kiraan sistem di nuffnang berbanding dengan google adsense hanya 2 bulan sahaja. MYiDEAKiNi sedang siapkan edisi e-book cara aturan permulaan di google Adsense & Jana Pendapatan dan edisi e-book cuma RM20.00 sahaja. Sekiranya ada permintaan terhadap edisi e-book aturan google Adsense ini, MYiDEAKiNi akan update di entri baru.
Sambil berblog, anda boleh jana pendapatan dengan hanya menggunakan google adsense cuma peraturan menggunakkan sistem ini sangatlah ketat dan perlu patuhi syarat & prosedur dari google adsense. Jika anda mengingkari arahan tersebut, maka akaun adsense anda akan di sekat buat selamanya. Dah masuk rumah orang, perlulah ikut syaratnya, betul tak? Hehehehe...
Good info!=)
ReplyDelete@Misya (Aimi Syahirah)
ReplyDeleteSama-sama Cik Aimi...Sharing is caring....
Tajuk dan info yang menarik..adsense vs nuffnang
ReplyDeleteMenarik untuk pembaca terus berblogging :)
Deletesetuju. hehe dah hampir 3 tahun dengan nuffnang, tapi masih belum boleh cashout. :(
ReplyDeletealahai lagi sodih... teruskan usaha yer :)
Deletesaya dh cuba dftar adsense.. tp xboleh.. hmm.. sy masih baru dalam bab2 ni.. visit la blog saya.. :)
ReplyDeletehttp://diniedonat.blogspot.com
http://diaripengkaji.blogspot.com
http://pencintasenilayar.blogspot.com