Buka Akaun Dompet MAE Percuma | Maybank telah memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan Dompet MAE nya secara meluas di seluruh peringkat negeri

Dan jangan dilupakan juga dengan bersalawat keatas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Setelah kita maklum, Maybank telah memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan Dompet MAE nya secara meluas di seluruh peringkat negeri. Jadi sekiranya anda tidak mempunyai sebarang akaun dari Maybank boleh juga mendaftar secara percuma akaun Dompet MAE Maybank ini.
Tidak kiralah anda adalah seorang pengguna lokal mahupun warga asing. Apa yang penting, anda mempunyai dokumen lengkap seperti Mykad atau Passport yang sah tempohnya. Selain itu juga, anda juga diberikan kad Debit ATM Dompet MAE Maybank dan perlu dibayar sebanyak RM8.00 sekali sahaja.
Konsep penggunaan wallet MAE Maybank adalah sama seperti penggunaan Wallet kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple dan sebagainya. Yang bezanya disini adalah melibatkan penggunaan matawang Malaysia sahaja.
Kaedah Buka Akaun Dompet MAE Percuma Melalui Aplikasi Android atau Ios
Anda cuma perlu ikut langkah mudah dibawah ini, jika anda adalah seorang pengguna:
👇👇👇👇👇
1. Muatturun MAE dari App Store/ Play Store
Pengguna Android
Pengguna IOS
2. Set Up Wallet bagi pengguna Maybank Sedia ada dan klik pada "Existing M2U/MAE user? Log in here" . Kemudian ikut arahan seterusnya untuk link dengan akaun maybank2u sedia ada anda.
3. Set Up Wallet bagi bukan pengguna maybank dan klik pada "No Account? Apply for MAE account now"
Nama Penuh Anda
No Telefon Bimbit Anda
Ikut arahan seterusnya
5. Pilih Maklumat yang diperlukan sama ada
Mykad
Passport
Ikut arahan seterusnya
6. Cipta 6 digit pin untuk aplikasi wallet MAE anda dan ikut arahan seterusnya
7. Setelah anda berjaya mencipta 6 digit pin, di ruangan wallet, anda perlu Aktifkan MAE Akaun, klik "Activate Now"
8. Anda perlukan masukkan maklumat seperti berikut:
Alamat emel
Kod Cawangan Maybank (pilihan)- kosongkan
Ikut arahan seterusnya
9. Personal Data Protection Act (PDPA). Ruangan ini anda mempunyai pilihan untuk memilih sama bersetuju mahupun tidak bersetuju dimana membenarkan pihak bank menghantar sebarang promosi pemasaranya melalui emel ataupun sms.
Jika anda tidak berminat, sila tandakan di bahagian tidak bersetuju. Kemudiannya tandakan pada Term & Conditions dimana anda telahpun membaca segala terma dan syarat dari pihak Maybank.
10. Masukkan Kod Referal wajib: NKA1202 dan kemudian klik DONE
11. Anda telahpun berjaya membuka akaun wallet MAE Maybank secara percuma dan menerima RM10.00 secara percuma dari pihak Maybank dan dikreditkan terus kedalam Wallet MAE Maybank anda.
Anda juga boleh mencuba kaedah ini untuk memperkenal dompet MAE wallet kepada rakan-rakan anda yang lain dan akan menerima RM10.00 terus dikreditkan dalam akaun wallet MAE anda.
Berkongsi rezeki bersama ♥️🌹
Menarik! nanti nak buat jugaklah
ReplyDeleteabe kie pun dah lama buka ewallet MAE sejak dulu lg. memudahkan kerja nak bayar barang on9....
ReplyDelete