Terima Kasih Google, Bayaran Pengiklanan Pertama Kali | Terkejut apabila melihat pertambahan duit dalam akaun
Terima Kasih Google, Bayaran Pengiklanan Pertama Kali | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Isnin buat pembaca & pelawat blog MYiDEAKiNi khususnya. MYiDEAKiNi doakan semoga anda semua dimurahkan berlipat kali ganda rezeki, dipermudahkan segala urusan seharian dan dilanjutkan usia umur untuk meneruskan usaha bertawakal kerana Allah S.W.T. Amin.
Nak dijadikan artikel hari ini, MYiDEAKiNi terkejut apabila melihat pertambahan duit dalam akaun. Jadi MYiDEAKiNi dapatkan info mana hasil duit tersebut. Apabila disemak, rupanya duit itu hasil dari pengiklanan di blog. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah kerana ini adalah pertama kali MYiDEAKiNi dapat bayaran iklan dari pihak google.
Terima Kasih Google, Bayaran Pengiklanan Pertama Kali [no_toc]
Agak lama juga untuk dapatkan hasil iklan yang terkumpul sebanyak USD100, perlu ada kesabaran. Disini MYiDEAKiNi bagi sedikit tips, bagaimana menjana pendapatan tanpa modal melalui penulisan diblog. Jom baca sehingga habis dan tinggalkan komen diruangan artikel ini yer.
Tips Menjana Pendapatan Tanpa modal melalui penulisan diblog:
- Perlu ada blog, tidak kisah sama ada blogspot domain (percuma) atau selfhosting domain (berbayar). Anda boleh baca artikel disini: Tetapan Asas Blogger Dari Blogspot
- Tujuan utama penulisan blog anda samada berbentuk perkongsian, isu semasa, tips nasihat, gajet dan sebagainya. Perkara asas yang perlu anda tahu. Baca artikel penuh disini: Belajar Buat Blog
- Mendaftar blog anda digoogle adsense secara percuma dan perlu menunggu pengesahan dari pihak google. Boleh baca artikel disini: Adsense, Penantian Itu Satu Penyiksaan!
- Bagi blogger yang baru menceburi bidang penulisan blog, anda perlu kosisten dalam artikel tidak kurang 3 bulan dan keatas dan perlu aktif
- Selepas pengesahan sepenuhnya dari pihak google adsense, ini yang sepatutnya anda perlu buat. Baca artike di sini: Susunatur Iklan Google Adsense Dalam Sesebuah Artikel
- Penting! SEO juga amat di titikberatkan dalam berblogging kerana ini membantu blog anda berada dimuka hadapan page google ketika pengguna google membuat carian info. Baca juga artikel disini: Jadikan Blog Anda Mesra SEO
- Anda juga perlu menyertai mana-mana blog event, contest dan sebagainya. Tujuannya supaya ramai blogger malaysia khususnya datang melawat dan membaca artikel yang bermanfaat.
- Blogwalking juga adalah salah satu perkara yang biasa dilakukan oleh blogger. Tujuannya sama seperti perkara diatas.
- Dalam penulisan blog, kreativiti juga dititik beratkan supaya menarik minat lagi pelawat dan pembaca blog yang mungkin tidak akan lepaskan peluang membaca setiap kali adanya artikel baru.
Terima Kasih Google, Bayaran Pengiklanan Pertama Kali
Kesimpulannya, tiada istilah duit turun dari langit untuk dapat duit percuma melainkan sedikit usaha yang perlu dilakukan. Semuanya bergantung pada diri anda. Setiap perkara perlu ada ilmu, jadi carilah ilmu itu. Cara dan bagaimana, semuanya hanya dihujung jari anda. Anda buat anda dapat. MYiDEAKiNi hanya sekadar berkongsi apa yang sepatutnya kerana ianya sangat bermanfaat untuk semua. Jika anda mempunyai sebarang komen dan pendapat, sila tinggalkan diruangan artikel ini, Jumpa lagi di lain artikel.
tahniah...semoga terus dapat gaji dari Google
ReplyDeleteTerima kasih sis.. sedang diusahakan. In shaa Allah.. Amin
DeleteAlhamdulillah sikit-sikit lama-lama dah boleh cash-out.
ReplyDeleteBetul tu, ibarat kita menabung juga le cuma rajin buat artikel jer...
Deletelast dpt duit adsense pd awal 2019...hmmm dah masuk 3.5 thn berlalu. huhuhuhu
ReplyDeleteKeep it up blogging Abam Kie ;)
Deletewah tahniah bang...welcome to the club
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu.. :)
DeleteAlhamdulillah, tahniah! Tuhlaaa, siapa buat, dia dapat..kann..kannn!
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah. Terima kasih.. keep blogging ya :)
Deletealhamdulillah rezeki...syukur apa dengan apa yang ada
ReplyDeleteSyukur dengan rezeki.. Amin
Delete